3.6.09

Finale Siri Saiko Tokya Sampai Balik.

-nak panggil nama ape dah siri review makanan aku?

blog buih

Dia dah balik. Nak saiko ape lagi? So semalam lepas aku amik dia kat KLIA dan pulang ke Subang, aku bertanya, "Ko nak makan ape?"

"Aku tak nak makan banyak la. Something light and easy." Dia cakap omputih macam dia masih di London. Tapi aku faham sebab kadang2 aku dengar Arctic Monkeys.

" Ke...ko lapar gila nak makan melantak gila babinye sampai kenyang?" Aku aju soalan yang lebih mudah untuk dia jawab.

"Hmm yang tu pun ok jugak..."

So, aku bawak dia pegi Selero Negeri.

Satu mangkuk Masak lemak Daging Salai.
Satu mangkuk Gulai rebung dengan Babat.
Satu mangkuk Masak lemak cili api dengan 2 telur itik.
Satu pinggan Tempoyak masak dengan pucuk ubi.
Satu pinggan Terung goreng.
Satu piring Sambal Ijo.

Bila makanan sampai,

"Ko nak bagi makan lima orang ke?" Dia tanya aku dengan muka innocent.

"Tak la..ni untuk kau la.."

*******

Kami makan bersama2 sambil bercerita. Tahu2 nasi sepinggan sudah pun habis. Aku panggil abang yang sedang isap rokok Semporna hijau.

"Bang, mintak nasik tambah dua!?"

"Eh, aku taknak.." Sambut Tokya tanpa ditanya.

Muka aku macam terkejut. Mata terbeliak sambil tak tau nak berkata apa.

"Eh..aku main2 je.."

Abang tu pun bawak nasi tambah dua.

Sorry la.

-dikucup peminat.
blog buih

aku lama sangat tak update blog.

Aku macam terlalu sibuk dengan bermain kamera. Semalam aku pegi beli flash.

Ye, hidup lebih cerah bila ada flash.

Tapi hari ni aku dikejutkan dengan perbualan ini.

sadat khairil anuar: blog ko tu pun, update ha sadat khairil anuar: babi sadat khairil anuar: buat blog, tapi tak update Nadrul Shaqman: updated gile sadat khairil anuar: citer bandung tak abis2 Nadrul Shaqman: sampai hari senin Nadrul Shaqman: ok aa Nadrul Shaqman: aku tak citer bandung lagi dah

ok la..aku update la lepas ni.. aku update selalu sampai kekadang tak sempat korang nak baca...

1.6.09

Kartika Sari, Maranggi dan Selamat Tinggal.

Kartika Sari adalah sebuah kedai yang menjual pelbagai pastries buatan Indonesia. Terdapat banyak pastries di sini dan kami semua telah membelinya sebagai ole-ole untuk di bawa pulang ke Malaysia.

Sampai kat KL, semua berjumpa dan mempunyai pendapat yang sama.

"Menyesal aa tak beli banyak sikit...sedap dowh!"

Untuk makanan tengahari yang terakhirt sebelum dihantar ke Airport, Amir telah membawa kami makan Satay.

Satay ini khas dari Maranggi yang menurutnya adalah sebuah kawasan didalam Kabupaten Bandung.

Di dalam gambar adalah Satay Kambing

At the airport. Airpot Bandung Kecil, kalau nak beratur kat imegresen pun sampai nak terkeluar airport dah.

Bila lagi nak holiday ni? Tahun depan ke mana kita? Bandung lagi???

blog buih