Showing posts with label mckk9498. Show all posts
Showing posts with label mckk9498. Show all posts

31.5.10

4 Corners

-rempah ratus.
blog buih

It started with 4.

4 people at the end of a room, a rather big one at that. Where beds we put in lines. Young men were housed here.

At the end corner, stayed 4 young men. 1 was from East Coast. Very insightful and knowledgeable. One was an avid rugger. Screamed jumbled words at line outs. Next to him was the Hockey player. Skillful and fast. And I was opposite him.

This 4 corners mark a territory we called our own. Where friends come to hang and juniors try to avoid. In the East Wing of Big School, nestled behind the shades of Big Tree, is the kingdom of Dorm 6.

Two of them are now with 1 child. Last Saturday the hockey player got married.

"Tinggal ko sorang je Sixers. Bila lagi? Kitorang nak datang"

And I stood there knowing that, from this kingdom, I'm the last of my kind.

11.3.10

50 tahun.


-wires.
blog buih

Overheard in a conversation from the next table to ours during lunch. The topic was on students and their schools.

"..Tapi jangan budak Malay College.." Said one man.

"Kenapa?" asked his friend.

"Walau dah keluar dari sekolah dia tu, lima puluh tahun dulu, dia cerita macam baru keluar setahun!" He went straight to his point.

"Ye ke?" His friend asked again.

"Memang budak Malay College je macam tu.." He finished his story with a big grin.

Rasa macam nak cerita je kat dia cerita-cerita koleq aku.

20.11.09

A night in Ipoh.

-sekarang dah insaf kerana tak larat nak berlari lagi.
blog buih

The 4 of us, dapat lesen pegi ipoh dengan alasan nak beli barangan sukan.

Pegi ipoh, lepak sampai malam. tak tau nak duduk mana. kitorang lepak kat kentuck 24 hours.

So, bila dah abis fries semua, still tak tau nak buat ape. kitorang decide untuk jalan2 kat luar.

Tetiba lalu satu mat rempit. Dia jerit something like "balik la woi!". My dear friend from the same house, responded "Okkk!" sambil kitorang gelak2....

Tetiba.

Ada benda bergolek kat tepi aku. Lepas aku cam benda tu adalah sebijik helmet siap dengan stiker jaki jipang ngan tricolor daun ganja[1], aku pusing belakang dan nampak ade sekumpulan mat rempit dah start kejar.

aku start lari dulu.

The others started to run as well. The problem was we didn't know where to go. So berlari la 4 ekor budak koleq merentasi malam yang sunyi di Ipoh. Aku stop bila sampai depan Excelsior[2]. Semua dah muka cuak. Lepak2 kat situ kejap tunggu line clear.

Lepas tu kitorang jalan2 pegi Syuen. The real one, not the one we go to watch movies.

Bila semua dah penat, kitorang tertido. Aku tak ingat bila aku tido. Aku tau aku terjaga pagi, sejuk gile. Aku tengok ada makcik2 dan pakcik2 cina sedang buat tai chi.

Sempat jalan2 kat Ipoh lagi sebelum pulang petang tu.[3]

[1] exaggerated to show the inclination of the mob towards the rempit movement. Mungkin juga sticker Akai atau Aku hidup dalam blues.

[2] during a recent visit to Ipoh, I drove between the two points where we ran for our lives. I dont think I would walk that far now, let alone run.

[3] though the favorite punchline from the story above was "Peah lari lagi laju dari Bothaq ngan Baber!" It isn't really true as I had a headstart and I could never out run the them who were an excellent outside centre and also the captain of the koleq football team[3.1] in our glory days.
[3.1] ke kita ada kapten bola lain?

13.11.09

Kisah memancing di dalam gelap.

-Satu hari nanti, semua pemancing2 tu akan beli rumah kat sini.

blog buih

Aku bukan kaki pancing. Tapi aku ikut je kawan2 aku atas pengaruh rakan sebaya, pegi memancing. Aku rasa semua kawan2 aku tu pun bukan kaki memancing.

Sebab ada 5 pemancing (I think) dan ade satu joran.

Aku tak ingat guilty parties yang lain. Tapi yang confirm ada D115. Maka kami pun setelah dah setting joran, start pasang ubat nyamuk cap dunhill atau marlboro. Tepuk dada tanya selera.

Tak jauh di sebelah kanan, Ada busut. Dalam jarak 10m. Dalam samar malam, kelihatan seorang manusia berbadan besar panjat busut tersebut. Dia tebar jala.

