Showing posts with label ape kejadahnye ini?. Show all posts
Showing posts with label ape kejadahnye ini?. Show all posts

15.1.10

Haiti Earthquake.


blog buih

This is what happen when u cast the miniature town in City Hall with voodoo spell and forgot all about it.

7.10.09

Perosak. Ape kejadahnya ini?

-cantik tak keta ni kalau pakai 3 je tayar? -gambar cilok sazu nye.
blog buih

Dulu masa zaman main Tamiya, dia kejar kereta Tamiya lalu terpijak. Pecah. Kesian tuan punya kereta.

Dulu dulu dia nak balut lampu kalimantang kat kelas. Bagi cantik dan dapat markah lebih sebagai AJK keceriaan kelas. Lampu jatuh dan pecah. Semua takut terkena racun gas dalam lampu.

Dulu dia selalu dituduh perosak. Apa yang dia pegang akan dia hancurkan. Suis Kipas. Locker. Basikal pengawas. Pakcik Salam.

Semua orang takut dengan dia.

Tadi aku ternampak gambar ni. Aku terus terkenang masa lalu.

All hail the king!

29.9.09

Make my day.

What do you mean she's not there? (gambar hiasan)
blog buih

Pagi semalam, hari Isnin, menandakan hari pertama bekerja setelah seminggu bercuti raya. Aku raya tak sakan. Tapi cuti sakan.

Duduk kat kerusi ni rasa kekok. Tapi takkan nak guling2 sambil buat kerja macam kat rumah pulak. Aku duduk setengah jam perhatikan monitor. Kat opis ada satu je monitor. Kat rumah ade dua.

Tiba2 aku dapat panggilan. Dari seorang kawan. Dia jarang bangun pagi. Jam baru pukul 9.30 masa tu. Aku angkat dengan perasaan berdebar2.

"Wei, ko kat mana?" Suara terpacul dari telepon.

Masa tu. Aku rasa nak letak telefon. Bukan itu saja. Aku rasa nak campak dalam gaung. Nak pijak2 sampai lunyai. Telepon aku buruk dan murah. Mesti ramai orang nak tolong hancurkan.

Tak ada pendidikan moral betul telepon orang tanye kat mana, pukul 9.30 pagi pada hari Isnin, seminggu lepas raya. Kalau aku boleh, aku akan berada di tempat lain sambil guling2.

14.9.09

Hensem.

- tak bukak sunglass sampai terbenamnya mentari.
blog buih

Hensem.Jantan.Lelaki.Gagah.Perkasa.Perwira.Tenang.Semangat Waja.Jujur dalam percintaan.Kumis nipis.Kening tebal.Tangan berbalut.Muka lebam.Jaket musim panas.Semi kasual.Baju kemeja hitam.Butang atas terbuka.Bulu dada berpintal.Janggut rata.Hidung terletak.Bibir disengat lebah.Pakai kacamata hitam dalam kedai sampai Maghrib. Makan BBQ Ribs. Suara dalam dan garau. Dipuja wanita. Menyembah bolasepak. Penjaga gawang.Panggil penjaga gawang lain "Oi Keeper!".Rambut tak perlu disikat. Penampilan penuh bergaya. Nampak macam keras. Jiwa macam kaca.Banyak Pengalaman.Balak gila.Tona vokal terkawal.Tinggi budi pekerti.Bersopan santun.Wasatiah dalam kehidupan.Kemudahan.Tua.

20.8.09

Ape kejadahnya ini? Melaram nampak!

- kalau takde lambang tu, nampak macam myvi je kan?...kan?
blog buih

Tetiba semalam kawan lama aku nak datang Subang melawat aku.

Dia tak pernah nak datang Subang nak melawat aku sekarang. Dia ada geng Subang yang lagi hap.

Mesti ada udang di sebalik batu.

Rupanya ada wildboar di sebalik BMW.

