Tengahari tadi aku singgah depan Restoran Haslam. Kay sedang berbual dengan bapanya. Aku teringat dahulu pernah aku datang sekali. Sungguh sedap buffet yang terhidang di kedai ini. Tapi aku datang makan tengahari di bulan biasa. Di bulan Ramadhan Al Mubarak ini, kedai ini mungkin tidak dapat aku jejak.
Harga yang dipaparkan untuk "dewasa bersih" sahaja. "Bagaimana dengan dewasa kotor dan tercemar seperti aku? Mungkin ada tempat yang dapat menerima kekurangan ini." Aku memujuk diriku. Nasib baik tak ajak bebudak Total FC datang ke restoran ini. Separuh tak leh masuk akibat kotor. Minda kotor, tabiat kotor, baju kotor maka mesti tidak boleh bayar harga dewasa bersih.
Kanak2 yang datang juga harus lah bersih.
blog buih
No comments:
Post a Comment