Showing posts with label siri saiko tokya sampai balik. Show all posts
Showing posts with label siri saiko tokya sampai balik. Show all posts

3.6.09

Finale Siri Saiko Tokya Sampai Balik.

-nak panggil nama ape dah siri review makanan aku?

blog buih

Dia dah balik. Nak saiko ape lagi? So semalam lepas aku amik dia kat KLIA dan pulang ke Subang, aku bertanya, "Ko nak makan ape?"

"Aku tak nak makan banyak la. Something light and easy." Dia cakap omputih macam dia masih di London. Tapi aku faham sebab kadang2 aku dengar Arctic Monkeys.

" Ke...ko lapar gila nak makan melantak gila babinye sampai kenyang?" Aku aju soalan yang lebih mudah untuk dia jawab.

"Hmm yang tu pun ok jugak..."

So, aku bawak dia pegi Selero Negeri.

Satu mangkuk Masak lemak Daging Salai.
Satu mangkuk Gulai rebung dengan Babat.
Satu mangkuk Masak lemak cili api dengan 2 telur itik.
Satu pinggan Tempoyak masak dengan pucuk ubi.
Satu pinggan Terung goreng.
Satu piring Sambal Ijo.

Bila makanan sampai,

"Ko nak bagi makan lima orang ke?" Dia tanya aku dengan muka innocent.

"Tak la..ni untuk kau la.."

*******

Kami makan bersama2 sambil bercerita. Tahu2 nasi sepinggan sudah pun habis. Aku panggil abang yang sedang isap rokok Semporna hijau.

"Bang, mintak nasik tambah dua!?"

"Eh, aku taknak.." Sambut Tokya tanpa ditanya.

Muka aku macam terkejut. Mata terbeliak sambil tak tau nak berkata apa.

"Eh..aku main2 je.."

Abang tu pun bawak nasi tambah dua.

30.4.09

Siri Saiko Tokya Sampai Balik 26 - Alissara @ Puchong

Macam biasa for our Makan Sedap, we try new places to find good food. Obviously, here in Malaysia, we have that in abundance.

Destinasi tempat erbaru ni memang di tengah2 perut Puchong. I dont know how to describe the road to this place. But I'm sure you can find it in the net.

After going through some kampung area, we eventually sampai juga ke tempat makan ini. Nama tempat makan ni mula singgah kat telinga aku ketika di sebut2 Yew-U.

Aku trust taste Yew-U.

Ni Ayam Chad Krao Pao or something like that. Aku takleh nak pronounce nama masakan ayam ni. Tapi it is translated as Ayam Masak Daun Selasih.

Rasanya sedap. Tidak terlalu pedas tetapi lebih kearah manis dengan sos likat yang harum. Bau dari daun selasih turut menaikkan lagi aroma dan rasa masakan ini. Ayam yang dicincang ini juga lembut dan sesuai untuk dimakankan bersama nasi.

Ini pula makanan yang jarang didapati di kebanyakan kedai di Kuala Lumpur. Ini adalah lidah goreng.

"Ehhh!! tak reti aku makan lidah goreng" kata Kept ketika aku cadangkan untuk order makanan ini.

By the time sampai, dia dah reti dah. Quick learner. Aku tengok dia sebat macam hari2 makan lidah.

Ni recomendation dari Yew-U. Dia kata Ikan Stim Limau kat sini is the bomb. Memang it is.

Kuahnya bila dimasukkan kedalam mulut, dan ia lalu di segenap deria rasa di atas lidah, maka akan terbakar lah deria pedas, akan timbul rasa masam dan juga cukup manis dan masinnya. Kuah ikan ni dihirup semua orang.

Sangat sedap.

Ni Tomyam yang berkuah putih. Nama dia Tom gak..tapi aku tak ingat Tom ape.

Tapi tak kisah la. Sebab antara banyak2 Tom yam yang aku pernah makan, aku agak suka variasi yang bersantan nih.

Cuma mungkin tak best kalau nak hirup macam tom yam biasa tu aa.

Dalamnya ade berbagai seafood. Ada ketam, udang, sotong dan ikan.

Sebagai pengamal gaya makan sihat. Kami turut order Sayur-sayuran. Sesuai dengan nama pengamal "gaya" makan sihat, atas sayur2 tu ada sambal udang.

Sambal dia sedap. Pedas.

Sayurnye pula dicelur sekejap dan masih segar. Ada Kangkung, dan Kacang Botol.

