Hari wilayah takde lagu kan? tak pernah terpikir lak..
"Hari wilayah ..hari yang mulia..membawa erti kepada kita..selamat menyambut hari wilayah...."Pinjam lagu raya Eon jap, tapi tak sedap. Mungkin tahun depan kita patut cadangkan kat Uncle Jib buat lagu hari wilayah la...
Tapi tu tak penting. Yang lebih penting sebab aku kerja kat KL tapi duk kat Subang. Oleh kerana itu hari wilayah tu terasa lebih nikmatnya.
Tadi petang ada dua budak cuba buat muka cam Amad. Aku sempat tangkap gambar. Kesian Amad. Muka dia memang macam tu dan dia tak cuti hari Wilayah.
Aku suka hari wilayah.
Bertempat di perkarangan Darussalam juga, telah berlangsungnya upacara modeling sunglasses. Modelnya siapa lagi kalau bukan hero harapan tanah air sekarang? Dia yang muncul dengan watak penuh berani dalam Filem yang amat menakutkan, "Jangan Pandang Belakang". Pelakon ini juga amat berwibawa dalam menyampaikan mesej dalam lakonannya yang begitu menusuk kalbu. Penghayatan watak yang efisien ini juga dapat menarik perhatian penonton yang bagaikan tidak jemu2 dengan setiap watak yang dibawanya.
Terimalah...
Ruminah Sidek.....
Teka lah mana satu sunglass aku? No prize for winning ah, confirm ah yang paling cool tuh....
"Layan bai menatang ni!" Ujar Aled.
Aku bagaikan tidak percaya. Alat bodoh yang berbentuk seperti dildo separa siap ini mampu memberikan kepuasan kepada semua orang.
"Saya cuba kat abang eh.." Lantar brader direct selling itu terus mengusap belakang aku dengan bahagian bonjolan2 di belakang sikat itu.
"Wow! sedap wei..." aku mengerang kesedapan.
buih: Setelah 10 tahun lalu aku membaca tabloid murahan yang selalunya dijumpai di bawah tilam Shahriman, yang selalunya berkisar tentang episod seksual melayu seperti "Dirogol bapa sendiri" dan "Seks di atas busut" akhirnya aku berjaya menggunakan ayat "aku mengerang kesedapan" di dalam sebuah karanganku sendiri.
"Abang tak nak beli ke bang?" Pujuk brader direct selling tu.
"Tak nak la"
Sekarang ni aku sakit belakang, kalau aku ada alat tu pun, tapi takde orang nak urutkan takde la pekdah jugak kan?
blog buih
Hi! Alamak...mcm stalker plak..first facebook, now your blog...minta maaf ye. :B
ReplyDeleteKesian Amad...kena perli ngan I walaupun baru kawan 5 minit dan bukan 5 tahun...
Terima kasih la kerana sudi membuatkan saya fames dgn meletakkan gamba saya di blog anda. Sekian.
Sheera