26.9.08

Barangan- Sudu Pintar

Aku digunakan untuk menyudip makanan lalu disua ke dalam mulut. Rasanya enak, lebih2 lagi bila makanan yang disuap adalah aiskrim. Tanpa disedari penghuni meja, aku mengimbangi diriku sendiri. Aku rasakan bagaikan aku sedang terbang di dalam syurga aiskrim.Aku suka dengan statusku sebagai sudu pintar.
Namun, aku harus sedar, wujudnya aku dari sebatang besi yang dibentuk hingga menjadi sebegini. Rupaku buruk, namun fungsi mudah ini telah mengakibatkan rekabentuk melebihi kepentingan sahsiah rupa diriku.Aku rela berbadan suram warna besi.Aku juga tidak manis dan lazat tanpa makanan diatasku.Sebaliknya, aku hanyalah sebatang besi yang sering ditukar-pakai tetamu di kedai ini.
Aku akur yang aku hanyalah sebatang sudu didalam jutaan sudu lain.Aku seharusnya berbangga jika kawanku berjumpa dengan garpunya lalu dipasangkan untuk jamuan malam itu. Aku tidak seharusnya cebik meminta agar kawanku dipulangkan ke dalam bakul merah ini. Bakul merah yang diisi sudu2. Bakul biru pula tempat garpu meluangkan masa.
Mungkin aku harus sedar yang aku hanyalah penting ditatkala tetamu menjamah makanan, selepas jamuan, badan ku dibiarkan terdampar dibibit2 meja, di hujung pinggan.Aku hanya menunggu badanku dikutip dan dilemparkan kedalam besen alatan makan yang sudah kotor yang akan dihantar kedapur untuk dibasuh, untuk digunakan orang lain pada esok hari.
Aku tetap menunggu esok, bila aku berjumpa dengan garpuku.
blog buih

No comments:

Post a Comment