Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

25.8.10

Buka Puasa @ William's






blog buih

Kenyang gile doh.

5.7.10

Mari membeli belah barang makanan.

- ni semua beli kat Malaysia ni.
blog buih

Dalam menyambung semangat memasak aku yang berkobar2. Hari ini aku pergi ke pasar membeli barang2 masakan.

Aku juga turu membawa beg untuk mengisi barang2 yang dibeli. Selain dari kelihata seperti jejaka metroseksual, ia juga secara tidak langsung menjadi seperti penjaga kewangan. Agak2 tak muat bag tu, aku terpaksa berhenti membeli.

Untuk kali ini. Aku pergi membeli Daging, Ayam dan Ikan Dory. Ikan Dory sesuai dibakar. Ia amat enak dimakan.

Selain dari itu, aku juga turut membeli lettuce dan bawang kuning yang besar2. Aku suka makan bawang. Bawang sangat sedap.

Tidak lupa juga sebalang mayonnaise.

Selain daripada itu, aku turut membeli mal vinegar. Malt vinegar ini amat enak di makan dengan apa2 saja. Apabila makan, anda terus terasa macam orang putih. Cubalah.

Akhir sekali, aku membeli dua botol McCormick yang berperisa Cajun dan juga Chicken Seasoning untuk memantapkan lagi koleksi McCormick aku.

22.6.10

Too Much Cooking™ : Baked Dory and Veggies

-after about a month of cooking, I think i'm ready to blog about it.
blog buih

For the past month I've been cooking almost daily. At least about 5 times a week. I did this due to the love of cooking but more importantly I would want to find out how easy it actually is to prep up a decent dinner meal. Well it's easy enough for me. Coming from a Malay family, Dinner has always been Carb oriented with rice being the main dish. Hence, my recipes strictly adheres to low carb meals.

Frozen Dory is one of the easiest meal to prepare. I dipped it in some fresh yogurt and black pepper. While heating the oven to 150c, I went through the bottom cabinet of the fridge and managed to find some mushrooms, 1/4 of a carrot, half of a tomato, A yellow onion, 2 cloves of garlic and 2 chillies. So i chopped it all off roughly and scattered it on the baking dish.

The Dory, which have been marinated, goes on top of the vegetables. I squeezed a zest of lemon juice before putting it into the oven for about 40 minutes.

The whole preparing time took only 10 minutes to do.

27.4.10

Tutti Fruitti

-sedap sial.

blog buih

Mulanya adik aku yang pukul canang. Dia ajak aku ke Sunway Pyramid. Sape nak pegi Sunway Pyramid? Right?

Dia kata ade tempat makan baru. Makan Frozen Yoghurt atau nama manjanye Froyo. Boleh pilih dan letak topping sesuka hati. Sape makan Froyo?Right?

Tapi jangkaan aku meleset sama sekali. Ini bukan fad kanak2 remaja zaman sekarang. Semua ni kerana aku pegi Tutti Fruitti dekat Taman Tun Dr Ismail hari tu. Sedap sangat, Kak Erra dengan baby dia pun makan.

Sape Kak Erra?

Sekarang aku dah jadi hantu Froyo.

31.12.09

Good Ol' Happy Days.

Masa minggu Krismas tempoh hari, aku dan kawan2 pegi makan dekat Good Ol Happy Days. Kedai ni dekat Taipan. Dekat dengan tempat kitorang selalu main takraw tapi ni baru kali pertama makan disini. Lihatlah menunya..tebal.

Minuman rasmi malam itu adalah Teh O Ais Lemon atau lebih dikenali sebagai Ice Lemon Tea. Takde air lain yang nampak lebih menarik. Kalau ade pun Long Island Tea. Tapi oleh sebab air tu kalau dialih bahasa ke Bahasa Malaysia jadi Teh Pulau Panjang, macam tak sopan la minum sebelum pegi main futsal. Lagi pun aku tak nak la jadi Roman Pavlyuchenko.

Ini adalah antara makanan yang diorder pada malam tersebut. Ini adalah ayam yang ada keju dibahagian atasnya. Keju itu dicairkan dan melekat keemasan di atas ayam yang digoreng dengan tepung rangup. Nama makanan kat kedai ni semuanya ada kaitan dengan pelakon/penyanyi zaman silam. Tapi aku tak ingat la nama2 dish ni.

