23.11.08

Tragedy

Tragedy
Bila aku mahu lupa, aku teringat.
Bila aku mahu lari, aku semakin dekat.

Bila kau mahu berkata, aku tertawa.
Bila kau mahu tersenyum, aku gembira.

Bila aku mahu pergi, kau menangis.
Bila aku tidak berpaling, kau terus menangis.

Bersedih lah untuk yang sudah berlaku.
Bersedih lah untuk apa yang kau akan ubah sekiranya mampu.

Dan bila kau berhenti menangis kerana sudah melupakan hari2 lalu, aku akan terus berjalan tidak berpaling.
Kerna aku tidak mahu kau tahu aku masih menangis, mencari2 hari yang tidak akan kunjung tiba.

- 1/2 of a tragedy.


Gambar Hiasan.
blog buih

1 comment:

  1. Hari itu pasti tiba.

    Tika waktu itu aku pasti tiada lagi tangisan.

    AKU PASTI!

    ReplyDelete