24.9.08

Membeli belah di Kuala Lumpur.

dia telah mengabaikan saya.
berbuka hanya dengan air2 tin dan satay fishball sebelum ke coliseum
selipar ni lebih besar dari Zano
selesai Solat Maghrib@ Masjid India
tangga yang memerangkap imaginasi Kept

Seminggu sahaja lagi Hari Raya Aidil FItri akan kunjung tiba. Bagi yang sudah biasa dengan menyambut hari tersebut di Kuala Lumpur, tentu tidak akan melepaskan peluang untuk ke Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) untuk membeli belah. Kami juga tidak ketinggalan. Bahang penatnya masih terasa hingga ke hari ini.

Dua misi utama ke Jalan TAR gagal, yakni; mengambil baju Ahmad yang siap ditempah dan mencari sepasang baju untuk Zano. Namun misi makan berjaya. Lihat post terdahulu. Biasa la kerana misi ini diterajui oleh yang empunya blog, jadi ia pasti berjaya
Hiruk pikuk dan kesibukan kota yang diselubungi desas desus kenderaan yang deras membelah perut2 jalan mengakibatkan aku ditelan kebingitan hari suram menjelang senja. Hutan konkrit yang menjanjikan limpah murah harga berdagang barangan tekstil dan juadah ini bagaikan ditukar ganti dengan kebebasan aku mahu bergerak dan sekali gus menghampakan aku.

Aku tidak mahu ke sana lagi.Takde ape sangat pun.
blog buih

1 comment: