14.2.09

This is my gift for valentine's day.


blog buih

Aku pernah tunggu pukul 12 untuk nak telefon dia. Aku korek jauh ke dalam dasar dompet, di celah2 kat ATM yang lunyai dan kena selefon tape banyak2. Aku gembira dapat memberinya sekuntum bunga. Aku rasa seronok dapat dengar suaranya.

Aku bodoh.

Hari ni, aku ada banyak pelekat2 cermin kereta untuk diberikan kepada semua orang. Siapa yang mahu, cakap sahaja. Tak kisah macam mana, aku akan cari jalan untuk hantar. Terutama sekali kepada mereka yang selalu menjengah untuk membaca dan sekali sekala meninggalkan komen2 kecil.

Pelekat ini direka oleh Mr Pee. Dia seorang yang pandai mendesign2 ni. Aku tak pandai. Kalau tak pandai design, mintak tolong saja Mr Pee ni. Jangan jadi macam Joaquin Phoenix yang berhenti berlakon untuk menjadi penyanyi rap.

Hari ni, aku dah mula memberi rakan dan taulan pelekat2 itu. Ramai yang tersenyum bila dapat pegang pelekat tu. That, to me, is the ultimate Valentine's gift.

Kejap, selingan...

Kalau korang pernah dengar cerita Mas kena masuk wad sakit jiwa sebab kena tipu ngan boyfriend dia dan lepas itu dia mengamuk2 kat balai polis...

Mr Pee bukan botfriend dia tu.

Dia cuma tahu cerita tu dan dia cerita kat aku pagi tadi. Aku pun tak tau kenapa..

Ok selingan tamat.

So, esok aku akan teruskan dengan projek memberi2 pelekat kereta ini. Aku harap siapa yang dah dapat boleh la lekat ke kat keta ke..kat tingkap umah ke...buat jadi bookmark ke...

paling busuk pun simpan ke...

And finally, siapa yang dah dapat, boleh la ambil gambar pelekat sama ada ditampal atau berbackgroundkan apa2 yang menarik, sama ada bersama mereka atau dengan objek2 pelik dan gambar2 tersebut boleh la diberi kembali untuk menghiasi halaman blog buih pada masa akan datang.

penat.

18 comments:

  1. thanks peah. walaupun aku tak dpt lagi, aku tau mesti cantek kan..

    semoga cha lekat kat kereta dia nnt. bole la aku letak gmbr cha dan sticker buih dlm blog aku. hehe.

    ReplyDelete
  2. aku dah lekat.tengkiu encik buih.aku nak bawak amad pi climb...mahu lihat aksi beliau!hahahahahaa

    ReplyDelete
  3. ok, small matter..sama2 happy.

    haa..bagus gak tuh..tolong ah amik gambar sticker kat tempat memanjat..

    ReplyDelete
  4. wah.. panjat tak ajak! muahaha.. calling tau en sharkpitt..

    peah, nk sticker!! :P

    ReplyDelete
  5. Peaahhh ... aku x dapat lagi ... ekekekkek

    ReplyDelete
  6. Atira:"bestnye" means nak ke tak?

    His Girl : Ok.

    Azzad: camane aku nak bagi kat kau?

    ReplyDelete
  7. sebab ko tanya aku pasal cerita tu. dan aku cerita. purak purak bingung lak..hahaha

    ReplyDelete
  8. takde, aku tanye pasal Joaquin Phoenix. Ko jangan tipu.

    Aku typo. Aku tertulis "Botfriend".

    Tapi aku malas nak ammend, so ni penjelasan rasional aku.

    Botfriend dalam konteks ini adalah rakan sebot yang kemudiannya setelah sekian lama berlayar akan berputik bibit cinta. Paham?

    Macam Jack & Rose Dawson.

    ReplyDelete
  9. aku dah lekat kat BFJ. aku juga telah lekat di swift nana. tapi ko silap bagi aku 2 je..kalau ko bagi 3, aku dah lekat kat mini cooper sekali. nanti aku amek gambar.

    ReplyDelete
  10. cakap ah nak 3. cakap dua je..aku bagi ah dua...

    ReplyDelete
  11. x bro .. ko simpan dulu nanti aku roger ...

    ReplyDelete
  12. cantik.kaler pink lak tu. nak juga kalau boleh.even silent reader jer selama ni...

    ReplyDelete
  13. wau cantik kaler pink. nak gak kalau boleh. tapi silent reader je selama ni...

    ReplyDelete
  14. takpe boleh..semua orang boleh dapat nye takde masalah...

    silent reader ke, tak silent ke...tak read langsung pun boleh...

    ReplyDelete