29.11.08

Aku pencinta haiwan, tapi aku bela hantu.






blog buih

Jam menunjukkan pukul 3.50pm. Petang Sabtu memang amat tidak menyenangkan. Lebih2 lagi apabila tiada aktiviti menarik untuk mengisi masa lapang.

Aku yakin rata2 kawan2ku tahu aku tidak menyukai binatang. Kalau gi kedai mamak sahaja aku selalu terkejut bila kaki aku digosok2 kucing. Tapi aku sebenarnya suka sangat pada binatang. Cuma aku tak suka sentuh binatang itu. Aku rasa macam geli dan kotor.

Tapi aku suka binatang2 begini. Agaknya sudah 18 tahun mereka duduk beramai2 disitu. Haiwan2 ini tidak bergerak, tidak memerlukan kos pembiayaan perubatan dan makanan dan juga tidak berak di merata2 tempat. Namun aku rasa mereka kuat mengawan kerana kali terakhir aku pandang, aku rasa bilangan mereka sudah pun bertambah.

Haiwan2 ini juga tidak menggosok2 kan badan mereka ke kaki orang yang sedang melepak. Harap2 mereka tidak berbuat begitu kerana aku mungkin mati terkejut.

Selain dari itu, aku juga ade koleksi permainan ghostbuster. Yang dikanan sekali hantu tong sampah. Kerja hantu tong sampah ini adalah untuk membuang sampah2 yang sekian lama terperam di tepi jalan. Namun tatkala malam menjelma, ia boleh bertukar menjadi seakan2 mentadak mentadu. Tahap horrornya agak tinggi. Macam tengok Pak Lah tertidur ketika mesyuarat UMNO.

Disebelahnya adalah hantu American Football. Hantu ini berbadan tegap dan sesuai menjadi model2 untuk Hero Remaja. Namun, apabila ia cuba bertukar menjadi hantu, keadaan rupanya buruk. Kerana ia harus tertonggeng dan kepala hantu akan muncul dari tulang belakangnya. Ia juga terpaksa berjalan terbalik. Jika sedang bermain, aku syak, pengadil akan terus melayangkan kad merah sahaja. Ini untuk mengelakkanaduan dari pihak lawan tentang status rasmi pemain tersebut. Jadi, para pembaca harus berwaspada ya kepada hantu jenis ini, kerana aku yakin ada juga hantu2 di dalam sukan lain seperti hantu Tennis dan hantu futsal. Macam semalam, ketika saya di sebuah putsal futsal terkemuka di ibukota, aku terasa bagaikan ada seekor penunggu di situ. Jadi, berhati2lah dengan hantu futsal.

Yang terakhir didalam siri hantu ialah Hantu Penebang Pokok Tegar. Hantu ini bekerja sebagai penebang pokok. Namun jika disuruh menebang pokok getah untuk membuat kawasan lapang demi membina rumah kos rendah, mungkin ia akan berubah menjadi hantu. Di dalam tiga2 ekor hantu yang aku bela, inilah hantu yang paling horror. Tahap horrornye sama macam ketika pegi tengok rumah hantu kat Kenny Hill. mukanya boleh diterbalikkan dan dari dalam dada muncullah wajah ngeri ala burung hantu. Namun akibat kelemahan designer, hantu itu kelihatan petak. Wajahnya mirip kepada wajah orang yang petak, yang cuba mengaku laju..(A, bukan nama sebenar)

Tidak, aku tidak tidur dengan binatang2 itu.

27.11.08

Siri saiko Tokya sampai balik - Birthday Dinner @ William's


Seafood Risotto yang dibanjiri makanan laut bagaikan hasil tangkapan nelayan laut dalam. Itu Shaq. Aku lebih selesa di darat.

Pampas BBQ Beef Ribs. Rungguh enak. Highly Recommended

Nasi Goreng Kampachu- "camni ke eja?betul ke?"

Mixed grill yang dihabiskan pasangan mantap Amad dan Cik N.

Mee Raja Ayam dan Daging.
blog buih

Setiap kali aku berhadapan dengan makanan. Hanya satu nama yang menerjah masuk ke dalam benak ku ini. Tokya!. Ya, nama itu sinonim dengan makanan. Dengan muka yang bagai diabadikan dengan imej sedang sarat kekenyangan, dia masih tetap yang terunggul di persada makan di negara kita walaupun dia jauh di London.

