Di pagi raya, makanan yang first sekali terlintas di benak fikiran adalah Rendang, Kuah kacang dan ketupat. Tapi sebulan puasa ni, mesti nak pekena Ayam percik jugak.
Aku pun tak tau dari mana dan sebab ape Ayam Percik ni famous and top the wanted list only masa fasting month.
Tapi, semenjak harga minyak naik berkoyan2, harga ayam percik pun sama naik. Tak kasi chance. Oleh sebab tu juga, aku sebagai penjaga neraka ayam mengambil langkah nekad untuk belajar cara memasak Ayam Percik.
Ayam Percik Special
Bahan2nya:
1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar-kelar sedikit supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya)
Bahan A: (diblender dengan sedikit air)
3 batang serai
2 inci halia
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah
Bahan B:
1 1/2 cawan air asam jawa pekat
7 sudu besar gula
garam secukupnya
Bahan C:
6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas kurangkan sikit)
1 cawan santan pekat
Cara2nya:
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula, bila agak pekat masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata.
Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan cili kering. Bila mendidih masukkan santan pekat. Bila kuah separuh pekat, keluarkan ayam tadi kedalan bekas lain. Kacau lagi kuah percik yang tinggal sehingga pekat. Tutup api.
Sekarang bolehlah di bakar ayam tadi sambil dicurahkan sedikit kuah percik keatas ayam tadi.(Jangan dibakar terlalu lama kerana ayam tadi telah pun pun dimasak)
Bila sudah siap bolehlah dihidangkan ayam percik special bersama kuahnya.
So, nak try la ni..lepas ni..tak tau bila je lagi...
blog buih
Bunga dan Angsa Terbang Mendapat Perbatasan
-
Too much time doing book work today. Sometimes it seems so unfair that I
can't quilt all the time like I really want too. lol
Bunga dan Angsa Terbang Saya ...
2 years ago
No comments:
Post a Comment