Bagi kawan aku yang akan naik pelamin tak lama lagi, dia memilih makanan dari bahagian starters kerana menurutnya,

"I want to have something light"

Light la sangat. Ni Combo Platters yang ada berbagai makanan yang sedap. Paling best. Mozzarella Cheesestick. Sedap gila.

Aku pula pilih BBQ Beef Sandwich. Rasanya amat lazat. Roti yang digunakan garing sesuai dengan citarasa aku. Daging BBQ nipis bersama BBQ sauce melengkapkan hidangan bersama chips2 besar.

Aku habis makan dulu sebab sedap sangat.


Pilihan hidangan terakhir pula adalah 1/2 chicken yang dimakan oleh orang paling kurus dalam 4 orang yang pergi itu. Dia makan paling banyak. Mungkin, ada bela jin dalam perut dia. Ayam yang dipanggang ini disajikan dengan potongan sayuran dan mashed potatoes yang lazat.

Apabila tiba masa untuk makan dessert, aku tanpa segan silu terus mengorder Ice Cream Pie. Namun malangya, stok sudah habis. Oleh yang demikian, aku telah menukar pesanan menjadi Banana Split.

"1 spoon or 2 spoon?" tanye Bangla yang bekerja sebagai waiter di situ.

"1 Spoon!" Jelas aku malas nak share ngan orang lain. Aku makan cepat2 sampai licin.

Ini pula adalah James Brown Brownies with ice cream yang amat lazat. Aku sempat merasa sikit. Tapi sebab dah kenyang makan BBQ Sandwich dan Banana Split, aku tak amik banyak sangat la.

Secara keseluruhan, makan di Good Ol Happy Days ni memang best. Kecuali lampu2 neon biru dan pink untuk memberi imej Diners ala America era 70 an, yang lebih membuatkan aku pening daripada terasa dalam setting Happy Days.

Patut bawak jaket Fonzi.





blog buih

22.12.09

Restaurant Zam Zam @ Singapore.

Ni la tempatnye...
blog buih

Located in front of Sultan's Mosque is the best Briyani restaurant (for me at least) in Singapore. Everytime i make a visit south, I will end up having their Briyani.

The chicken briyani is better then the other briyanis here.

Must try.

Also not forgetting the Mutton Murtabak which is served with cucumber and tomato sauce. Anywhere else in the world, if anybody serves me cucumber and tomato sauce, I would simply put it aside but not here in Zam Zam. The sauce just felt right with the mixture of Dhal and Curry.

4.1.09

Toss this salad.

Salad Total Fc.

blog buih

Semalam malam, sewaktu party headgear di rumah Gel, saya telah ditugaskan untuk membawa salad. Selaku AJK makanan berkhasiat, saya telah pun pergi ke Carefour bersama Zano untuk membeli bahan2 untuk membuat Salad Total FC ini.

Bahan2 nya :

Sebungkus Kentang Holland yang kecil2.
Sepaket Lobak Merah hidroponik bersaiz sederhana.
Sekotak sayur coral salad hijau.
Sebiji Bawang besar.
100 gram Walnut yang dibakar
100 gram kismis kuning
1 ekor ayam bakar berperisa black pepper.
Sepotong broccoli bersaiz sederhana.
Dua batang Timun.
Sebotol Mayonaize rendah lemak
Sepaket Keju campuran rendah lemak yang di import dari ladang tenusu si Switzerland.
sedikit garam penambah perisa.

Cara2 menyediakannya.

Kentang direbus selama lebih kurang 20 minit. Sementara itu, tuan puan boleh mengukus lobak merah dan brocoli sehingga menjadi lembut dalam 20 minit juga. Sementara menunggu sayuran itu masak, racik2 daging ayam tersebut, pisahkan bahagian tulang dan asingkan dagingnya.

Potong timun dan campurkan sayur salad kedalam sebuah mangkuk. Setelah sayuran2 tadi masak, rendam kesemuanya kedalam air sejuk. Apabila telah sejuk, campurkan kesemuanya kedalam mangkuk tadi dan gaulkan bersama lebih kurang 3 sudu mayonais. Campurkan garam secukup rasa. Kacau hingga rata.

Kemudian, masukkan hirisan daging ayam tadi. Gaulkan kesemua salad tadi bersama kacang walnut dan kismis kuning.