Jadi, tidak hairanlah ketika aku sedang mula mahu menjamah Mee Raja Ayam/Daging ku, imej tokya terus muncul. Mukanya terpacul di dalam pinggan bagaikan muka Ayahanda Abdul Wahub menyuruhnya mencari Sulaiman Akhlaken. "Ingat nama itu...Sulaiman Akhlaken".

Lalu aku mengambil peluang ini, untuk mengambil gambar2 makanan yang dipesanku dan kawan2 untuk tatapan saudara2 ku di perantauan. Terutamanya Tokya dan Razman. Tifi terkecuali kerana dia sudah pun pulang dan tak perlu di Saiko lagi.

Makanan yang disediakan di William's ini berbagai jenis dan amat sedap sekali. Aku hanya makan Mee Raja sahaja, sebuah hidangan yang aku rasakan paling tak berat. Itupun aku tidak mampu habiskan. Aku bungkus untuk dibawa pulang. Mungkin boleh bertahan selama seminggu lagi. Nyatanya, aku bukan Tokya.

Sebuah hidangan yang perlu saya tonjolkan di dalam entri ini adalah Pampas BBQ Beef Ribs. Bahagian tulang "ribs" lembu yang disaluti daging lembut dan dibakar bersama kuah yang manis dan enak ini, disajikan bersama Kentang putar dan Sayur2 ala coleslaw. Sungguh enak.

26.11.08

Cupcake comel


Kept dan Hajar membuat kejutan.

Turut hadir dari Leeds untuk menyambut hari lahir saya

Cupcake comel untuk birthday boy comel.
blog buih

"Happy Birrtthhdayy to yooouuu" ....

"Macam pernah aku dengar suara sumbang ni" bisik hati kecil ku.

Sebuah kotak merah diletakkan dihadapanku.

"Aku punye ke?" tanya ku padanya..

"Ye laa.. Dia yang beli" sambil menunjukkan pada teman di sisinya.

Wah! Aku dengan penuh teruja membuka kotak kek itu. Cupcake2 comel memenuhi lantai kotak itu.

Aku terasa secomel cupcake itu. Lalu dengan penuh gedik aku menghulurkan cupcake2 itu disekeliling meja.

"Kenapa muka kau blushing?!" celah mamat tempang dari meja sebelah.

Mesti ah blushing, Yayang nyanyi lagu birthday kat Darus maa....

Enak bukan?

Hari ini aku dikejutkan dengan sebuah poem:-

Hati ini sakit bagai dicubit-cubit menahan rasa rindu yang perit. Hati ini gersang haus kontang kerana kau tidak lagi mahu menoleh ke belakang. Hati ini birat bagai disiat-siat mengenang nasib kita yang takkan pernah dapat diikat. Hati ini menangis pedih terhiris oleh kata-katamu yang tajam sinis. Tapi Percayalah, aku faham dengan rasa marah dendam dalam jiwa mu yang membungkam Dan kerna itu, aku memilih untuk diam Biar aku menahan sendiri rasa hiba yang silih berganti dengan wajahmu yang kini hanya muncul dalam mimpi Maafkan aku sayang Jika aku telah memadam cahaya cinta mu yang terang Jika aku telah menghapus harapan mu yang kau panjatkan dalam doa kudus Jika aku tidak lagi mampu untuk berdiri di sampingmu, menjadi perisai sekuat tugu.Maafkan aku. Aku cuma ingin kau tahu yang dirimu itu adalah belahan jiwaku.
blog buih

pening kepala jap..adeh...

Ole-ole Bali


blog buih

Seperti kebiasaannya, adat sambutan hari lahir keluarga kecil saya adalah dengan makan malam bersama keluarga di restoran2 di sekitar Kuala Lumpur. Oleh sebab hari ni hari Selasa, maka untuk mengelak jam yang lama dan juga ekoran kepenatan bekerja sebagai pemerhati Facebook, saya terus mencadangkan Sunway Pyramid.