16.2.09

Preloved/Pracinta

cermin ni preloved?
blog buih

Selain dari barang2 baru yang dipamerkan untuk dijual, terdapat juga barang-barang yang sudah digunakan untuk dijual.

Barangan itu telah diberi terma "pre-loved". Kalau zaman dulu2 orang panggil "bundle" kot. Walaubagaimanapun, mungkin pre-loved disini bermaksud baju2 itu adalah milik mereka sendiri. Mungkin aku patut panggil baju2 itu pracinta. Pracinta = Preloved kan?

Kawan yang ajak aku pergi ke sana dapat membeli shirt belang2 Lacoste pada harga RM25. Bila mula hendak menawar, kakak itu petah berkata2.

"tak dapat nak kurang lagi kak..preloved tuh..."

Aku tak paham mulanya kemudian aku baru tahu ia adalah barang yang sudah diguna.

Jadi persoalannya, yang mana satu yang Preloved dalam gambar di atas?

13.1.09

Bila saya bosan.


blog buih

Bila bosan duduk kiwi doc mart, sambil pakai boxers, t shirt tuck in dalam boxers.

pakai sunglass tuk amik gambar.

ntah ape2...boxers tu nampak je buruk, Mark & Spencers tu...

*ni siri "Ape kejadahnya ini?" untuk diri sendiri.

11.1.09

Terima kasih atas Babi yang anda berikan....(Ape kejadahnye ini?)


blog buih

Ini adalah seorang teman baik aku yang ada hobi baru. Hobinya adalah berbasikal. Ke mana sahaja dia berbasikal sekarang ini. Tadi ketika ramai2 pergi tengok bola, dia turun secara mengejut dengan basikalnya. Mungkin dia terasa seperti Dave Mirra.

Mungkin juga kerana tempat yang kami kunjungi untuk menonton bola di penuhi bohsia2 yang berpakaian se"dugem" abih. Tapi takde duit untuk ke kelab malam. Jadi minum di restoran saje la.Tapi mungkin dia tidak akan dapat mengangkut gadis2 itu pulang. Bukan kerana dia tak tampan, tapi sebab dia belum beli "GT" maka tak dapat la nak "carry" sape2.

Namun, dia berdepan dengan sebuah masalah. Banyak anjing yang berkeliaran di sekitar Subang yang bagaikan mahu meratah daging empuknye. Terutama sekali di bahagian belakang badannya. Kalau di pasar, ia sering di sebut "batang pinang".

Apabila perlawanan tamat, kami pulang. Kesemuanya pulang dengan kereta. Dia terus ke basikalnya selepas kami mengucapkan selamat tinggal.

Siapa sangka, kami bertemu lagi di hadapan BP di kawasan SS14. Dia sedang mengayuh dengan kelajuan yang agak memberangsangkan. Tiada sedikit pun kerutan diwajahnya yang membayangkan kepenatan. Kayuhan makin diperkemaskan. Basikal hitam itu terus meluncur laju.

"Woof! Woof!" Aku menyalak sekuat mungkin ketika aku lalu disebelahnya.

"Babiiii...." dengan spontan dia melatah.

Buat pertama kali, apabila dia sudah memastikan suara salakan itu, terpancar sinar kegembiraan kerana ia adalah aku.

Jantungnya tentu berdegup kencang. Lalu basikal dipacu dengan lebih deras. Tentu dia tidak mengantuk bila dia sampai di rumah dan apabila dia membuka blog ini, aku ucapkan...

"Terima kasih ke atas Babi yang anda berikan"


ed: huahuahua...nakal ah....

2.1.09

Pertarungan badminton untuk hak berlagak setahun.