Rapikan hidangan anda dengan hirisan bawang dan taburan keju yang diimport dari benua Eropah. Jemput kawan2 anda makan.

19.12.08

Makan-makan di Bandoeng


blog buih

Gambar di atas di ambil di Sapu Lidi. Sapu lidi adalah sebuah restoran yang unik yang terletak di atas pergunungan sekitar Bandung. Keunikan Sapu Lidi ditambah lagi dengan kehadiran sawah dan juga tasik buatan yang cantik. Terasa seperti sedang makan2 di kawasan kampung. Lauk pauk nya juga cukup enak.

Paling enak ketika di sini adalah ketika menikmati ikan Gouraminya. Rasanya sedap dan lebih enak lagi ketika di makan bersama Keredok (Sejenis sayuran macam Pecal) dan Nasi. Selepas makan, kami berjalan2 disekitar kawasan Sapu Lidi.


Di samping Sapu Lidi, tempat yang mesti dikunjungi jika ke Bandung adalah di Kampung Daun. Tempat ini sudah pun menjadi amat terkenal di kalangan pengunjung oleh kerana keunikannya menyatukan alam semula jadi dan juga hidangan menarik ala Sunda. Hasil dari kesinambungan dua elemen ini telah berjaya meninggalkan impak yang mendalam kepada setiap pengunjung.

Di sini, saya telah mengambil peluang untuk menikmati masakan Nasi Timbel bersama Belut dan juga Bandrek Jagung. Sedap tapi pelik sedikit. Pengalaman menikmati jamuan dikelilingi hutan dan kesejukan di kawasan pergunungan dan juga dengan desiran air terjun yang berdekatan membuatkan pengalaman ke Kampung Daun cukup berharga sekali.

Seterusnya, kami ke Rumah Stroberi. Ia terletak berhampiran dengan Kampung Daun. Di sini kami tidak makan. Kami hanya turun untuk mengambil gambar yang amat banyak dan juga untuk menikmati suasana nyaman.

Akhir sekali kami ke The Peak. The Peak adalah sebuah restoran yang terletak di dalam kawasan komunit berpagar yang amat eksklusif. Ekoran kami masih lagi kenyang dan sudah tidak sabar untuk ke Factory Outlet, kami turun sebentar untuk bergambar dan selepas itu kami sambung shopping.

26.11.08

Ole-ole Bali


blog buih

Seperti kebiasaannya, adat sambutan hari lahir keluarga kecil saya adalah dengan makan malam bersama keluarga di restoran2 di sekitar Kuala Lumpur. Oleh sebab hari ni hari Selasa, maka untuk mengelak jam yang lama dan juga ekoran kepenatan bekerja sebagai pemerhati Facebook, saya terus mencadangkan Sunway Pyramid.

Berjalan2 lah kami 4 beranak bagaikan jakun. Selama aku duduk Subang, belum pernah lagi berjalan2 dikedai2 bahagian hadapan Pyramid. Semuanya kedai makan. Nampak enak2 belaka. Ada yang menjual babi. Mungkin babi dibekal pembekal daging khinzir yang tersohor itu. Namun kedainya hanya buka pada jam 1p.m hari Jumaat.

Setelah penat berjalan, kami telah pun membuat keputusan mengejut untuk makan di Ole-Ole Bali. Mungkin juga sudah takdir Tuhan yang kami penat di hadapan kedai ini.Akibat kelaparan tahap Somalia, kami terus duduk. Ibu menyambut menu yang dihulur pelayan kami.

"Eh! muka macam Ayuk, orang gaji saya!" sergah ibu. Pelayan hanya mampu tersenyum.
"Maaa!!! That's so embarassing" sahut adik2 saya.

Makanan yang kami pesan terdiri dari tiga jenis. Ya, tiga jenis makanan untuk 4 orang. Nasi bumbu Kambing untuk Sasha. Nasi kuning dihidangkan dengan potongan Kambing yang digoreng bersama bumbu yang enak. Terdapat juga sayuran yang tidak dimakan oleh Sasha dan sambal2 belacan 3 jenis.


Ibu dan Ika memesan nasi campur. Ia terdiri dari campuran Ikan, Ayam Sotong, Udang dan Satay lilit yang di hidangkan dengan nasi. Sayuran dan kerepek enak dan rangup melengkap lauk2 di tepi pinggan yang lebih kearah dulang dan dilapik pula dengan daun pisang. Sambal2 yang sama juga turut disertakan.