Berjalan2 lah kami 4 beranak bagaikan jakun. Selama aku duduk Subang, belum pernah lagi berjalan2 dikedai2 bahagian hadapan Pyramid. Semuanya kedai makan. Nampak enak2 belaka. Ada yang menjual babi. Mungkin babi dibekal pembekal daging khinzir yang tersohor itu. Namun kedainya hanya buka pada jam 1p.m hari Jumaat.

Setelah penat berjalan, kami telah pun membuat keputusan mengejut untuk makan di Ole-Ole Bali. Mungkin juga sudah takdir Tuhan yang kami penat di hadapan kedai ini.Akibat kelaparan tahap Somalia, kami terus duduk. Ibu menyambut menu yang dihulur pelayan kami.

"Eh! muka macam Ayuk, orang gaji saya!" sergah ibu. Pelayan hanya mampu tersenyum.
"Maaa!!! That's so embarassing" sahut adik2 saya.

Makanan yang kami pesan terdiri dari tiga jenis. Ya, tiga jenis makanan untuk 4 orang. Nasi bumbu Kambing untuk Sasha. Nasi kuning dihidangkan dengan potongan Kambing yang digoreng bersama bumbu yang enak. Terdapat juga sayuran yang tidak dimakan oleh Sasha dan sambal2 belacan 3 jenis.


Ibu dan Ika memesan nasi campur. Ia terdiri dari campuran Ikan, Ayam Sotong, Udang dan Satay lilit yang di hidangkan dengan nasi. Sayuran dan kerepek enak dan rangup melengkap lauk2 di tepi pinggan yang lebih kearah dulang dan dilapik pula dengan daun pisang. Sambal2 yang sama juga turut disertakan.


Saya pula telah memesan sejenis makanan pelik. Namanya saya tak ingat. Tapi ia berbunyi macam "tikuk kuntuk" atau "puntek kitak" atau "ahmat paytak". Saya tak pasti. Yang pasti, ia adalah variasi kepada gado2. Saya amat meminati gado2. Terdapat kerepek2 enak, udang2 dan juga telur rebus sebiji yang dibanjiri kuah kacang suam yang enak bersama sayur2 asas gado2. Kuah kacang di panggil "Tamarind peanut sauce" dalam bahasa Inggeris.


Keunikan rekabentuk dalaman kedai Ole-ole Bali ini menambahkan lagi impak suasana ala Bali. Perhatikan saja bentuk2 unik yang dijadikan lampu. Ia menghiasi sepanjang koridor di bahagian luar. Selain dari itu, terdapat juga berbagai patung2 hiasan yang menyerlahkan unsur-unsur Hindu yang mempunyai pengaruh yang amat kuat di pulau yang kecil dah indah itu.

Selepas makan, adik2 saya memohon agar mereka dibawa ke Haagen Dazs pula untuk dessert. Saya pegi kedai buku.

"Desserts are fattening"

25.11.08

Hari ini esok bermula lagi

blog buih

Bila tiba hari jadi, aku rasa hari esoknya bagai hari pertama menongkah arus.
Rasa bagai permulaan yang baru. Nyatanya, perjalanan yang panjang ini masih belum punya sebarang tempat henti. Belum ada tempat berteduh.

Terima kasih kepada yang sudi menghulurkan sepatah dua kata pengganti diri melalui Facebook, Blog Buih atau SMS.

Terima kasih juga kepada dua blogger gile yang siap buat entri tuk birthday aku. "gile ke?"

Kepada kawan2 aku yang terlupa, takpe..tahun depan ada lagi.

"Ok, aku nak makan bday dinner ngan family, nanti aku post gambar...

oo after that nak gi main bola dulu..pastu baru leh letak gambar..."

Thanks.

24.11.08

Birthday Boy




blog buih

still the same boy.

f2.8 1/200 + EV-1.5 Di466 (huhu..)
Posted by Picasa

23.11.08

Tragedy

Tragedy
Bila aku mahu lupa, aku teringat.
Bila aku mahu lari, aku semakin dekat.

Bila kau mahu berkata, aku tertawa.
Bila kau mahu tersenyum, aku gembira.

Bila aku mahu pergi, kau menangis.
Bila aku tidak berpaling, kau terus menangis.

Bersedih lah untuk yang sudah berlaku.
Bersedih lah untuk apa yang kau akan ubah sekiranya mampu.