.Pemain berwajah kepetakan2 ini berasal dari Subang Jaya. Semenjak dari kecil beliau sudah berkecimpung di dalam arena Ping Pong. Ekoran tekanan akibat prestasi kawan2 semakin hebat bermain Ping Pong, Beliau juga pernah menipu kawan2 yang ingin bermain Ping Pong di rumah beliau dengan mengatakan bahawa Table Ping Pong itu ada di UM. Pemain ini mempunyai skil yang baik di dalam bidan PR. Wakil Public Relations Total FC ini juga gemar berbasikal. Namun setiap kali dia berbasikal, hujan akan turun dan kawan2 nya yang berkereta terpaksa mengangkut dia dan basikalnya sekali

Ini pula adalah Wira Tangkis dari kawasan Kajang. Sepanjang penglibatan beliau di dalam arena Badminton ini, beliau telah mendapat rekod kemenangan bersih ekoran tektik busuk "cepat2-book-Aled-jadi-partner" beliau. Hal ini terbukti apabila setiap kali malam badminton sahaja dia akan menjemput Aled dahulu. Pemain yang berwajah seperti "Abang Gatal" ini juga gemar tidur ketika menjaga gawang gol, bergelak tidak kena tempat dan yang selebihnya, "ada hal sikit".
(Hal ape? Itu saya tak tau -pengarang)

Perlawanan yang julung2 diadakan ini berlangsung setelah lebih kurang 4 set double. Pada masa itu, kedua2 pemain sudah pun memanaskan badan dengan cukup.

Pada malam itu, perlawanan hanyalah satu set. Hanya satu set yang akan menentukan siapa yang bakal merangkul kejuaraan yang berprestij ini. Perlawanan bermula dengan baik. Berselang seli mata di pungut oleh setiap pemain ekoran kesilapan mudah yang dilakukan oleh pihak lawan.

Amad turut mendahului Shahir hampir 8 mata. Pada masa itu sudah pun kelihatan riak wajah bongkak. Yang Petak sudah hampir kelihatan seperti Octagon. Bersisi2.

Shahir sudah pun nampak lemas di dalam kawalan kemas dari Amad. Namun, semangat juang yang utuh dan sifat "tidak mudah emo" telah memudahkan Shahir mengejar semula.

Apabila Shahir mencecah angka 15, tiba2 kelihatan kelesuan Amad yang ketara. Setiap bola dipulangkan dengan pukulan lemah dan banyak "mistake" budak hingusan yang dilakukan.

Akhirnya, Shahir berjaya menumpaskan amad dengan sebuah smash kencang ke tempat kosong pihak lawan. Sambutan bermakna dari Shahir menggamit court 6 di RSGC semalam.

Amad akur menerima kekalahan di tangan pemain yang lebih banyak pengalaman dan mempunyai kekuatan mental yang tinggi.
blog buih

4.12.08

Ape kejadahnya ini En Sabri?


blog buih

Ape sudah jadi dengan En Sabri? Misteri ini mula menular dikalangan rakan2 di blog ini dah disambung di sini pula. Lantas, aku terus terfikir akan apakah yang dimaksudkan dengan En Sabri. Dari mana datangnya Enchek itu?

Perhatikan gambar diatas dengan teliti. Mungkin ada seorang dua yang kamu kenal. Adakah dia Enchek Sabri?

Pada pengamatan saya, hasil dari keterangan dari Mak Buyong, Kemungkinan besar Encik Sabri itu dibesarkan didalam era2 begini. Mungkin juga beliau ketika berdating dulu memakai baju kemeja denim yang dipotong lengannya sambil berguling2 di Taman Aman dekat belakang sekolah Sri Aman sana tu. Ini adalah ekoran pengaruh filem2 Uji Rashid yang ketika itu amat cun.

Tapi, mungkin apa yang disampaikan oleh pemanggil misteri itu, adalah sebuah mesej yang telah disalah tafsirkan. Sepintas lalu di pusat carian Google telah menemukan saya dengan En Sabri :-


Namun, saya rasa ini bukanlah En Sabri yang dicari2 oleh perempuan itu.