Keji. Orang pakai pancing. Dia pakai jala.

Mamat atas busut tu asyik usha je kitorang. Gelap, memang tak nampak. Salah seorang dari kami mula perasan.

"Wei aku rasa tu Bombay aa"

Semua orang tengok dalam cover-cover. Sumber pencahayaan hanya bulan. Pencahayaan agung kat dorm kot *wink*

Semua orang senyap. tak tau nak buat ape. Benda pertama buat, padam rokok. Tapi Bombay still tak datang. Walaupun dia masih berdiri atas busut sambil pandang dengan penuh effort, sampai senget2 badan dia.

"Aku rasa dia tak cam kita, baik kita belah" Salah seorang bagi cadangan bernas.

Lalu semua bangun belah.

"Woi! budak Kolej !" dia jerit.

Semua start lari bersepah. Semua selamat sampai ke pengkalan.

*******

Esok di sekolah. 4 budak kena panggil. Aku tak kena. Dia dapat cam 4 budak F4 dengan Shkib (student F5).

I like!.

7.7.09

Mercun.

-"Sape bangang sangat bakar mercun ni? Aku nak kawen aah.."
blog buih

Tahun 1998 di suatu petang yang amat membosankan. Macam sekarang kat office ni, tapi takde Facebook dan Blog Buih. Bosan gile.

Aku nampak Im datang dari West Wing. Tersenyum2 menampakkan gigi putihnya. Muka nakalnya sukar dibendung.

"Aku bawok mercun balik dari kampung..ko nak tengok tak Peah?" Tanya dia penuh semangat.

"Tengok je nak buat ape? Bakar aaa!!!" Aku memang suka kawan ngan budak2 nakal macam Yew-U.

Panjang mercun tu. Bila digantung dari atas ceiling kat corridor East Wing, ia hampir mencecah lantai. Dalam satu perpuluhan lapan meter kot.

"Pap Pap Kerepap Pap!!" Bunyi mercun nyaring dan panjang. Mercun yang berwarna merah itu terbakar lalu meninggalkan cebisan2 kertas kecil kemerahan yang bertaburan di sepanjang corridor. Ada yang terbang masuk ke dalam Dorm 4.

Bila pandang Dorm 4, baru kami sedar akan mercun yang dibakar tadi betul2 disebelah cubicle Fect Sapet.

"Weih! ape tu weih!!" Dia keluar menggelabah..berlari2 sambil tunduk2 kepala macam takut terkena peluru liar.

"Bangang aa bakar mercun depan Dorm aku!" dia control macho kembali apabila sedar akan apa yang berlaku.

Kemudian dia terus mengomel lalu masuk semula ke dalam Cube untuk menyambung tidur.

"aosihfpaohva;uvfhaos...owiuha"

Tiada siapa faham ayat2 yang keluar dari mulutnya.

21.4.09

My Dorm

-Dulu dorm ni pusat pemerintahan dan mercu kegagahan empayar Ahmad. Banyak pedagang2 asing juga turut singgah di sini untuk berdagang.

blog buih

Aku pijak tangga2 batu berwarna kelabu. Kelabu dek habuk,peluh dan bekas tapak kaki pelajar2 Kolej Melayu. Sampai ke atas aku tersenyum dengan pemandangan yang amat aku kenali. Dorm 6.

Aku pandang atas.

"What the Hell?"

Sekarang dorm ini sudah menempatkan pelajar2 dari rumah Idris. Aku duduk di depan pintu. Tak menjejak kaki ke dalam dorm. Aku perhatikan je plaque yang tertulis di atas pintu dorm itu.

"Bang, ada lighter tak? Abang ni Old Boy ke?" Lamunan aku dikejut seorang present boy.

"Takde, aku tak hisap rokok. Mesti la old boy..ni dulu katil aku." Aku tunjuk kat katil hujung. Tempat watermark gambar di atas.

Aku cepat2 snap gambar ni. Aku lari turun bawah tunjuk kat Mache. Katil dia sebelah katil aku dulu.

Damn. 11 tahun dulu.

Old boys weekend (part trois)

- Big tree di waktu malam.
blog buih

Aku dan ahli2 keretaku keluar makan di sebelah kedai Karaoke KK OK. Sekarang kedai karaoke tu dah maju. Tapi kedai nasi lemak favorite tu dah takde. Dah diganti dengan kedai lain. Ok jugak masakkannya.

