18.9.08

Siri saiko tokya sampai balik 6

Semalam kami berpesta. Kami berbuka puasa dengan menikmati berbagai jenis juadah dan hidangan hingga ke tahap membazir. Berbagai jenis masakan dan belian sudah pun tersusun rapi di atas meja pada pukul 7. Hanya 18 minit menjadi penghalang kerakusan ahli2 Total Fc.



Inilah hasilnya. Meja tuan rumah yang sesuai digunakan untuk menempatkan 6 tetamu menjadi terlalu sesak untuk menampung juadah yang kami bawa. Ada yang dimasak dan ada juga yang dibeli.Kemeriahan Ramadhan tidak dapat dibendung lagi.



Ini kerang Kept. Kata beliau, ia dibeli di Pasar Ramadhan (Param) Seksyen 14 PJ. Rasanya sungguh enak. Kerang ini dibakar bersama kuah pedas yang menyaluti kulit keras nye. Memang amat sedap untuk dimakan. Ahmad tak makan kerang, tetapi pada malam ini, di juga tidak makan rumput. [rumput2 tidak dihidang]



Ini pula Udang Goreng Acad. Gorengan rempah ratus dan juga daun kari bersama kepingan udang yang lazat ini sesuai dimakan bersama nasi atau pun diratah begitu sahaja. Azhad kata die yang masak. Tapi aku sangsi. Aku rasa Puan S. [jauh kan kamera].



Di bahagian kanan gambar dapat kita lihat kuah spaghetti. Ia dibawa oleh Aled. Aled jujur. " Aku tukang angkat je, Rini yang masak...". Aku pasti. Kerana ia sedap. Tak mungkin Aled yang masak. Di bahagian kiri pula terdapat kepingan mentimun Jepun yang dipotong2. Ia di bawa oleh Acad, yang ini aku percaya kalau Acad kata dia potong.



Itu kek birthday dari aku. Khas untuk Cik K. Itu kek no.3 die tahun ini...tak, die bukan tua tiga kali..tua sekali je. Cik K turut membawa Ayam Merah dari Tanjung Malim. Sungguh sedap ayam itu. Aku kaget. Aku ingatkan die tidak tahu memasak. Walaupun minyak agak berlebihan, namun rasanya amat sedap. Tahniah.

Kepada yang di luar negara, semstinya bulan Ramadhan tidak dapat dinikmati semeriah begini. Jadi balik lah untuk beraya bersama sanak saudara dan rakan taulan.

blog buih

2 comments: