15.2.09

Nasi Daun Pisang / Banana Leaf Rice @ Raju's - SSTSB 15

Nasi daun pisang lagi sedap dari nasi lemak.
blog buih

Aku rasa gembira kerana hari ini aku akan membuat Siri Saiko Tokya Sampai Balik (SSTSB) yang mungkin akan menggugat imannya. Aku akan ke Kedai Makanan Raju. Raju adalah antara peneraju industri makanan nasi daun pisang.

Aku duduk seorang diri. Teman2 yang dijangkan tiba untuk bersama2 makan tengahari sedang tersangkut di dalam kesibukan jalanraya akibat Le Tour De Langkawi. Aku minta consentnya untuk makan dahulu. Aku lapar.

Aku tunggu daun pisang diletakkan di atas meja. Ramai sungguh orang di waktu tengahari. Keadaan redup di bawah pokok2 bersebelahan padang bola La Salle itu antara penarik utama ramai orang datang berpusu-pusu.

Setelah di letak daun pisang, nasi putih yang panas pula diberikan. Nasi ini panas dan wap berkepul2 keluar. Kepanasan nasi dan daun pisang itu membangkitkan aroma yang amat lazat.

Kemudian datang seorang pemuda bertopi Raju untuk memberi sayur2an pula. Sayur2 ini diletakkan di dalam calung2 besi. Kari juga turut dihidangkan begitu. Terdapat berbagai jenis sayuran yang dimasak dengan bergitu lazat sekali. Tadi ada sayur kacang buncis, timun dan juga sayur bayam.

Terdapat berbagai jenis lauk pauk yang ditawarkan di Kedai Makanan Raju ini. Ada kari udang, ayam goreng dan kambing Varuvel yang sedap dan lain2 lagi. Tadi aku order ikan tenggiri goreng. Ikan tenggiri itu masa sudah sampai sudah sedikit sejuk. Mungkin kerana terlalu ramai orang, servis di kedai itu telah menjadi kurang efisien.

Touch up terakhir adalah condiments seperti cili kering bergaram dan papodum yang memberi sentuhan terakhir untuk melengkapkan hidangan India yang digemari oleh berbagai lapisan masyarakat ini. "Dua jam lepak kat situ, dua family berbangsa Cina datang makan. Keluarga kedua siap bawak kawan Omputih."
Selain dari makan Nasi Daun Pisang di Raju, minuman2 yang dihidangkan juga sedap belaka. Tengahari tadi, sampai aku habis makan teman makan tengahariku belum sampai lagi kerana kesesakan lalulintas. Jadi sempat la mencuba beberapa minuman yang nampak macam best.
Mula2 cuba teh tarik. Minuman ini mungkin boleh dikatakan minuman nombor 1 di negara kita. Maybe outsells beer by ten fold. I don't know, those are just facts I make up. Makcik kat sebelah tu Omputih yang aku maksudkan. Dia pun macam layan je melantak.
By the time teman makan tengahari aku sampai, teh tarik pun dah habis. Jadi untuk menjadi pemangkin masa untuk berlalu, aku order air kelapa. Air kelapa dia sedap. Rasa macam kat tepi laut jap. Rupanya kat tepi longkang.
Ni fish cutlet. Masa ni aku dah kenyang makan nasi daun pisang aku. So aku assume....nasik lemak lagi sedap dari ni.

12 comments:

  1. peahhhh..

    breakfast at raju pada saturday ialah indah. walaupun mahal. raju kat jln gasing. hehe.

    ReplyDelete
  2. Ye betul.Aku lupa nak cakap Raju kat mane.

    ReplyDelete
  3. aku yg tersaiko...oh nasik daun pisang!

    ReplyDelete
  4. tk pernah mkn.tapi description yg diberikan mcm sedap je.

    ReplyDelete
  5. Mmg sedap pun kalau kat Raju.
    Kalau boring2 boleh try.
    Tapi kalau ada orang kata kena makan ngan daun2 pisang sekali, jangan percaya tau.

    ReplyDelete
  6. You won't get that in Missouri.

    ReplyDelete
  7. mana?perempuan mana?

    aku tengah tunggu borang dari cik rockstar nih...

    ReplyDelete
  8. babi, time aku nak balik aje, mesti ada acara makan totals. damnit! ini tak saiko tokya, ini saiko org utara..

    ReplyDelete
  9. setiap kali peah!!SETIAP KALI..kau nak saiko tokya..aku yang tersaiko...

    dem..

    tapi aku suka nasi saun pisang nirvana bangsar or thurkah kat melawati. Thurkah tu ayam goreng dia TOTAL...nnt i take you there...

    ReplyDelete