21.2.09

Incredi'buih' Hulk

di depan rumah.
blog buih

"Tunggu kejap, dia nak keluar ni" kataku.
"Mana ada, ntah2 dia baru masuk..." katanya sambil mula memandu.
"Eh! Eh! tadi dia pasang reverse light..tunggu la sekejap" jerit aku cemas.

Dia terus memandu. Dari rearviewmirror dapat dilihat kereta belakang kami yang dapat tempat tu. Anak Tionghua itu asyik bercakap telefon sehingga mengabaikan orang yang menunggu.

"Salah ke kalau tunggu kejap? Ada orang horn ke? Kenapa degil sangat?" tanya aku at the brink of a fit.

Veins starts to pop. Angin mula bertiup kencang. Aku dah terasa macam Bruce Banner. Kalau aku tak keluar sekarang koyak seluar aku.

Aku bukak pintu dan terus ke Selvam.

"You carik la parking sendiri."

_____________________________________________________________________

Aku hulur masuk wang itu. Jumlahnya hampir 3k. Mesin itu lalu menutup laci besi itu. Ia mula berbunyi. Bunyian duit kertas bergeseran. Mengira berapa helaian ada semuanya.

Aku tunggu.

Please take the rejected notes.

Aku amik dan tunggu. Mesej tak berubah. Lalu aku intai ke dalam ada sekeping duit separa masuk. Terjulur keluar dan tersekat. Aku cuba mencapai duit itu. Tiba-tiba!

Laci besi itu tertutup. Tangan aku tersepit. Tangan aku tersepit dekat laci Cash Deposit kat Affin Bank cawangan Subang Jaya. Spastik tak spastik aku tak tau aaa... nasib baik takde amoi2 tengah cucuk duit.

Aku tarik tangan aku keluar. Aku telefon hotline. Mamat dalam hotline tu kata, Abang tunggu esok, call nombor ni lagi sekali.

Veins starts to pop. Angin mula bertiup kencang. Aku dah terasa macam Bruce Banner. Kalau aku tak keluar sekarang koyak seluar aku.

Lalu aku keluar dari bank, masuk ke dalam kereta. Aku suruh jalan sambil menceritakan apa yang terjadi dalam bank tadi. Kemudian aku nampak sebuah kereta pasang reverse light.

Aku kata "Tunggu kejap, dia nak keluar ni.."

No comments:

Post a Comment