blog buihSeperti kebiasaannya, adat sambutan hari lahir keluarga kecil saya adalah dengan makan malam bersama keluarga di restoran2 di sekitar Kuala Lumpur. Oleh sebab hari ni hari Selasa, maka untuk mengelak jam yang lama dan juga ekoran kepenatan bekerja sebagai pemerhati Facebook, saya terus mencadangkan Sunway Pyramid.
Berjalan2 lah kami 4 beranak bagaikan jakun. Selama aku duduk Subang, belum pernah lagi berjalan2 dikedai2 bahagian hadapan Pyramid. Semuanya kedai makan. Nampak enak2 belaka. Ada yang menjual babi. Mungkin babi dibekal pembekal daging khinzir yang tersohor itu. Namun kedainya hanya buka pada jam 1p.m hari Jumaat.
Setelah penat berjalan, kami telah pun membuat keputusan mengejut untuk makan di Ole-Ole Bali. Mungkin juga sudah takdir Tuhan yang kami penat di hadapan kedai ini.Akibat kelaparan tahap Somalia, kami terus duduk. Ibu menyambut menu yang dihulur pelayan kami.
"Eh! muka macam Ayuk, orang gaji saya!" sergah ibu. Pelayan hanya mampu tersenyum.
"Maaa!!! That's so embarassing" sahut adik2 saya.
Makanan yang kami pesan terdiri dari tiga jenis. Ya, tiga jenis makanan untuk 4 orang. Nasi bumbu Kambing untuk Sasha. Nasi kuning dihidangkan dengan potongan Kambing yang digoreng bersama bumbu yang enak. Terdapat juga sayuran yang tidak dimakan oleh Sasha dan sambal2 belacan 3 jenis.
Ibu dan Ika memesan nasi campur. Ia terdiri dari campuran Ikan, Ayam Sotong, Udang dan Satay lilit yang di hidangkan dengan nasi. Sayuran dan kerepek enak dan rangup melengkap lauk2 di tepi pinggan yang lebih kearah dulang dan dilapik pula dengan daun pisang. Sambal2 yang sama juga turut disertakan.
Saya pula telah memesan sejenis makanan pelik. Namanya saya tak ingat. Tapi ia berbunyi macam "tikuk kuntuk" atau "puntek kitak" atau "ahmat paytak". Saya tak pasti. Yang pasti, ia adalah variasi kepada gado2. Saya amat meminati gado2. Terdapat kerepek2 enak, udang2 dan juga telur rebus sebiji yang dibanjiri kuah kacang suam yang enak bersama sayur2 asas gado2. Kuah kacang di panggil "Tamarind peanut sauce" dalam bahasa Inggeris.
Keunikan rekabentuk dalaman kedai Ole-ole Bali ini menambahkan lagi impak suasana ala Bali. Perhatikan saja bentuk2 unik yang dijadikan lampu. Ia menghiasi sepanjang koridor di bahagian luar. Selain dari itu, terdapat juga berbagai patung2 hiasan yang menyerlahkan unsur-unsur Hindu yang mempunyai pengaruh yang amat kuat di pulau yang kecil dah indah itu.
Selepas makan, adik2 saya memohon agar mereka dibawa ke Haagen Dazs pula untuk dessert. Saya pegi kedai buku.
"Desserts are fattening"
hmm...makanan "amad paytak" tu sure kena cuba...
ReplyDeleteAku rasa bukan makanan tu la yang aku order..
ReplyDeleteAku punya banyak sayur.
makanan tu sure rasa macam lembu2 sikit...