Saya pula telah memesan sejenis makanan pelik. Namanya saya tak ingat. Tapi ia berbunyi macam "tikuk kuntuk" atau "puntek kitak" atau "ahmat paytak". Saya tak pasti. Yang pasti, ia adalah variasi kepada gado2. Saya amat meminati gado2. Terdapat kerepek2 enak, udang2 dan juga telur rebus sebiji yang dibanjiri kuah kacang suam yang enak bersama sayur2 asas gado2. Kuah kacang di panggil "Tamarind peanut sauce" dalam bahasa Inggeris.


Keunikan rekabentuk dalaman kedai Ole-ole Bali ini menambahkan lagi impak suasana ala Bali. Perhatikan saja bentuk2 unik yang dijadikan lampu. Ia menghiasi sepanjang koridor di bahagian luar. Selain dari itu, terdapat juga berbagai patung2 hiasan yang menyerlahkan unsur-unsur Hindu yang mempunyai pengaruh yang amat kuat di pulau yang kecil dah indah itu.

Selepas makan, adik2 saya memohon agar mereka dibawa ke Haagen Dazs pula untuk dessert. Saya pegi kedai buku.

"Desserts are fattening"

27.10.08

Resepi masakan di Open House Che Peah.

blog buih

Semalam aku masak macam orang gila.
Aku tak pernah masak tiga lauk utama sepanjang umur hidup ku.Namun semalam, buat pertama kalinya aku terlah berjaya memasak Ayam Percik, Rendang Daging /Paru dan Sambal Goreng untuk persediaan Rumah Terbuka Che' Peah.

Resepi Ayam Percik telah pun diperbincangkan di dalam pos-pos lampau. Entri ini adalah untuk dua lagi hidangan yang dicuba semalam. (Sebelum apa2, post ini adalah khas untuk Puan S, kerana dia ingin belajar masak walaupun datang lambat dari Ampang)


Rendang Daging

Bahan2
Daging/Paru/Hati dll..
Bawang Putih 2 biji
Bawang Merah 6 biji
Serai 3 tangkai
Halia 2-3 biji
Lengkuas 1 bahagian
Cili padi segenggam
Cili Boh 4-5 Sudu besar.
Belacan sebesar Ibu jari
Air Asam Jawa.
Santan 1kg daging=1 biji
Kerisik 1 paket
Daun Kunyit/ Daun Limau/ Asam Keping

Cara2 Memasak
Blend Bahan2 dari Bawang Putih hingga Belacan di atas. Tumiskan dengan minyak yang sudah panas. Tumis sehingga minyak naik. Untuk sampai ke tahap itu, kita mesti mengacau tumisan itu dengan lama. Memang penat.
Bila dah nampak minyak yang naik dan bauan2 dirumah menjadi amat wangi [Bila dah bersin] masukkan perahan asam jawa ke dalam kuali. Kemudian masukkan Daging. Tunggu sehingga mendidih, bila hampir kering, masukkan air lagi. Sekurang2nya proses ini diulang tiga kali untuk memastikan daging yang empuk dan lazat.
Bila dah diulang tiga kali, masukkan pula santan. Kacau dengan rata. Seterusnya, bahan2 penambah perisa seperti Daun kunyit, Daun Limau dan Asam Keping bolehlah dicampakkan kedalam Kuali.
Bila sudah kelihatan mendidih lagi, masukkan pula kerisik. Setelah kerisik ditaburkan kedalam kuali, bermula la proses yang meletihkan. Daging pada ketika ini tidak boleh berhenti dari dibalik-balikkan kerana amat mudah untuk rendang menjadi hangit. Jadi teruskan mengacau rendang sehingga kering. Ingat! Sehingga kering, masa basah tak sedap sangat lagi.

Khas untuk Puan S:
-Kalau nak masak paru, kena rebus dahulu. Rebus sampai Paru kecut.
-Kalau nak beli santan, beli yang fresh, jangan pakai kotak nye..tak best.
-Beli daging batang pinang je untuk rendang.
-Kacau mungkin membuatkan anda penat dan tangan bertambah besar, gunakan kuasa untuk mengarah si suami untuk setia mengacau.
- Asam Keping dan Asam Jawa tu benda yang lain.
- Untuk penggunaan Serai yang efektif, Blend bahagian yang gemuk, dan masukkan tangkai nye untuk menambah perisa.
- Kurangkan kerisik untuk tak nampak gelap, tapi kalau kerisik lebih lagi best.
- Next year aku nak makan kau masak rendang.


