3.2.09

Tiga ekor mentadak laut tersadai.

Dalam perjalanan hidup aku, aku sering berjumpa dengan haiwan2 pelik. Ada pernah sekali terjumpa dengan Memerang Pasir. Masa kat SS15 ada Lembu Kung Kung. Masa kat sekolah ada jumpa Babi berkaki dua dan Beruk tanah. Tapi malam ini, seperti kisah hidup Tamar Jalis, aku telah berjumpa dengan Mentadak Laut.
Haa..nampak tak binatang ni. Bertiga mereka bersatu chill dalam pinggan aku. Kiranya dalam banyak2 mentadak laut yang ada kat kedai ni tadi, 3 ekor ni la yang paling cool. Yang lain tu tak berapa cool la sebab Amad dah kepak2 badan dia untuk dia makan. Tapi lepas tu, dia dah mula garu2 pipi dia. Dia kata dia allergic dengan keluarga2 ketam. Aku mula risau bila pipi dia nampak bengkak. "Eh Amad, cakap ah bengkak sebab makan nih..."

"Tak muka aku memang ini macam punye.." Khayalan aku membawa kepada scene di Sportsbarn yang diadaptasikan untuk Restoran Yuen ini.
Tengah asyik mentadak2 tu lepak, aku sempat amik gambar pinggul dia. Kalau dalam video clip Flo Rider atau 50 Cent, dia panggil Booty kot. "Ha! ni ah rupa Booty ketam nih..."

Memang tak macam tengok Jessica Alba punya masa citer Into The Blue tu, tapi Amad kata sedap. Tapi mungkin padangan Amad tu bukan untuk dibandingkan dengan Jessica Alba.
"Eh eh, die senyum!"
Korang tengok la sendiri..comel mentadak laut ni...
Tiga ekor ni berada dalam keadaan ni, dipercayai ekoran mabuk tomyam. Sebelum mereka bertiga terdampar di sini, mereka dipercayai berenang2 di dalam lautan tomyam.
Dalam gambar di atas ni, ketiga2 mentadak laut ni mengambil gambar kenang2an bersama Zano. Nampak yang kanan sekali ni? Dia ingat dia comel kot..mata diorg ni nampak macam buah pinggang. Aku pun tak tahu la kalau itu sebenarnya buah pinggang dia kot..
Gambar dari depan ni telah pun diabadikan dengan menggunakan kamera LX3 ku. Lihat bagaimana mereka bertiga seakan2 tertunduk malu hanya memandang ke lantai. Bila diamati gambar ni betul2, kelihatan seperti mentadak tengah tu sedang mahu akad nikah.
Mentadak laut juga turut terkejut dengan prestasi pemakanan Kept pada hari ini. Ketika mentadak2 ini juga sudah chill, Kept masih lagi terus makan.

Lihat di gambar di atas, bukan pekerja Restoran Yuen yang sedang menggapai kedalam mangkuk stimbot tu.

Dari pandangan sisi, keayuan mentadak laut ini lebih terselah seakan2 sedang photoshoot majalah Mangga. Biasanya model2 lelaki berposing separa bogel di tepi kolam untuk majalah2 tabloid tempatan ini dipanggil 'Buaya Kolam' namun hari ni ada 'Mentadak Pinggan'.
Dalam seumur hidup mentadak ini, mungkin ini first profile picturenya. Namun belum pun sempat dia membuka akaun Facebook, dia telah pun direbus bersama kuah tomyam. Tapi tidak apa, mungkin gambar ini boleh digunakan untuk ruangan 'obituary'.
Keserasian ketiga2 mentadak laut ini telah menimbulkan teori buih. Berdasarkan firasat aku, gaya posisi mentadak laut ini mirip dengan gaya pemain2 sepak takraw. Mungkin sebelum mereka terkorban, mereka adalah regu takraw yang digeruni dalam Liga Mentadak Laut. Namun, bezanya mereka dengan Amad ialah, mereka tidak ada 'key' atau bandanna mengikat kepala.

Perhatikan apit kanan sudah galak, seakan2 sudah sedia untuk melipat.
Lihat sajalah wajah ayunya.
Di percayai ini adalah mentadak laut yang duduk di tengah. Dalam erti kata lain, mentadak tekong.