Ini pula Sotong Goreng Berempah spesial. Nama panjang gila. Tapi bila diletak atas meja, riwayat dia tak sepanjang nama.

Aku nak amik gambar pun ada garpu liar dah takleh tahan.

Yang ni kitorang terpaksa order dua. Sedap sangat.

*******
So, for 7 adults and 1 baby, the damage was RM120.00

Murah kan?

So, tunggu ape lagi?pergi sekarang sebelum semua orang dah start makan kat sini.
blog buih

12.4.09

Siri Saiko Tokya Sampai Balik 25 - Nasi Lemak Tanglin


blog buih

Kalau nak makan nasi lemak ni, memang leceh. Kena bangun pagi2 dan gerak dari Subang. Dua faktor itu membuatkan nasik lemak ni amat jarang dimakan. Walaupun dia antara nasi lemak terbaik di Kuala Lumpur.

Pagi tadi kena pegi rehearsel wedding Gel. Jadi aku amik peluang untuk pergi ke sana. Boleh bawa kawan2 untuk mencuba nasi lemak tersebut.

Puas beratur masa nak beli nasik lemak tu. Kakak yang jual tu garang2 sikit walaupun cun. Masa kunjungan kami tadi, aku makan lauk sambal limpa dan sambal sotong.

Kami berselisih dengan Amad ketika kami sampai. Namun dia tidak perasan kerana sudah mahu pulang. Kalau awal sikit boleh breakfast ngan Amad. Euuww...

:p

Siri Saiko Tokya Sampai Balik 24 - Wok Hei @ Plaza Damas



blog buih

Aku rasa siri ni dah nak berjaya.

Maka aku kena tukar siri makanan ni dengan nama lain.

31.3.09

Siri saiko tokya sampai balik 23

Model Teh Botol. Sekarang Teh Botol sudah disediakan di dalam Kotak. Patut dipanggil Teh Kotak.

Makanan pilihan Sapet.

Jari Gel dan Ayam Penyet.

Terung Goreng Balado.

Ayam Pop dan Ayam Penyet.
blog buih

Sedap sungguh acara "Makan Sedap" yang telah berlangsung semalam. Tempat pilihan adalah Restoran Sari Ratu di Kelana Jaya.

Acara makan2 bertambah sedap bila dihadiri kawan2 yang turut kuat makan.

Macam biasa, aku menang acara sprint. Mereka baru nak kopek ayam, aku dah habis dah makan.

Daging Dendeng dia keras sikit. Macam papan plywood tapi sedap. Sambal2 merah dan hijau dia sedap. Kuah lemak dia pun sedap.

Aku paling suka makan terung dia. A++

20.3.09

Siri Saiko Tokya Sampai Balik 22 - Cendol & Rojak SS15

Kalau tanya orang Subang, mana cendol & rojak yang paling sedap, tinggi kemungkinan akan ditunjuknya gerai di SS15 ni. Memang ramai orang datang beratur setiap hari. Kedainya pun sudah beberapa kali pindah tapak. Sekarang ini, MPSJ sudah menyediakannya gerai di depan Pan Bakery.

Rasa rojaknya memang lazat. Banyak sayur2 yang diletakkan. Kalau datang petang,kuah akan didapati sedikit cair. Mungkin dia tambah air kot. Paling best kalau datang tengahari.

Masa aku pergi hari tu, sudah petang. Aku dalam attire kerja aku terus mengeluarkan kamera untuk snap gambar2 ini untuk blog buih.

Tiba2, macha cendol ni tanya.

"Bang, ni keluar majalah mana?"

"Tada kluar majalah la..ini saya punya suka2.." Sambil mengacukan kamera kat dia.

"Dah belum?dah belum?" Dia tanya. Entah ape2 macha ni, posing lak dia..buat je ah kerja tu, aku nak snap candid je.

"Dah" Aku jawab sempoi.

Ais dah pun berkepul2 dalam mangkuk. Setelah dia tuang kuah putih dan isi2 cendol yang hijau itu, dia hulurkan pada aku. Aku mendekati dia sambil cepat2 menyumbat LX3 masuk dalam beg.

"Nanti kalau kluar paper, bagi saya aa"

"ye ah! ye ah!"


blog buih

15.3.09

Siri Saiko Tokya Sampai Balik 21 - Nasi Goreng Tomyam.


blog buih

Dulu kedai ni famous jugak di kalangan budak2 yang selalu lepak kat Subang. Masa tu kedai ni buruk. Satu aunty Cina yang jaga. Choice tak banyak, tapi apa yang ada menjadikan dia ala hidden gem di tengah2 kesibukan SS15.

