16.11.08

Diabetes dan komplikasi


"murid2, cikgu nak siapa tua, angkat tangan."
blog buih

Nov 14 pada setiap tahun adalah hari diabetes sedunia. Tak, bukan semua orang yang kena diabetes mesti merayakan hari tersebut dengan jamuan ringan. Ini juga bukan hari untuk bersuka ria.

Komplikasi keatas sesuatu penyakit adalah merupakan sebuah tindakbalas negatif yang berlaku didalam tempoh sesebuah penyakit tersebut. Pengidap penyakit diabetes atau kencing manis selalunya akan mati akibat dari komplikasi yang dialami.

Menurut kata doktor endocrinologist Prof Datuk Dr Anuar Zaini
"Seseorang biasanya tidak mati akibat diabetes namunmati akibat komplikasi yang dialaminya terutama sekali pengidap diabetes type 2"
Komplikasi yang dialami biasanya menyerang organ2 seperti mata,saraf,jantung,otak,buah pinggang. Semua ini akan mengalami kerosakan berikutan proses biologi yang mempunyai kadar kandungan gula yang tinggi di dalam darah.

Lebih merumitkan lagi, apabila pertama kali seseorang di-diagnose dengan diabetes, kebiasaannya komplikasi ke atas organ2 sudah pun bermula. Nyatanya, selagi konsep penyakit diabetes ini kurang difahami umum, agak sukar bagi semua orang untuk mengangani masalah tersebut.

Menurut kajian, 5-10 tahun sebelum seseorang disahkan mengidap diabetes, penyakit itu telah pun berada di dalam badan.

Impaired Glucose Tolerance (IGT) biasanya akan berlaku di dalam tahap awal diabetes atau pre-diabetes. Antara sebab2 awal berlakunya IGT adalah ekoran tekanan terhadap pankreas untuk menghasilkan insulin di dalam badan.

keadaan IGT ini akan mengakibatkan pankreas kelama-lamaan rosak dan tidak mampun untuk menghasilkan insulin yang tinggi di dalam badan. Namun, kebiasaannya bagi mereka yang berada di dalam golongan ini, mereka akan meneruskan tabii permakanan mereka oleh kerana salah faham bahawa mereka bukanlah pengidap diabetes.

Lantaraan dari itu, walaupun mereka sedar akan tahap IGT mereka, mereka akan meneruskan untuk menikmati Teh Tarik dan Nasi Lemak berlebihan yang mungkin akan mengakibatkan kerosakan kekal keatas pankreas.

Dua badan - Diabetes Prevention Program (US) dan Diabetes Prevention Study (Finland)- berpendapat, bakal pengidap diabetes dapat mengawal sehingga 60% daripada ia berlaku hanya dengan mengawal pemakanan, bersukan dan mengurankan stress dalam kehidupan harian.

di petik dari artikel LIM WEY WEN, the Star 16.11.08

No comments:

Post a Comment