22.9.08

Total FC Berbuka @ Restoran Baiti

total@baitimenghisap rokok (not part of the buffet)

Semalam dengan jayanya saya berbuka bersama mereka. Kemudian tengok bola. Kemudian Parki Ji Sung score. Indah sungguh malam itu. Kemudian, Kalou buat palat. Ramai yang tidak dapat hadir. Kira kalau buat team bola, tak power sangat la.

Aku suka pergi berbuka dengan kawan2 aku. Aku tak suka pergi makan dengan orang yang aku tak kenal. Lebih2 lagi bila mereka suka mencarut dan membuat lawak yang aku kurang faham.[Post ini mungkin telah mengundang komen2 liar disini, tetapi saya tidak memaksudkan sesiapa pun yang saya kenal tetapi lebih menuju ke golongan ini dan ini.

Aku penat. Flight Shuqran pagi buta. Aku dah kena kejut lalu kena pergi hantar.Aku tak suka drive pergi Airport pagi2 buta. Tapi aku pergi juga sebab nak hantar Shuqran.Mula2 dah peluk2 dah kat umah and cakap bye2 semua, then i changed my mind.

Rindu Adik.

Good luck.

Ahhh dah nak raya..

blog buih

Panasonic Lumix DMC LX3



Aku dapat lihat camera ini berlegar2 di atas kepala ku. Ada sebuah lagi camera ini sayup2 melambai2, memanggil aku agar bermain2 dengan mereka.
blog buih

21.9.08

barangan - Motor Besar [ape kejadahnya ini 14]

Aku impikan kehidupan liar seorang biker ganas. Seperti William H Macy dalam citer Wild Hogs, aku juga ingin membuat tatoo dan melepak di bikers club sambil menjadi gilaan gadis2 di kampung2 yang aku singgah. Angin yang memukul2 seluruh badan ku bagaikan dinding2 rapuh yang aku terjah semakin aku memulas accelerator.
motor besar
Aku ingin menang perlumbaan haram setiap hujung minggu. Bergambar bersama habuan yang kelak akan ku ratah. Aku mahu semua orang takut dengan pekikan motor besar ini. Aku mahu semua orang tahu aku sudah menghampiri mereka akibat dengusan motor ini.

Lamunan aku tersentak. Ini bukan motor aku. Aku tidak dapat membawa siapa2 pulang. Aku masih memandu kereta nasional. Aku tidak mungkin dapat menyamai mereka. Mereka menunjukkan gaya rempitan tersohor dan dapat menghayati intipati watak semulajadi seorang bohsia dan bohjan. Gaya pelukan meraba raut wajah jejaka tampan mengalahkan gaya Julie Hana dengan Aqasha dalam filem Remp-it. Si jejaka pula dengan muka rakus bagaikan tidak sabar mahu merayapkan tangan ke seluruh susuk tubuh gadis. Aku semadikan impian liar ini bila aku melihat mereka :

motor besar
blog buih