Lepas makan kami bergegas ke konsert. Ada band yang macam tak nak turun2 dari stage. Main lagu sama tiap2 tahun.

Ada band bawak singer perempuan yang cun, so Hargreaves Hall terhibur. Senang je nak hiburkan budak2 koleq ni.

Kemudian kami pusing2 Ipoh. Saje je bawak keta jalan2 sampai Ipoh.

Bila balik, semua orang dah tidur. Aku join diorg di Dorm 4. Ramai yang sudah pun diulit mimpi.

"Peah, nanti tulis kat Blog Buih" kata Pyan.

-Ni aku dah tulis dah ni.

Esoknya, pagi2 aku dah bangun. Seluruh badan aku sakit2. Aku tertidur di atas lantai. Tiada ruang lagi di atas tilam. Setelah bersiap2 dan kelihatan segak dan tampan, aku terus bergegas dengan Bulat untuk ke Yut Loy.

"Ah Shit! Gile ke diorang ni tutup masa Old Boy Weekend?" aku separa menjerit ketika lalu di hadapan kedai antik itu.

Dengan saki baki semangat breakfast yang punah kerana tutupnya tempat makan bersejarah itu, aku terus ke Kedai Pau kat lembah. Selepas makan kami tengok game rugby.

Game Rugby pagi Ahad adalah upacara penutup tirai Old Boys Weekend setiap tahun. Pertarungan tahun ini sungguh epik sekali.

Akhirnya Present Boys berjaya mengatasi team Old Boys.

Selepas perlawanan itu, seperti biasa semua orang berjabat tangan dan bersalaman sebelum pulang ke dunia realiti. Where our age matters.

Well, at least once a year, the boy in me gets a chance to roam the fields of MCKK.

* aku frust sebab by the time nak amik gambar MCKK dengan sticker blog buih, battery camera kaput.

Old boys weekend (part deux)

- garisan bercahaya adalah halo- zaha.
blog buih

Bila aku sampai saja di Padang Big School, aku terkejut tengok ada uncle tua tengah main rugby. Salute gila.

Aku terus pegi amik2 gambar.

Bila dah nak maghrib dan aku masih lagi di padang, tiba2 perasaan takut mula menyelebungi diri. Aku takut kalau2 muncul Proton Saga hijau dengan seorang lelaki berketayap yang menjerit "Boys!! mandi cepat nak masuk magrib dah ni...!!!"

Nasib baik Ustat Lateb tak rounding.

Namun akibat kebiasaan, aku bergegas pulang ke dorm 4 Pavi. Pusat lepak batch 96,98 dan 00 (+ sekor budak mana ntah)

Macam biasa bila dah jumpa kawan2 lama, yang membuli dan yang dibuli, last2 by the time siap mandi dah nak kul 830pm. konsert dah nak start.

"Hah! ko serious ah Bob?Makanan dah habis?" Lado lantas memandang aku.

"Ape lagi?makan kat luar aaa" Jawab aku sambil terus berjalan ke kereta kerana lapar dan hampa tak dapat makan kat quadrangle.

(to be continued.....)

20.4.09

Old Boys Weekend

- Ini wajah depan overfloor. Hensem kan?

blog buih

Pukul 1 aku sampai di LRT Kelana Jaya. Mache dah sampai lebih awal. Dia segera masuk dalam kereta.

"Kita pegi makan dulu?" Kata aku sejurus berjalan.

Pukul 2 kami berjumpa Bulat di R&R Sg Buloh.

"Sempat ke nak tengok Bola ni?" tanya Bulat.

"Kita makan Cendol kat Lembah dulu la..." kata Mache.

"Sempat..jangan risau..semua sempat" Aku jawab sebelum memecut pantas ke arah Utara.
*************************************************************************************

Sampai saja di sana, kami terus ke Cendol. Dah terlalu petang untuk ke Yut Loy. Makan cendol semangkuk. Kemudian terus ke Prep School. Aku perlu beri cable bass aku kat Hargreaves Hall.

Budak2 batch 96 tengah main bola kat Padang Prep school.

"Budak2 Form 1 ni yang power ke..bebudak 96 ni yang dah tak power?" Fikir aku sendiri. Aku selalu main bola ngan diorang kat Padang Big School masa tahun 1996. It works both ways, aku tak payah jalan2 jauh2 dan main kat padang yang tak best. Diorg pun takyah susah2 nak carik aku nak suruh basuh kasut ke baju ke....

