11.2.09

Ikan bakar@ Jln Bellamy - Siri Saiko Tokya Sampai Balik.

Dulu2, atok nenek Bellamy dah pernah datang ke Malaysia. Sekarang cucu dia main kat Manchester City. Mungkin dia tak pernah dengar nama jalan ni kat Malaysia, mungkin dia tak akan pernah tahu apa yang ada di sini. Di atas ni gambar ABD di jalan Bellamy. Dah cair sementara aku menunggu Pee. Cantik warnanya. Pink macam Blog Buih sekarang, macam pelekat ulangtahun pertama blog ini.
Pee masih tak sampai. Orang dah mula sesak. Aku paling pada jam, 12.30pm. Aku capai telefon bimbit di dalam poket seluar. "Ko nak ikan ape Pee?"

"Pariii Pariiiiiii!!!!" teriaknya kerana talian kurang memuaskan.

Pari yang dibakar ini amat lembut dan segar. Cicahan kuah kicap dan juga air asam turut diberikan. Bumbu yang disalut di sekeliling ikan itu juga amat sedap sekali.
Aku pula telah memesan sotong. Sotong ini amat besar. Seekor sesuai untuk dimakan dengan sepinggan nasi. Sotong ini tidak liat dan juga tidak terlalu kecut akibat terlebih bakar. Rasanya amat sedap apabila dicecah dengan kuah air asam.

Kedai yang kami kunjungi adalah kedai yang di dalam sekali. Kedai itulah yang paling cepat sesak diantara kesemua kedai2 yang ada di situ.

Tempat ikan bakar ini amat terkenal dikalangan pekerja di Kuala Lumpur. Jika anda berpeluang ke KL pada waktu makan tengahari, silalah cuba ke Jalan Bellamy di belakang istana negara. Tapi ingat, anda harus ke sana awal, sebelum jam 1, untuk mendapat tempat duduk. Keadaan di sini agak panas bila sesak.
blog buih

7 comments:

  1. bukan tokya yang tersaiko...aku pulak!!!!

    NAK!tapi jauh sgt nak pegi lunch ke sana...:(

    ReplyDelete
  2. sedap sungguh ikan pari itu semalam..nyum

    ReplyDelete
  3. I makan ape pun jadi sedap kalau ngan you Pee...

    ReplyDelete
  4. damn pari bakar nampak sungguh best

    first time tgk ABD.. mcm ABC cair ek.. ;p

    ReplyDelete
  5. kedai ikan bako tu tutup hari ape?
    sabtu or ahad bukak tak?

    ReplyDelete