blog buih
Bayangkan.
Anda masuk ke dalam panggung wayang. Gelap dan nyaman. Di layar putih itu sudah bermain iklan2. Trailer2 yang memancing perasaan ingin tengok cerita itu bila keluar kelak.
Anda mengesot2 masuk ke tempat duduk anda. Kerusi yang terlipat keatas itu diturunkan. Punggun dilabuhkan ke dalam kerusi empuk. "Ah enak!" Kaki yang dari tadi sudah lenguh akibat beratur, akibat berjalan dari parking lot dan ekoran berjalan2 ke kedai sukan untuk mencari bandana Nike.
Cerita sekarang sedang bermula. Anda perasan, di kiri anda sepasang kasih sedang mula melakonkan wayang mereka. Sekejap si gadis melorotkan badan ke dada teman lelaki. Sebentar kemudian dia bersandar pula membiarkan teman lelaki memeluk dari belakang. Handbang dibuat penghadang. Gadis itu tergelak2 kecil. Aku senggol siku teman ku dikanan. Dia hanya tergelak kecil melihat aksi dua orang itu. Betul2 di sebelah kerusi kami.
"Eh, berapa banyak wayang la dalam panggung nih?" Lalu aku menumpukan perhatian ke wayang yang aku bayar.
Ada Andy Garcia dan Aishwarya Rai selain dari Steve Martin dalam cerita itu.
Aishwarya is way stunning than any Hollywood stars I've ever seen.. Aku mula tergelak dengan lawak2 yang diceritakan. Sehingga...
"Sroottttt!"
"Shroottt Uhuk Uhuk"
"Haaachom Srottt!!!"
Bagaikan di hospital.
Seorang jejaka berbangsa cina satu barisan di hadapanku dengan lagak tiada adab terus sahaja berbuat begitu.
Dua orang beredar dari kanannya kemudian diekori dua di kiri jejaka itu.
"Srottt!" sekali lagi bunyi itu mencuri punchline lawak Steve Martin.
"Shhh!" aku cuba menyedarkan dia yang dia menggangu penonton lain.
"Ssrroootttt" Balasnya.
"Shhhhhhh!" Temanku mencelah.
"Camane kita nak buat ngan mamat ni?"
"Ntah la, aku pun dah tak reti dah" teman ku menjawab soalan ku.
Akhirnya aku terlepas banyak saat2 kelakar tadi. Aku benci kebodohan pemuda itu.
Tapi mungkin temanku lebih membencinya.
Dia dah demam.
No comments:
Post a Comment