Kemudian, aku pergi ke Big School pula. Bob sedang main rugby lawan Under 15.

Aku pun nak main rugby lawan Under-15...(to be continued)

10.4.09

A pleasant surprise on a Friday morning.


blog buih

got this msg today:

I'm born today at 9 am weighing 3.5kg.. my mum is ok and i look more like my mum than my dad, unfortunately he haven't gave me my name yet greetings to all uncle of 98 :-)

i replied:

gd 4 u, u'll look fuckin ugly if u look like you dad. love unc peah.
congrats bro :)

Bapak dia jambu ooo...

21.3.09

Matart!

blog buih

Masa kat sekolah dulu, aku Treasurer Art Club.

Antara kerja2 penting Art Club ialah buat backdrop masa hari guru, masa annual concert dan lain2 lagi.

Kerja Art Club ni leceh. Kena main2 cat. Kena potong2 polistrene. Kena tampal2 dan panjat.

Aku tak pernah dapat A dalam art langsung. Ahli2 Art Club yang lain semua power2 wei... Macam Yo, Raqib.

Tapi lepas buat kerja amal ni, biasa ada allocation untuk beli burger. Yang tu aku pandai ah. Makan burger.

Kira cool la jadi budak Art Club, sebab masa prep boleh sebok2 kat Hall bila orang lain kena pakai baju melayu ngan kain pelikat gi prep. Kitorang boleh pakai cargo pants ngan t shirt..

Entah apasal entah aku terkenang citer Art Club nih.

Nah amik hasil seni 'Matart'* aku.


*Matart - Mat art, tapi sebut je cepat. Guna dalam ayat "Gile Matart ah Papan!"

- Papan ni bukan papan biasa buat pintu tu..Ni kira nickname la. Papan memang Matart pun.

4.3.09

Pengembaraan Musika di Jalan Stesen Kuala Kangsar.

-gambar hiasan, inspirasi rock kapak.
blog buih

Dulu2, sebelum wujudnya Blog Buih ini, aku pernah bersemangat waja bermain muzik. Sampai sekarang aku masih suka bermain instrument tapi dah tak sekerap dulu. Semuanya bermula dari..

Tahun 1996. Lepas PMR budak2 form 3 semua tak tau nak buat apa. Malas la nak kacau Form 5. Semua tengah sibuk nak study. Form 3 pun dah boleh rilek sikit sebab form 5 dah tak palat sangat takut kena sumpah SPM dapat gred 2. Tiba2 muncul sebuah idea Battle of the Band. On the spot jugak, aku pandang kiri kanan lalu terbentuk la sebuah band. Untuk malam tu, aku main lagu Whitesnake dan satu lagu lagi, tak ingat lagu apa. Dari situ aku dalam band dengan Sapet.

Tahun 1997, dah naik form 4, hidup bosan kat dorm. Tapi bila weekend, yeah..time tu la sibuk nak jam. Masa tu..pehh hardcore sungguh main Rancid. Boleh kata nak abis la satu album ..and out come the wolves tu. Album tu best. Dengar la kalau tak percaya.

Tahun 1998 aku naik form 5, taiko la kira... kitorang dah start main Goldfinger dan start belajar main lagu2 yang radio friendly. Semua band member ni from Ahmad House. So, confirm la kitorang hog dinner house. Actually, every occasion is an excuse to set up a concert. You name it. Sports day?ada..annual concert?ada..farewell dinner house?ada..we even played at rugby dinner. I negotiated with the rugger captain. Kitorang dapat Ayam Mas sorang sekotak, which was the dinner food obviously (budak2 rugby punya dinner makan ayam sorang sekor.) That was my first paying gig.

Now..Raqib who was the main singer kalau lagu Rancid is a doctor with 2 beautiful children. So is Shaze who was on keys back then. Now he prowls night spots like most former rockstars trying to outlive the old days. Nad who was on drums then is know a father of a very handsome boy and he goes about running his own business. Sapet who eventually went on to become my band member till today is succesfully working in the Middle East and getting enggaged this weekend (congrats!). I have continued playing music for a bit, once I started working, it was just too hectic to shuffle between the two.

But now, I have this blog to rekindle these stories...