Dan bila kau berhenti menangis kerana sudah melupakan hari2 lalu, aku akan terus berjalan tidak berpaling.
Kerna aku tidak mahu kau tahu aku masih menangis, mencari2 hari yang tidak akan kunjung tiba.

- 1/2 of a tragedy.


Gambar Hiasan.
blog buih

VRI & Cloth & Clef



I ended up going to the Broken Hearts Club in Cloth & Clef. However, we made a stop at VRI to catch some live performances. Notably was Robot Asmara. However i thought that the bassist is a tad overkill on the bass. Too "abang tremble" for my liking.

Then I went to Clot & Clef. Met some other broken hearts club attendees. Was a little surprised to Kay & gang there. .

Fazura was there too.

She can break my heart. I won't mind.

best.
blog buih

Keadaan disekelilingku pada pukul 3 pagi


blog buih

di sebuah lokasi yang dirahsiakan.

9 gambar dicantumkan menjadi satu gambar.

pening.

22.11.08




blog buih

Garden Picture.

Stitched together in Picasa Panorama maker 360.
Posted by Picasa

19.11.08

Broken Hearts Club


blog buih

I haven't been out and about for quite sometime. Maybe it's due to my laziness but mainly i think it's due to some internal turmoil that has escalated to unscaled heights. Blown up to tiny particles and every bit being grossly out of its proportion.

Then I saw this flyer. "How nice?" I thought.

Befitting to my current state of numbness and swollen by the loneliness that has driven me astray, I concluded that Broken Hearts Club is the only club for me.

Hence, I think I will drop by. I've never been to the venue before. I don't know where it is, though I have a rough idea of its location.

So, come friends, make your date with the Broken Hearts Club. Great music to drown your sorrows. There's no cover charge apparently and since the only other suggestion of a 'tactic' other than Saturday night EPL matches consist of old men, batik shirt and a certain venue called "Mawar Biru", how can anyone pass this up?

18.11.08

How to take a picture. Ape kejadahnya ini?


Pengamal teknik Prune, Puan S.
blog buih

Dewasa ini kita sering dikejutkan dengan gambar2 tergempar selebriti dan artis, baik di tanah air mahupun dari luar negara.

Namun diantara teknik2 posing, Puan S telah kini mempelopori gaya "Prune" yang cukup hebat. Gaya Prune ini amat sesuai digunakan untuk mengambil gambar2 "candid" mahu pun gambar seorang diri untuk digunakan sebagai Profile Picture di Facebook.

Teknik yang dipercayai berasal dari Ampang ini belumlah diketahui sumber kejadiannya. Namun saya percaya, perempuan2 Ampang amat mahir dalam melunaskan Prune yang baik dalam setiap gambar.

Tidak kurang juga, demam Prune ini telah pun menular ke utara tanah air. Kelihatan patung yang memakai tudung ala- moden itu juga turut menggayakan posing Prune ini. Nampaknya saling tidak tumpah dengan gaya Puan S. Patung ini masih berdiri berhampairan Pasar Chowrasta.

Walaubagaimanapun, gaya Prune ini hanya lah sesuai diamalkan oleh pengamal2 yang telah mempraktikkannya sekurang2nya 10 tahun. Untuk yang baru mula hendak mengamalkan teknik ini, adalah lebih baik jika menggunakan khidmat pakar untuk memperkemaskan lagi teknik yang agak sukar ini. Buruk padahnya jika tidak dibuat dengan betul.


Teknik yang salah akan memudaratkan imej kemanjaan gaya Prune ini

Musim cuti dirasmikan pucuk pimpinan negara.


Sibuk pagi ni di surat khabar. Kata mereka Pak Lah pergi bercuti. Najib pun turut serta.

Sorang ke Australia (Kirim salam kat Gel) sorang lagi gi Peru.

Black hole 7 Billion? biarkan ia reda dulu kot.
Mangsa2 Nuri? Nak buat camane...Agong ade...

China dan Us sibuk memberi Stimulus berpuluh bilion untuk membantu meringankan masalah ekonomi.

Kita ada 7 billion yang muncul ntah dari mana.

Takpe, sekurang2 nya sharkpitt sudah pulang.
blog buih

Dah musim cuti, nak buat camane kan?

17.11.08

Total FC family Holiday 2008 (video clip)


blog buih

song: Picture of my life by Jamiroquai.

