21.2.09

Berasap.

Binatang inilah yang banyak menyusahkan aku.
blog buih

Nampak binatang tuh? Tu beruang kecik kaler kuning yang tertera di perutnya "P is for Perfect".

"Asal you belikan I benda ni?"
"Sebab nama you start ngan P, So P is for perfect. Nah! Happy Birthday" Jawabnya.

Aku terima hadiah itu dan aku simpan. Kalau la betul perfect..tentu aku tak jadi macam ni sekarang.
_______________________________________________________________

Aku duduk menunduk sambil memandang majalah click. Artikel yang aku baca, pasal LX3. Dah nak masuk 6 bulan dah pakai. Tapi aku baca macam orang baru dapat semalam.

Dia pula duduk baca majalah yang dibelinya. Sekali sekala dia bilang "Eh! comel kasut2 baby ni" atau "Tengok ni, sweet gila.."

Aku angguk cepat. Tak tunggu dia habis bicara.

Dia hidupkan sebatang lagi Semporna Hijau. Dia janji dulu dia akan berhenti. Tapi sebab hala tujuan kami dah berbeza, dia kata tak perlu lagi. Pada aku janji tetap janji. Alasan itu sekadar membolehkan dia membatalkan janji.

Aku tak faham kenapa aku harus duduk di situ melihat dia menghembus asap berkepul2.

Aku mahu pulang.

No comments:

Post a Comment