23.2.09

I used to like swimming pools.

gambar hiasan
blog buih

The year was 1997. I was a Form 4 in a boarding school north of Ipoh. Well during that time...there was lack of water supply to the toilets every morning. I'll get up early in the morning, walk my self groggily to the common toilet and find that there will be rows of soap in front of each shower. The rows of soaps is a system devised to reflect on the queuing order.So one will have to put his soap in line before heading to the wash basin to brush his teeth or shave.

So, one morning, I met up with my buddy Fadal. He was staying at the next dormitory in East Wing.

"Tak boleh jadi wei..takde air ni..nanti lambat mandi, pegi class lambat kena rotan"
I started chatting with him.

"Ok takpe, camni ah..ko amik baju sekolah kau semua, kau ikut aku" He told me assuredly.

I took all my school clothes, walked with him in the wee hours. "Nak gi mana ni?" I asked him as we were already near to the school block.

He showed the pool. It was right next to us. He climbed the fences to get into the awimming pool area. I retraced his steps.

"Ok, letak baju kita semua kat hujung sana, kita masuk dari hujung sini, berenang sampai sana pastu terus siap2 pegi kelas. Sampai kelas baru gosok gigi"

So, with his ingenious plan we went to dive stark naked into the pool, swam as fast as possible to the other end. as we wouldn't want anybody to notice that we were in the pool, got out and put on our school uniform.

We did that for about a week till they fixed the water pressure issue.

That was when I used to like pools. Now, I love them.

22.2.09

Sangkar.


blog buih

Suatu masa dahulu, aku pernah hidup di dalam sangkar. Di dalam sangkar ini aku mula kenal ramai kawan2ku yang juga telah dimasukkan ke dalam sangkar yang sama. Lama kelamaan, aku menjadi rapat dengan mereka. Di dalam sangkar itu aku belajar erti kebebasan.

Kalau aku ingatkan balik cerita2 ketika di sana, banyak yang aku boleh tulis. Kadang2 bila aku duduk sendiri, aku teringat cerita2 ketika aku di dalam sangkar itu.

Setiap tahun, aku akan melawat sangkar itu.

13.1.09

Sape kata aku tak pernah mandi?


blog buih

Kalau dah pernah mandi dalam bath tub ni, dah tak perlu mandi dah seumur hidup...

6.11.08

Don't call him jambu.

KUALA LUMPUR: Anak lelaki bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan dua rakannya dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh Dr T Ariaratnam di kliniknya di Bangsar, lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamed Apandi Ali memerintahkan anak bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Idris Abdul Rauf, Nor Adzlan Idris, 25, yang juga pelajar kolej dan dua penganggur, Lee Jun Ho, 26, serta Choy Chin Chuan, 24, dibebaskan daripada tuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Mereka dituduh bersama dua lagi yang masih bebas membunuh Dr Ariaratnam, 66, di Pusat Perubatan Arinaga, Lorong Maarof, Bangsar Park, antara jam 3.30 hingga 4 pagi, 21 April 2003.

Mohamed Apandi dalam keputusannya pada akhir kes pendakwaan, berkata ada lompang dalam kes pendakwa dan menjadi undang-undang yang pasti tidak wajar memanggil tertuduh membela diri semata-mata dengan niat ingin mengetahui kelompangan yang ada.

Beliau berkata, pegawai penyiasat kes juga gagal untuk mengemukakan dua saksi penting iaitu kakitangan di klinik itu, S Vellaichamy dan C Vasudevan, kedua-duanya warga India yang menyaksikan kejadian pada hari berkenaan.

Katanya, ada tiga keadaan membolehkan rakaman percakapan saksi diterima mahkamah sebagai keterangan iaitu jika saksi sudah mati, tidak dapat dikesan atau tidak boleh dipanggil kerana memerlukan kos tinggi.

“Dalam kes ini, walaupun rakaman percakapan Vellaichamy dan Vasudevan dibuat pada 2003, tindakan mengesan mereka dibuat pada 2007 dan 2008,” katanya.

Katanya, hanya empat saksi dapat memberikan gambaran terhadap cerita pendakwaan, tetapi keterangan mereka masih tidak jelas.

Nor Adzlan diwakili peguam bela, Naran Singh dan K A Ramu, Lee diwakili Gooi Soon Seng, manakala Choy oleh KY Leong. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz.

Lee, bagaimanapun dihantar ke Penjara Sungai Buloh sementara menunggu keputusan kes lain dihadapinya, yang mana dia bersama lima yang lain dituduh mengadakan perhimpunan haram hingga menyebabkan kematian seorang penghuni di penjara Sungai Buloh pada 2006.
blog buih

Hope you set things back on track bro.
Jangan nakal2 lagi la King.