Ini adalah kerana, teori saya adalah berkenaan En Sabri sebagai sebuah kata ganti nama bagi perkataan lain. Dalam erti kata lain, Code Name: Sabri.

Mungkin akibat percayakan En Sabri, perempuan itu telah merelakan dirinya diSabrikan. Penyabrian ini telah mengakibat kehilangan sesuatu yang amat dihargai. Penyabri dipercayai telah memberi nombor telefon Mak Buyung untuk mengelakkan dirinya di cam sebagai Sabri. Aktiviti menyabri ini biasanya dilakukan ketika mangsa didalam keadaan alpa dan leka. Lantaran dari itu, amaran keras harus diberikan agar Sabriism ini tidak menular dengan lebih parah lagi.

18.11.08

How to take a picture. Ape kejadahnya ini?


Pengamal teknik Prune, Puan S.
blog buih

Dewasa ini kita sering dikejutkan dengan gambar2 tergempar selebriti dan artis, baik di tanah air mahupun dari luar negara.

Namun diantara teknik2 posing, Puan S telah kini mempelopori gaya "Prune" yang cukup hebat. Gaya Prune ini amat sesuai digunakan untuk mengambil gambar2 "candid" mahu pun gambar seorang diri untuk digunakan sebagai Profile Picture di Facebook.

Teknik yang dipercayai berasal dari Ampang ini belumlah diketahui sumber kejadiannya. Namun saya percaya, perempuan2 Ampang amat mahir dalam melunaskan Prune yang baik dalam setiap gambar.

Tidak kurang juga, demam Prune ini telah pun menular ke utara tanah air. Kelihatan patung yang memakai tudung ala- moden itu juga turut menggayakan posing Prune ini. Nampaknya saling tidak tumpah dengan gaya Puan S. Patung ini masih berdiri berhampairan Pasar Chowrasta.

Walaubagaimanapun, gaya Prune ini hanya lah sesuai diamalkan oleh pengamal2 yang telah mempraktikkannya sekurang2nya 10 tahun. Untuk yang baru mula hendak mengamalkan teknik ini, adalah lebih baik jika menggunakan khidmat pakar untuk memperkemaskan lagi teknik yang agak sukar ini. Buruk padahnya jika tidak dibuat dengan betul.


Teknik yang salah akan memudaratkan imej kemanjaan gaya Prune ini

30.10.08

Porn Saloon


blog buih

Ini Porn Saloon yang telah dirakamkan oleh Puan Superstar di Puchong tempoh hari.

Tuan punya mata galak ini tidak diketahui pula identitinya. Adakah dia salah seorang dari ahli saloon itu?

Ketika dikunjungi, Puan Superstar kata tempat itu ditutup. Mungkin kerana bulan puasa, mereka semua sedang diikat.

Bayaran untuk pengunjung lelaki mesti lah lebih mahal, di samping itu, mungkin ramai lelaki2 yang ingin part time di sini juga.

Logo Porn Saloon ini juga amat menarik. Sila amati dan komen apa maksud di sebalik simbol itu.

20.10.08

Aku Bukan Garpu!


blog buih

Aku cuba untuk mempertahankan diriku. "Aku bukan Garpu!"

"Jangan gunakan aku untuk mengepit Yee Mee!" Jeritan aku bagaikan menuang air di daun keladi..tidak membuahkan hasil.

Mulanya aku digunakan untuk melentikkan alis mata gadis2. Agar cantik dan kelihatan gedik. Ramai yang berusaha bersungguh. Mereka kelihatan amat berbangga dengan keupayaan aku membengkokkan bulu mata agar yang lesu kelihatan segar.

" Itu bukan nak ketip KENING ke?"

tak semua orang kena lentikkan kening pakcik woi

19.10.08

gettin' jiggy with it.