Ia terletak bersebelahan dengan Darussalam. Lokasi itu boleh dikatakan kurang menarik kerana ramai pelanggan yang akan lari ke kedai mamak di sebelah yang lebih selesa. Mamak Darussalam ini juga turut menjual nasi goreng tomyam.

Siang tadi, dalam tidak ada idea mahu makan di mana, aku, Xul dan Sapet telah berkunjung ke sana.

Makanan yang diorder agak lambat sampai. Rasa nasi goreng tomyamnya juga agak berbeza. Side dish nasi goreng tomyam yang amat famous, telur goreng dan hot dog sebatang, juga tidak kelihatan.

Namun kedai ini masih lagi penuh dengan pengunjung terutamanya pelajar2 kolej yang berdekatan.

14.3.09

Siri Saiko Tokya Sampai Balik 20 - Irish Lamb Stew.


blog buih

Once in a while, aku akan terasa macam nak makan Irish Lamb Stew. Sepanjang sejarah hidup aku makan Irish Lamb Stew ni, aku pernah makan kat Secret Recipe je. Tak tau la pulak kalau kat Ireland ade ke takde benda lamb stew ni.

Mungkin adik aku pernah makan Irish Lamb Ketok Stew, itu kita tak tau.

Yang aku tak suka pasal lamb stew ni adalah harganya. Memang kambing betul (pun intended).

RM25 beb.

Tapi takpe, aku makan jugak sebab aku sedang duduk memikirkan projek baru mengisi masa lapang.

3.3.09

Satay Haji Samuri @ Kajang - SSTSB 19

I think by writing too much about this place would waste too much time. Instead of reading it, you should just head down to Kajang at try the best satay in the whole country. The satay ayam/chicken is especially noteworthy. It's meat is soft and tender with tantalizing aroma that will tingle your senses as the waiter puts it on your table. Just dip in in some peanut gravy sauce, add some chilli paste to make it hotter and you're in Satay heaven.

Chan Ho Nam pun makan satay Kajang wei..
Need I say more?
blog buih

Obroma Chocolate Lounge - SSTSB 18

blog buih

A friend of mine once said to me that she wants to have dinner at Obrama's Chocolate Lounge with me. I waited and was stood up.

So, I took the initiative to go there by myself. All alone, all by myself.

Actually, I came across this shop while loitering in One Utama on the last day of February.

I went to the counter. "Hi, I'd like to try something but it's my first time here..can you help me out?"

"Tengok la kat menu tu.." kata gadis yang sungguh baik hati itu.

Then her supervisor came. She was really helpful. She guided my conscience to convince myself that it was ok to have Chocolate shake with Ice Cream and Milk on a Saturday afternoon. Ala..ok la..last day of the month.. ala..February ada 28 hari je..Macam2 alasan la untuk membolehkan aku beli minuman tu.

So aku order air tu. It went by the name "Iceberg" something. It's the best drink I'm ever going to have but because I love myself I have to stay away from it. I think it's effects are worse than alcoholic beverages. note: "I think".

It's very milky. It has chocolate flakes and powder sprinkled on top. A single scoop of vanilla ic cream is found floating in the middle of it all. With the first sip, Chocolate milk starts to rush into your mouth. Then, the sweet taste hits you. By now, the Ice cream is starting to melt. It forms an understanding with the rest of the sahke in the tall glass. An understanding which was meant to give those who taste it, a taste of heaven.
It was too sweet for me. So I had to justify drinking it with some good deed. With the sugar rush pummeling through my head, I got the bright idea of drinking a glass of plain water with the purpose of diluting the sugar. Ok, it didn't sound to bright now but I swear that it was the only thing to do to get rid of my guilty conscience. Plus, the walk to and fro could shave some calories off.

And I had to take a picture of the shop. It's filled with rows and rows of chocolate like the dreams I use to have when I was small. Not that I don't have chocolate dreams now but now, it is mostly like Megan Fox covered in chocolate or watching Scarlett Johanson and Jessica Alba fight it out in a chocolate pool. In both instances, I don't really remember enjoying the chocolate. Not like in Obrama Chocolate Lounge.

*The unhelpful girl saw me walking around with my camera. She conveniently came in the frame while I was about to snap. Post editing; "I had to crop you off sista!"