Sambal Goreng Tempe

Bahan2
Bahan A
Cili Padi
Lengkuas
Cili Boh
Halia
Bawang Merah/Putih
Belacan

Bahan B
Kerang
Hati Ayam
Kacang Panjang
Tempe
Tauhu
Bawang Besar
Cili Merah

Santan

Cara2 Memasak

Ini makanan paling sempoi sekali dalam dunia, tolong ah belajar.

Mula2 sekali, goreng bahan2 B sehingga kekuning2an..Tepikan.
Tumis bahan2 A pula, sehingga wangi,Letak sedikit air asam, masukkan santan agak pekat sedikit.
masukkan bahan2 yang lebih lama diperlukan untuk memasak terlebih dahulu..seperti kacang panjang, Hati Ayam, Tempe dll...
Kacau sehingga kering2 sedikit.
Taburkan sedikit asam keping.

Khas untuk Puan S:
-Kalau nak goreng tauhu ngan tempe, make sure letak kunyit so color die cantek sikit ah..kalau maleh takyah pun takpe...
-Kalau masak kering2, boleh tahan lama sikit.
-Untuk rendang dan Sambal goreng, tumis bawang tu ngan minyak tau!
-Pabila hampir siap, letak garam secukup rasa sambil mengacau lauk itu. Lupa letak garam dan Lauk anda menjadi paling worst sekali ah.
-Untuk rendang, boleh tabur gula satu sudu..best.

Ok, ada apa2 pertanyaan, sila hubungi saya.

So, sekarang ni ,kerja rumah anda adalah untuk memasak sedap2.

1.10.08

Rendang Istimewa Che' Peah




This is what i came up with for Hari Raya. During this particular celebration i do enjoy having lots of Rendang, Peanut sauce and Ketupat.This year is particularly remarkable as i was the one who prepared the Rendang. It is Beef & Liver (Paru) Rendang. It must have been quite a rendang as it was out of stock by lunch. Well i helped myself to a generous portion of it too.

The preparation of this rendang is somewhat different. Not much spices were involved but it requires belacan and not forgetting the Kerisik; a coconut paste.

The peanut sauce was prepared by my mother.


blog buih

21.9.08

Siri saiko tokya sampai balik- ayam percik che' peah.



Semalam resepi ayam percik che' peah telah pun dicuba.
Sedap ayam percik ni.

blog buih

INI ADALAH POST BERBUIH YANG KE-100.TERIMA KASIH KERANA TERUS MEMBACA.

15.9.08

Ayam Percik.

Di pagi raya, makanan yang first sekali terlintas di benak fikiran adalah Rendang, Kuah kacang dan ketupat. Tapi sebulan puasa ni, mesti nak pekena Ayam percik jugak.

Aku pun tak tau dari mana dan sebab ape Ayam Percik ni famous and top the wanted list only masa fasting month.

Tapi, semenjak harga minyak naik berkoyan2, harga ayam percik pun sama naik. Tak kasi chance. Oleh sebab tu juga, aku sebagai penjaga neraka ayam mengambil langkah nekad untuk belajar cara memasak Ayam Percik.

Ayam Percik Special
Bahan2nya:

1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar-kelar sedikit supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya)

Bahan A: (diblender dengan sedikit air)
3 batang serai
2 inci halia
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah

Bahan B:
1 1/2 cawan air asam jawa pekat
7 sudu besar gula
garam secukupnya

Bahan C:
6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas kurangkan sikit)
1 cawan santan pekat

Cara2nya:

Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula, bila agak pekat masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata.
Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan cili kering. Bila mendidih masukkan santan pekat. Bila kuah separuh pekat, keluarkan ayam tadi kedalan bekas lain. Kacau lagi kuah percik yang tinggal sehingga pekat. Tutup api.
Sekarang bolehlah di bakar ayam tadi sambil dicurahkan sedikit kuah percik keatas ayam tadi.(Jangan dibakar terlalu lama kerana ayam tadi telah pun pun dimasak)

Bila sudah siap bolehlah dihidangkan ayam percik special bersama kuahnya.


So, nak try la ni..lepas ni..tak tau bila je lagi...
blog buih