Hey, Faizal..pandainya kamu menari mana belajar ni?

blog buih

18.10.08

Isteri Dibunuh Suami kerana Facebook

Man killed wife in Facebook row
Emma Forrester
The mother-of-two's family was left devastated by her brutal murder

A man has been jailed for life for stabbing his wife to death over a posting she made on the social networking site Facebook.

Wayne Forrester, 34, told police he was devastated that his wife Emma, also 34, had changed her online profile to "single" days after he had moved out.

The Old Bailey heard Forrester drove to her home in Croydon, south London, and attacked the mother-of-two.

He stabbed her with a kitchen knife and a meat cleaver on 18 February.

Forrester, who pleaded guilty to murder, was ordered to serve a minimum term of 14 years.

Judge Brian Barker, the Common Serjeant of London, told him: "You committed a terrible act. There is no possible excuse or justification.

"This is a tragic killing and what you have done has caused untold anguish."


What on earth could Emma have done to result in such a brutal, callous attack?
Liza Rothery, victim's sister

Forrester, an HGV driver, was drunk and high on cocaine when he attacked the mother of two in the early hours as she slept.

He beat her, tore out clumps of her hair, and repeatedly stabbed her in the head and neck.

Neighbours were woken up by her screams. They found him sitting outside the house covered in blood and called the police.

The court heard Forrester thought his wife, a payroll administrator, was having an affair and had threatened to kill her.

The couple, who had been together for 15 years, had a "volatile" marriage, jurors were told.

'Devastated and humiliated'

The day before the murder, he called her parents and complained about his wife's Facebook entry which he said "made her look like a fool", the court heard.

In a statement to police Forrester said: "Emma and I had just split up. She forced me out.

"She then posted messages on an internet website telling everyone she had left me and was looking to meet other men.

"I loved Emma and felt totally devastated and humiliated about what she had done to me."

In a victim impact statement, Mrs Forrester's sister Liza Rothery said the murder had had a "devastating" impact on her and parents Frances and Robert.

Miss Rothery added: "What on earth could Emma have done to result in such a brutal, callous attack on a defenceless woman?" blog buih

Baru2 ini kawan aku seorang yang aku sangkakan kuat dan jitu semangatnya untuk menolak atau menahan tarikan Facebook akhirnya akur lalu telah membuat sebuah account. Eugene pula mangsa sebelumnya. Kedua2 mereka sedang lalai dibuai mimpi2 indah Facebook seperti berjaya memiliki Empira dengan 20 orang askar Mob Wars dan sebagainya.

Tetapi, adakah anda sedar impak yang boleh ditinggalkan oleh status "relationship" itu? wajarkah seseorang itu dibunuh berdasarkan bacaan di atas?

Memang ramai yang memandang Facebook itu sebagai sebuah tempat bersosial yang penting. Kerana setiap perubahan kepada "profile" anda akan serta merta diketahui oleh segenap pelusuk "list of friends".
"Kalau main add je kawan untuk nak menang Fight Club, Hmmm..mungkin !Xfghli dari Zimbabwe pun tahu yang anda sedang lapar"


Aku pun pernah menjadi mangsa keadaan begitu. Gambar bersama kawan2 telah disalah tafsirkan sebagai gambar aku bemesra2 terlebih2. Lalu aku disuruh menjauhkan diri. Aku setuju untuk kebaikan bersama. Namun semuanya tampak sia2.
"Apa yang kelihatan di Facebook hanyalah apa yang telah disaring oleh pemilik sesebuah akaun, Jika betul mahu berlaku curang, medium yang lebih sesuai adalah di telefon bimbit sahaja"


Jadi, jangan lah anda menjadi seperti orang Putih dari Croydon yang tak berjadah ini dengan membunuh isterinya oleh kerana Facebook sahaja.