20.2.09

Kedai Makanan MZ Darulnaim - SSTSB 17

blog buih

Orang2 Kelantan memang secara umumnya diketahui sebagai orang2 yang pandai berniaga. Lebih penting dari itu, awek2 Kelantan comel. So, kalau kat KL, nak cari masakan Kelantan di mana?

Salah satu tempat yang paling best sekali ialah kedai makanan MZ Darulnaim. Kedai ni disyorkan oleh kawan Kelantan saya Shahir. Dia orang Kelantan dari Sg Ramal Luar yang lepak Subang. Memang pelik.

Kedai makanan ini terletak di Kg Bharu. Memang Kg Bharu tu macam Little Kelantan kan? Awek Kelantan pun ramai situ. Comel. Tapi takde yang aku cam dari 3gp yang selalu kawan2 aku bluetooth kat aku.

Masuk je dalam kedai ni, aku dah standby camera. Aku memang lari keluar dari ofis awal sikit untuk sampai kat kedai ni awal. Aku snap2 gambar secepat mungkin. Ni gambar pertama di bahagian lauk-pauk. Ada masakan kelantan yang berbagai jenis. Ketam kat tepi tu nampak best. Tapi sebab aku dengan baju kemas aku, malas la nak makan.

Aku ke depan sikit. Ni dekat dengan seksyen ulam2. Aku suka makan ulam. Tadi aku makan jering, terung2 rebus, jantung pisang dan pucuk betik. Akak sebelah ni sibuk nak enter frame. Asal aku nak tangkap gambar je, die sibuk ngan supik gelenyar dia tu. Aku tak tau ah sape yang gelenyar, supik tu ke akok tu...
Akak kat belakang kaunter tu, tu akak-tuang-kuah-percik. Kerja dia murni. Dia buat banyak orang gembira.
Ni pula bahagian set2 hidangan standard. Ada gulai daging cincang. Ada ikan kembung bakar. Belakang tu daging bakar dengan Ayam percik. Ni yang dekat ni pula kuah singgang. Aku nak makan kuah singgang. Tapi malas nak kopek ikan tongkol. Hardcore sangat tuh.

Yak! haaa..sape tak tau ni ape memang ah rugi. Ni la budu yang dimakan dengan cili padi, limau dan sedikit tempoyak. Selama aku makan budu aku tak tau boleh makan dengan tempoyak. Hari tu aku dah tanya kawan aku,Mache, dia kata boleh. Nama dia Mache sebab dia duk Machang. So dia memang Kelantan abih ah. Tapi la ni dah Amerika dah. Pakai seluar Levi's..baju Nike..

Abih aku makan. Aku bayar. Abih aku bayar, abang tu tanya.

"Be, mari dari mano be?"
"Dari opis ah"
"Ye la, amik gambo tu nok masuk paper ke?"
"Dokkkk Ehhhh..."

Hish, nasib baik aku tak bagi stiker blog buih.

Kalau tino aku bagi doh...

19.2.09

Restoran Rose Masakan Nogori 911-SSTSB 16


blog buih

Semalam, aku teringin nak makan masak lemak. Aku buzz Stickyfinger kat YM. Dia pun lapar. Aku pun set "lunch date" dengan dia.

Kedai ini terletak di Jalan Kampung Pandan. Dekat2 jugak dengan kedai Kari Kepala Ikan yang famous tu.

Pilihan makanan di sini banyak. Masak Lemak je dah dekat 5-6 jenis. Ada daging, ayam, ikan dan telur itik. Kemudian ada pula berbagai jenis sayur-sayur. Antara yang sedap di sini adalah sayur pecalnya.

Aku sampai2 je, tengok makanan terus lapar. Akak tu pulak timing macam cun je terus hulur pinggan berisi nasi panas. Berasap2. Cepat2 aku tuangkan masak lemak cili padi atas dia. Pilihan aku semalam, masak lemak telur itik. Kemudian aku ambil sambal goreng. Sambal goreng dia juga sedap. Ada tempe, ada tahu dan kacang panjang. Tapi yang disini kurang pedas. Aku suka yang pedas sikit.

Setiap kali aku datang ke kedai ini, aku mesti tukar2 pilihan lauk. Kecuali... ikan goreng yang best ni. Aku pun tak tau nama ikan tu apa. Tapi dia memang sedap. Sape tau nama ikan tu? tolong bagi saya jawapan. Ikan tu hensem2 gak la..

haa tu nampak gambar ikan tu..yang sebelah ayam kampung tu..tengah senyum2 je tu..

