22.9.08

Barangan- Jeans GA Blue

click pada "title" untuk ke website asal gambar ini

Hampir genap sebulan berpuasa. Masa yang lazimnya dihabiskan dengan membeli belah untuk beraya kian tiba. Makin berpusu2 orang ke tempat membeli blah. Aku baru tau ape itu Spark [terima kasih peeps].

Jadi, aku harap, kepada pembaca2 yang ingin mengamalkan imej spark,agar tanpa berlengah lagi untuk terus menuju ke pusat jualan gudang ini. [Di bahagian kanan blog buih ni ade link to ShoppingnSales.Baca la selalu supaya tak ter "miss" Valiram Luxury Sale.]

"Siapalah yang pandai bagi nama jeans GA Blue ni?" aku sering terfikir bila aku terserempak dengan nama itu.

Ape itu GA Blue?

-Gampang Ah Blue?
-Gadis Antu Blue?
-Gajah Antar Blue?
-Gambar Altantuya Blue?
-Gua Anak Blue?


Tiada siapa yang tahu.

[AMARAN BUIH:Ini bukan promosi dan pihak buih tidak mendapat apa2 imbuhan dari post ini. Sebaliknya anda mungkin akan dapat berkenalan dengan gadis berseluar Romp, tali pinggang putih, t shirt Jack Daniels tak original dan membawa helmet yang mungkin...hanya mahu rewang2 naik motor.Berhati-hati ye.]

blog buih

No comments:

Post a Comment