12.10.08

Ape kejadahnya ini? Nasi Kandar & Ice Cream Cake


Kedai Nasi Kandar Utara di SS15 adalah merupakan salah satu "hidden gem" di tengah2 kesibukan disekelilingnya. Aku sering kesana pada hujung minggu bersama kawan2 untuk makan Nasi Kandar.
Hari ini, aku telah menerima sebuah kejutan. Kedai ini telah mengembangkan sayapnya dengan menjual, Ais Krim kek."Hah! Ais Krim kek?!!"
Ya. Tentu anda terfikir, "Apa kejadahnya ini?"
Aku pun terfikir begitu. Tersentak aku tatkala aku melihat iklan Kek Ice Cream ini. I can't accept the idea of the mamak baking a cake.

Kalau dah mamak tu, masak la nasi kandar, janganlah anda hendak memasak Ice Cream Cake, makanan itu terlalu comel untuk anda masak.


blog buih

9.10.08

Kejadian Ngeri Malam Jumaat.


Jam sudah menunujukkan hampir pukul 10.30 malam. Dari pengamatan anda, tentu anda nampak gambar diatas adalah gambar di kawasan pembinaan.Aku terpaksa menunggu didalam kereta sementara teman ku pergi mencari ATM. Aku paculkan camera ke arah kawasan pembinaan itu."Boleh sampai ke Flash dia ni?" fikir ku sendiri.
Sudah beberapa kali aku bilang dengannya, jangan turun disini, ada bank lain yang tidak terperosok ke pinggiran Subang Jaya."Alah, takde ape la..jangan la jadi penakut. You tunggu sini, I nak turun pegi bank." Katanya tegas. Aku terus membisu. Bunyi unggas malam sebagai teman menunggunya pulang.
"Ish! kenapa tak balik2 lagi ni?" Aku terus menunggu. Keadaan semakin sepi, sekali sekala sebuah kereta deras memecut di jalan raya. Aku masih tersadai di bahu jalan.Kali terakhir aku melihatnya tatkala dia masuk ke dalam kawasan pembinaan itu.
TIBA-TIBA!

"B! jangan amik gambar I!..takde jalan keluar la kot dalam nih!"

Tu la, kau degil lagi.
blog buih

2.10.08

Ape kejadahnya ini? Edisi Raya.


blog buih

Hari ini hari raya, banyak orang berjalan2, saling kunjung mengunjung untuk menyambut kemeriahan yang dirasai semua lapisan umat Islam ini. Budak2 kecil teriak riang berkejaran sambil menggenggam sampul2 hijau. Yang tua saling bercerita bagaikan tidak habis liputan berita2 yang disampaikan.

Lainlah aku. Aku sebuah kereta yang tersadai di tengah jalan. Aku tidak tahu mana harus aku pergi. Lalu aku berhenti di tengah jalan. Aku panjat ke bahu jalan lalu aku berhenti. Melihat kereta2 lain lalu dihadapanku. Kenapa aku disini?aku mahu berada di tengah hiruk pikuk kemeriahan Aidilfitri.

"Aku tak tahu kat depan tu boleh U-turn....aku panjat la cross pegi belah sana..."

28.9.08

Ape kejadahnya ini? - K


blog buih

"I tak nak balik...nanti I rindu you".Ujarnya manja pada ku.

"dah, dah..turun, i suh posing nak test flash camera ni je lah"

24.9.08

Ada Rimau di Pasar Jalan TAR - Ape Kejadahnya ini?Siri 15.

nasib baik tak kena kejar rimau..

Peristiwa ini berlaku dihadapan mata pengarang didalam kesesakan hiruk pikuk pasar di Jalan TAR.

peniaga rempit:
haaaa sinnggah sini dulu bang jalan jam tu tak lah ape diorang tgk dalam tu ada Rimau kot...


aku mula bingung, mana mungkin peniaga2 ini tahu.

PR:
Ada Rimau dengan Gajah kot.Singgah tengok kueh raya ni dulu bang...


Buih:
Rimau dengan Lembu ada la bang...


PR:
Haa ade Rimau dengan Lembu kat depan tu...


Buih & Zano:
hihihihihi.

blog buih