Selepas memilih makanan dan air pun diletakkan di atas meja, kami pun memilih meja untuk duduk. Terus kami berdua fokus pada makanan. Last aku dengar Stickyfinger kata "Sedap masak lemak nih..." Lepas tu aku dah tak dengar ape2 dah. Khusyuk gaulkan sambal dengan tempoyak. Lalai dengan lemak telur itik.

Bila makanan dah habis. Aku duduk tersandar. Kawan aku tu pun dah buat muka kenyang. Dia bawak keluar sebatang Semporna Hijau. Dia ketuk2 atas meja. Sementara itu, aku berlegar di tempat2 makanan pencuci mulut. Aku nampak tapai. Aku amik tapai tu.
Putih isi tapai tu macam salju. Aku makan dengan lahap sekali. Kejap je dah habis. Kawan aku perhatikan saja aku. Aku bingkas bangun semula. Berlegar2 di ruangan kedai menangkap2 gambar. Abang2 yang sedang beratur tu macam tak puas hati."Menyemak lak budak ni..dah kenyang duk la diam2". Mungkin itu kata mereka

Kemudian, aku terlihat sesuatu yang asing. Kuih2 hijau, bujur dimandikan dengan kuah putih yang pekat. Aku asyik tengok seorang akak menyudip masuk ke pinggan.

"Kak, ni macam mana nak makan kak?" tanye aku separa comel.
Tapi kalau akak ni jawab "Makan kot mulut la" ...memang aku backhand gak die sekali.

"Cuba la satu dulu..sedap ni dalam dia ada kelapa dengan gula merah" Kata akak itu dengan lembut sekali.

Aku yang termakan kata2 manis akak tu terus meminta dua. Namun nyata ia sedap. Lalu aku abadikan kenangan ku bersama kuih..Badak Berendam.
Aku dah habis makan. Kawan aku masih mengetuk2 rokok Semporna Hijau di atas meja.

15.2.09

Nasi Daun Pisang / Banana Leaf Rice @ Raju's - SSTSB 15

Nasi daun pisang lagi sedap dari nasi lemak.
blog buih

Aku rasa gembira kerana hari ini aku akan membuat Siri Saiko Tokya Sampai Balik (SSTSB) yang mungkin akan menggugat imannya. Aku akan ke Kedai Makanan Raju. Raju adalah antara peneraju industri makanan nasi daun pisang.

Aku duduk seorang diri. Teman2 yang dijangkan tiba untuk bersama2 makan tengahari sedang tersangkut di dalam kesibukan jalanraya akibat Le Tour De Langkawi. Aku minta consentnya untuk makan dahulu. Aku lapar.

Aku tunggu daun pisang diletakkan di atas meja. Ramai sungguh orang di waktu tengahari. Keadaan redup di bawah pokok2 bersebelahan padang bola La Salle itu antara penarik utama ramai orang datang berpusu-pusu.

Setelah di letak daun pisang, nasi putih yang panas pula diberikan. Nasi ini panas dan wap berkepul2 keluar. Kepanasan nasi dan daun pisang itu membangkitkan aroma yang amat lazat.

Kemudian datang seorang pemuda bertopi Raju untuk memberi sayur2an pula. Sayur2 ini diletakkan di dalam calung2 besi. Kari juga turut dihidangkan begitu. Terdapat berbagai jenis sayuran yang dimasak dengan bergitu lazat sekali. Tadi ada sayur kacang buncis, timun dan juga sayur bayam.

Terdapat berbagai jenis lauk pauk yang ditawarkan di Kedai Makanan Raju ini. Ada kari udang, ayam goreng dan kambing Varuvel yang sedap dan lain2 lagi. Tadi aku order ikan tenggiri goreng. Ikan tenggiri itu masa sudah sampai sudah sedikit sejuk. Mungkin kerana terlalu ramai orang, servis di kedai itu telah menjadi kurang efisien.