"Kalau kau makan Ayam Siam ni bai, Tekong confirm Kuda punya.." kata Shahir pada petang itu. 3 daripada 4 orang dalam kereta itu tidak paham maksud ayat tersebut. Aku tak tanya dia, tapi mungkin dia pun tak paham.

Kami selalu membahasakan takraw dengan panggilan "Satow". Malam minggu selalunya kami main pada pukul sembilan. Semalam Shahir cakap:

"Pukul Satow nak Sembilan ni!"

7 daripada 8 orang di Darussalam tidak paham. Tapi sebab kami kawan yang baik, kami buat2 paham.
Mentadak Laut terakhir ni yang paling hensem. Sewaktu aku bangun untuk meninggalkan meja, mereka bertiga masih lagi melepak di situ. Selamat tinggal Mentadak Laut. Kita jumpa lagi lain kali!
blog buih

2.2.09

Hari Wilayah..hari yang mulia...


Hari wilayah takde lagu kan? tak pernah terpikir lak..

"Hari wilayah ..hari yang mulia..membawa erti kepada kita..selamat menyambut hari wilayah...."
Pinjam lagu raya Eon jap, tapi tak sedap. Mungkin tahun depan kita patut cadangkan kat Uncle Jib buat lagu hari wilayah la...

Tapi tu tak penting. Yang lebih penting sebab aku kerja kat KL tapi duk kat Subang. Oleh kerana itu hari wilayah tu terasa lebih nikmatnya.

Tadi petang ada dua budak cuba buat muka cam Amad. Aku sempat tangkap gambar. Kesian Amad. Muka dia memang macam tu dan dia tak cuti hari Wilayah.

Aku suka hari wilayah.





Bertempat di perkarangan Darussalam juga, telah berlangsungnya upacara modeling sunglasses. Modelnya siapa lagi kalau bukan hero harapan tanah air sekarang? Dia yang muncul dengan watak penuh berani dalam Filem yang amat menakutkan, "Jangan Pandang Belakang". Pelakon ini juga amat berwibawa dalam menyampaikan mesej dalam lakonannya yang begitu menusuk kalbu. Penghayatan watak yang efisien ini juga dapat menarik perhatian penonton yang bagaikan tidak jemu2 dengan setiap watak yang dibawanya.

Terimalah...

Ruminah Sidek.....

Teka lah mana satu sunglass aku? No prize for winning ah, confirm ah yang paling cool tuh....


"Layan bai menatang ni!" Ujar Aled.
Aku bagaikan tidak percaya. Alat bodoh yang berbentuk seperti dildo separa siap ini mampu memberikan kepuasan kepada semua orang.

"Saya cuba kat abang eh.." Lantar brader direct selling itu terus mengusap belakang aku dengan bahagian bonjolan2 di belakang sikat itu.

"Wow! sedap wei..." aku mengerang kesedapan.

buih: Setelah 10 tahun lalu aku membaca tabloid murahan yang selalunya dijumpai di bawah tilam Shahriman, yang selalunya berkisar tentang episod seksual melayu seperti "Dirogol bapa sendiri" dan "Seks di atas busut" akhirnya aku berjaya menggunakan ayat "aku mengerang kesedapan" di dalam sebuah karanganku sendiri.

"Abang tak nak beli ke bang?" Pujuk brader direct selling tu.

"Tak nak la"

Sekarang ni aku sakit belakang, kalau aku ada alat tu pun, tapi takde orang nak urutkan takde la pekdah jugak kan?
blog buih

February/ Februari


blog buih

Hari jadi Ibu, hari mengingati kekasih, Hari Wilayah dan juga Thaipusam semuanya terkandung di dalam bulan Februari. Tapi, tahukah anda, bagi blog ini sendiri, ia juga menandakan ulang tahun pertamanya?

Jadi, saya akan mengumumkan sambutan hari jadi blog ini kelak. Saya masih lagi tidak tahu apa yang mahu dibuat.

Ada cadangan apa yang patut dibuat? Sila isi di ruangan komen.

So, hari ni, tengok Federer kalah ngan Nadal, Chelsea kalah ngan Liverpool.

Tapi paling penting sekali, esok cuti jadi tadi boleh main takraw.

Gambar hiasan bermain takraw malam tadi.