29.9.09

Luas kan?

dunia terasa lebih luas dengan bila guna 11mm hingga 16mm. f2.8.
blog buih

Hari ni aku dapat mesej ganjil. Mesej dalam facebook. Dari seorang perempuan. Dulu aku kenal dia tapi dah lama tak jumpa.

Dia ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Kemudian dia sambung :-

(sad how time changes people, worse when you let issues between folks get in the way of r/ships between siblings. just my 2 cents.)

Aku ucapkan balik selamat hari raya.

Aku tak perlua 2 sen dia tapi aku terima dan kira macam duit raya saja lah. Tak guna lens luas kata pemikiran sempit.

Make my day.

What do you mean she's not there? (gambar hiasan)
blog buih

Pagi semalam, hari Isnin, menandakan hari pertama bekerja setelah seminggu bercuti raya. Aku raya tak sakan. Tapi cuti sakan.

Duduk kat kerusi ni rasa kekok. Tapi takkan nak guling2 sambil buat kerja macam kat rumah pulak. Aku duduk setengah jam perhatikan monitor. Kat opis ada satu je monitor. Kat rumah ade dua.

Tiba2 aku dapat panggilan. Dari seorang kawan. Dia jarang bangun pagi. Jam baru pukul 9.30 masa tu. Aku angkat dengan perasaan berdebar2.

"Wei, ko kat mana?" Suara terpacul dari telepon.

Masa tu. Aku rasa nak letak telefon. Bukan itu saja. Aku rasa nak campak dalam gaung. Nak pijak2 sampai lunyai. Telepon aku buruk dan murah. Mesti ramai orang nak tolong hancurkan.

Tak ada pendidikan moral betul telepon orang tanye kat mana, pukul 9.30 pagi pada hari Isnin, seminggu lepas raya. Kalau aku boleh, aku akan berada di tempat lain sambil guling2.

28.9.09

The Rendang Whisperer

Masak rendang best.

blog buih

Designated rendang maker of the family. Aku memang belajar dari nenek. Rasa pun nak dekat sama. Ramai orang kat sedap. Aku tak kata. Orang yang kata.

Topi tu beli raya tahun lepas. Takut rambut masuk dalam rendang.

Selesai masak rendang ni, aku pun siapkan baju untuk nak beraya esoknya. Semangat nak beraya.

Esoknya, dalam pukul 1 aku dah abis beraya. Aku tak nak raya lebih2. Mengamalkan wasatiah dalam kehidupan.

Dari pagi makan rendang, pastu stone, pastu tidur kemudian bangun, makan rendang, pastu stone, pastu tidur.

Seminggu straight.

Tak sabar nak raya tahun depan.

19.9.09

Lens Raya

- Selamat Hari Raya.
blog buih

Tahun ni aku tak beli songkok raya. Sampin pun pakai yang tahun lepas punya. Baju melayu dah buat masa pakcik aku kawen dua bulan lepas, aku pakai je balik.

Kasut raya macam untuk budak kecik je, so aku tak beli. Mercun pun dah tak main.

So nak beli ape tahun ni?

Beli lens la.

Ni gambar aku amik pakai lens Sigma 24-70mm f2.8 second hand.

Aku rasa gembira. Esok pagi nak bangun masak rendang. Macam biasa tiap2 tahun.

oh sebelum terlupa. Selamat Hari Raya.

14.9.09

Hensem.

- tak bukak sunglass sampai terbenamnya mentari.
blog buih

Hensem.Jantan.Lelaki.Gagah.Perkasa.Perwira.Tenang.Semangat Waja.Jujur dalam percintaan.Kumis nipis.Kening tebal.Tangan berbalut.Muka lebam.Jaket musim panas.Semi kasual.Baju kemeja hitam.Butang atas terbuka.Bulu dada berpintal.Janggut rata.Hidung terletak.Bibir disengat lebah.Pakai kacamata hitam dalam kedai sampai Maghrib. Makan BBQ Ribs. Suara dalam dan garau. Dipuja wanita. Menyembah bolasepak. Penjaga gawang.Panggil penjaga gawang lain "Oi Keeper!".Rambut tak perlu disikat. Penampilan penuh bergaya. Nampak macam keras. Jiwa macam kaca.Banyak Pengalaman.Balak gila.Tona vokal terkawal.Tinggi budi pekerti.Bersopan santun.Wasatiah dalam kehidupan.Kemudahan.Tua.