13.10.08

Pink House.

A : i love your pinkish house. i love pink. teehehehe. ( i love the purple room the most altho i hate playing games hihihi)

M : i love u.. :)

blog buih

Comel, sungguh comel En M. Ayat pun Power. Power macam Power Rangers.

25.9.08

Berbuka Puasa 9498 @ Yuen Steambot






Semalam petang, di tatkala hari ku di asak kerja2 di pejabat, Razak menelefon untuk mengajak aku ke sebuah kedai.

Aku tahu kedai itu di mana dari cara dia memberi penjelasan, namun, belum pernah aku makan disitu.

Aku tiba beberapa minit selepas pukul 7. Makanan di atas meja sudah penuh. Razak dan Maoi tergelak kecil. Aku masih terpinga2 memanjat dua tingkat. "Fuuuyoo! horror siot tempat nih..nasib baik takde orang jalan2 bawak parang" aku cuba membuat lawak Hung Hing.

Nama kedai ini Yuen Steambot. Ia terletak di seberang Cash Converter/ Projet Sunway. Kedainya besar. TIga tingkat semuanya. setiap tingkat lengkap tersedia buffet2 yang amat banyak dan bagaikan tidak luak bila dimakan. Pekereja mereka berpusu2 megisi dan memastikan tiada bekalan makanan yang terputus.

Makanan yang paling laris di All you can eat buffet ini adalah Ayam Panggangnya. Memang sangat sedap. Akan tetapi aku malas hendak bergeseran dengan orang2 kiasu yang sanggup berebut2 dan menunjukkan nilai2 moral yang senipis selipar jepun mereka.

Kuah tomyam juga amat sedap. Kami akhiri jamuan yang meriah ini dengan aiskrim peach. "nyum nyum"...
blog buih

21.9.08

Berbuka Potluck 9498- Prep Malam

Malam tadi, budak Koleq 9498 dah pergi prep balik. Tapi tak study pun, dari games hours ramai dah turun. Aku cam biasa ah, antara paling awal turun games hours. Masak Ayam Percik.

masa azan berkumandang, makanan sudah pun berbagai2 dan tersusun cantik di meja. Banyak sungguh. Takut aku tengok. "Kalau kat Koleq ni, diorg serve satu Big School tau banyak macam gini"

"Hahahahah"

Lepas buka, kami duduk bergelak ketawa lagi. Membuat lawak yang orang lain tak faham.Kemudian, tuan rumah bawak keluar mercun. Mereka main. Bising gila.

Lepas tu, atas inisiatif En Yew-U, muncul la 2 set deck. Permainan BlackJack pula di mulakan. Wager: makanan dan minuman lebihan. [kami tak menggalakkan berjudi di bulan yang mulia ini, tetapi kami juga ingin mengurangkan pembaziran yang merupakan amalan Syaitan]

Kekalahan terbesar dialami saudara Maoi. 8 gelas air. Aku pun kena gak la..beberapa gelas air, beberapa keping murtabak, meatball sebijik. Tapi yang penting, bakat BlackJack aku yang terpendam masih ada sinar harapan. Tuan rumah juga gagal mengekalkan prestasi cemerlang apablia akur dengan kekalahan berganda lalu termuntah.

Sampai balik, gelak tak habis.

Sampai hari ni aku masih tergelak2 kecil.

Sakit rahang aku.

p/s:aku rasa macam pegi prep ah....[gelak lama2, makan, main judi]


gambar kelas. 10 years after hahaha..dah kena bawak anak gi prep..


Kantoi spanking.Kinky Maoi.


Wakil BlackJack Ahmad House memukau penonton dengan gaya permainan luar biasa.


"Haa! sape dah kalah minum ah".."tokan kalau goreng hangus, minum double la"....

Tokan Goreng Hangus. [hahahaha confirm tak dahaga2 lagi kau sampai raya]

SELAMAT HARI RAYA
blog buih

15.9.08

Happy Birthday Kay



Belum pernah i jumpa cupcake semanis ni.

Skrip masa amik gambar nih.

Kay: Eh, u jangan duk dekat2 dengan I, nanti Abah i nampak datang kat pintu tuh..

Peah: Ish takde la I nak duk dekat2..nanti batal air semayang.

Ye, betul dan sudah di highlight kan lagi...Kena la tunggu upacara membatalkan air semayang..
blog buih