Touch up terakhir adalah condiments seperti cili kering bergaram dan papodum yang memberi sentuhan terakhir untuk melengkapkan hidangan India yang digemari oleh berbagai lapisan masyarakat ini. "Dua jam lepak kat situ, dua family berbangsa Cina datang makan. Keluarga kedua siap bawak kawan Omputih."
Selain dari makan Nasi Daun Pisang di Raju, minuman2 yang dihidangkan juga sedap belaka. Tengahari tadi, sampai aku habis makan teman makan tengahariku belum sampai lagi kerana kesesakan lalulintas. Jadi sempat la mencuba beberapa minuman yang nampak macam best.
Mula2 cuba teh tarik. Minuman ini mungkin boleh dikatakan minuman nombor 1 di negara kita. Maybe outsells beer by ten fold. I don't know, those are just facts I make up. Makcik kat sebelah tu Omputih yang aku maksudkan. Dia pun macam layan je melantak.
By the time teman makan tengahari aku sampai, teh tarik pun dah habis. Jadi untuk menjadi pemangkin masa untuk berlalu, aku order air kelapa. Air kelapa dia sedap. Rasa macam kat tepi laut jap. Rupanya kat tepi longkang.
Ni fish cutlet. Masa ni aku dah kenyang makan nasi daun pisang aku. So aku assume....nasik lemak lagi sedap dari ni.

11.2.09

Ikan bakar@ Jln Bellamy - Siri Saiko Tokya Sampai Balik.

Dulu2, atok nenek Bellamy dah pernah datang ke Malaysia. Sekarang cucu dia main kat Manchester City. Mungkin dia tak pernah dengar nama jalan ni kat Malaysia, mungkin dia tak akan pernah tahu apa yang ada di sini. Di atas ni gambar ABD di jalan Bellamy. Dah cair sementara aku menunggu Pee. Cantik warnanya. Pink macam Blog Buih sekarang, macam pelekat ulangtahun pertama blog ini.
Pee masih tak sampai. Orang dah mula sesak. Aku paling pada jam, 12.30pm. Aku capai telefon bimbit di dalam poket seluar. "Ko nak ikan ape Pee?"

"Pariii Pariiiiiii!!!!" teriaknya kerana talian kurang memuaskan.

Pari yang dibakar ini amat lembut dan segar. Cicahan kuah kicap dan juga air asam turut diberikan. Bumbu yang disalut di sekeliling ikan itu juga amat sedap sekali.
Aku pula telah memesan sotong. Sotong ini amat besar. Seekor sesuai untuk dimakan dengan sepinggan nasi. Sotong ini tidak liat dan juga tidak terlalu kecut akibat terlebih bakar. Rasanya amat sedap apabila dicecah dengan kuah air asam.

Kedai yang kami kunjungi adalah kedai yang di dalam sekali. Kedai itulah yang paling cepat sesak diantara kesemua kedai2 yang ada di situ.

Tempat ikan bakar ini amat terkenal dikalangan pekerja di Kuala Lumpur. Jika anda berpeluang ke KL pada waktu makan tengahari, silalah cuba ke Jalan Bellamy di belakang istana negara. Tapi ingat, anda harus ke sana awal, sebelum jam 1, untuk mendapat tempat duduk. Keadaan di sini agak panas bila sesak.
blog buih

8.2.09

Siri Saiko Tokya Sampai Balik 13 - Makan Tomyam di Jalan Alor.

Aku duduk sendirian di rumah menghadap peti monitor. Aku lapar. Tapi tidak tahu dimana hendak makan. Aku capai telefon bimbit murahan ku lalu aku dial nombor yang pertama aku jumpa.

"nak makan ape malam ni wei?aku dah lapar ni!" aku membingit.
"tak kisah ah aku follow"
"ha, jumpa kat umah aku, aku call yang lain" ringkas aku tamatkan perbualan.

Setelah semua berkumpul kami teruskan perjalanan. Jalan Alor.
Ni ayam pandan. Walaupun ayam dalam setiap bungkusan ini agak kecil. Tapi rasanya amat sedap. Tapi mungkin patut dua bungkus untuk satu orang.
Tomyam dia pulak, memang lain dari tomyam yang biasa dijumpai di KL nih. Pedas is an understatement. Sangat sedap di makan dengan nasi. Satu ujian jika dihirup begitu sahaja. Seafood di dalam tomyam itu sangat banyak.
Highlight makan di sini adalah Ikan ini. Ikan kerapu ini digoreng dengan begitu garing sekali. Kuah nya pula ada rasa masam manis disamping pedas yang cukup. Ikan nya pula, di luarnya garing tetapi isinya lembut dan putih.
Kerabu mangga ini pula melengkapkan hidangan kami malam semalam. Nasi ditambah dua kali. Tiga orang makan. Empat lauk. Kekenyangan. Aku sangat suka makan di Jalan Alor. Kalau Tokya balik dari kota London, tentu dia juga suka makan di sini.
blog buih