Aku duduk sendirian di rumah menghadap peti monitor. Aku lapar. Tapi tidak tahu dimana hendak makan. Aku capai telefon bimbit murahan ku lalu aku dial nombor yang pertama aku jumpa.
"nak makan ape malam ni wei?aku dah lapar ni!" aku membingit.
"tak kisah ah aku follow"
"ha, jumpa kat umah aku, aku call yang lain" ringkas aku tamatkan perbualan.
Setelah semua berkumpul kami teruskan perjalanan. Jalan Alor.
Ni ayam pandan. Walaupun ayam dalam setiap bungkusan ini agak kecil. Tapi rasanya amat sedap. Tapi mungkin patut dua bungkus untuk satu orang.
Tomyam dia pulak, memang lain dari tomyam yang biasa dijumpai di KL nih. Pedas is an understatement. Sangat sedap di makan dengan nasi. Satu ujian jika dihirup begitu sahaja. Seafood di dalam tomyam itu sangat banyak.
Highlight makan di sini adalah Ikan ini. Ikan kerapu ini digoreng dengan begitu garing sekali. Kuah nya pula ada rasa masam manis disamping pedas yang cukup. Ikan nya pula, di luarnya garing tetapi isinya lembut dan putih.
Kerabu mangga ini pula melengkapkan hidangan kami malam semalam. Nasi ditambah dua kali. Tiga orang makan. Empat lauk. Kekenyangan. Aku sangat suka makan di Jalan Alor. Kalau Tokya balik dari kota London, tentu dia juga suka makan di sini.
blog buih
Bunga dan Angsa Terbang Mendapat Perbatasan
-
Too much time doing book work today. Sometimes it seems so unfair that I
can't quilt all the time like I really want too. lol
Bunga dan Angsa Terbang Saya ...
2 years ago
No comments:
Post a Comment