Semalam petang, di tatkala hari ku di asak kerja2 di pejabat, Razak menelefon untuk mengajak aku ke sebuah kedai.
Aku tahu kedai itu di mana dari cara dia memberi penjelasan, namun, belum pernah aku makan disitu.
Aku tiba beberapa minit selepas pukul 7. Makanan di atas meja sudah penuh. Razak dan Maoi tergelak kecil. Aku masih terpinga2 memanjat dua tingkat. "Fuuuyoo! horror siot tempat nih..nasib baik takde orang jalan2 bawak parang" aku cuba membuat lawak Hung Hing.
Nama kedai ini Yuen Steambot. Ia terletak di seberang Cash Converter/ Projet Sunway. Kedainya besar. TIga tingkat semuanya. setiap tingkat lengkap tersedia buffet2 yang amat banyak dan bagaikan tidak luak bila dimakan. Pekereja mereka berpusu2 megisi dan memastikan tiada bekalan makanan yang terputus.
Makanan yang paling laris di
All you can eat buffet ini adalah Ayam Panggangnya. Memang sangat sedap. Akan tetapi aku malas hendak bergeseran dengan orang2 kiasu yang sanggup berebut2 dan menunjukkan nilai2 moral yang senipis selipar jepun mereka.
Kuah tomyam juga amat sedap. Kami akhiri jamuan yang meriah ini dengan aiskrim peach. "nyum nyum"...
blog buih
tergugat poseku di pagi hari ini!
ReplyDelete