16.11.08

Diabetes dan komplikasi


"murid2, cikgu nak siapa tua, angkat tangan."
blog buih

Nov 14 pada setiap tahun adalah hari diabetes sedunia. Tak, bukan semua orang yang kena diabetes mesti merayakan hari tersebut dengan jamuan ringan. Ini juga bukan hari untuk bersuka ria.

Komplikasi keatas sesuatu penyakit adalah merupakan sebuah tindakbalas negatif yang berlaku didalam tempoh sesebuah penyakit tersebut. Pengidap penyakit diabetes atau kencing manis selalunya akan mati akibat dari komplikasi yang dialami.

Menurut kata doktor endocrinologist Prof Datuk Dr Anuar Zaini
"Seseorang biasanya tidak mati akibat diabetes namunmati akibat komplikasi yang dialaminya terutama sekali pengidap diabetes type 2"
Komplikasi yang dialami biasanya menyerang organ2 seperti mata,saraf,jantung,otak,buah pinggang. Semua ini akan mengalami kerosakan berikutan proses biologi yang mempunyai kadar kandungan gula yang tinggi di dalam darah.

Lebih merumitkan lagi, apabila pertama kali seseorang di-diagnose dengan diabetes, kebiasaannya komplikasi ke atas organ2 sudah pun bermula. Nyatanya, selagi konsep penyakit diabetes ini kurang difahami umum, agak sukar bagi semua orang untuk mengangani masalah tersebut.

Menurut kajian, 5-10 tahun sebelum seseorang disahkan mengidap diabetes, penyakit itu telah pun berada di dalam badan.

Impaired Glucose Tolerance (IGT) biasanya akan berlaku di dalam tahap awal diabetes atau pre-diabetes. Antara sebab2 awal berlakunya IGT adalah ekoran tekanan terhadap pankreas untuk menghasilkan insulin di dalam badan.

keadaan IGT ini akan mengakibatkan pankreas kelama-lamaan rosak dan tidak mampun untuk menghasilkan insulin yang tinggi di dalam badan. Namun, kebiasaannya bagi mereka yang berada di dalam golongan ini, mereka akan meneruskan tabii permakanan mereka oleh kerana salah faham bahawa mereka bukanlah pengidap diabetes.

Lantaraan dari itu, walaupun mereka sedar akan tahap IGT mereka, mereka akan meneruskan untuk menikmati Teh Tarik dan Nasi Lemak berlebihan yang mungkin akan mengakibatkan kerosakan kekal keatas pankreas.

Dua badan - Diabetes Prevention Program (US) dan Diabetes Prevention Study (Finland)- berpendapat, bakal pengidap diabetes dapat mengawal sehingga 60% daripada ia berlaku hanya dengan mengawal pemakanan, bersukan dan mengurankan stress dalam kehidupan harian.

di petik dari artikel LIM WEY WEN, the Star 16.11.08

Total FC @ Fort Cornwallis


blog buih

Here it is. The 17 of us who went to Penang.

Edited via Picasa.

Collage gambar lompat















blog buih

Gambar2 lompat di Fort Cornwallis diabadikan di dalam sebuah collage.

Harga tiket masuk Fort Cornwallis = RM3.00 per person

Harga melompat2 di khalayak ramai = tidak ternilai.

penat dowh.
Posted by Picasa

Ika & friends.

blog buih

I was feeling rather bored and sleepy. With Man United walking all over Stoke City in its 5-0 demolition, I headed home and found that i have not gone through all of my pictures from my Open House.

So I browsed through the pictures, tried to make it look nicer with Arcsoft Media Impression though I don't think I did a good job.

Well I've also added one of her friends blog to my blog link. It can also be found, here.


Why that smirk?


With "aunty".


Refill air pun boleh sempat posing ke?


Where's Sofia?


Chit Chat

15.11.08

blog buih video

Well, One week has passed since I came back.

But the view of Penang that I had from the walls of the ferry lingers on. I used to frequently visit that island. Back when Komtar was a big deal. "Yup,that far back".

There's nothing much i remember about those visits though. Accept for a Chinese shop where I went with some friends to get our firecrackers after we're done with trolling the village for raya 'Ang Pow'.

I've never been to the island via ferry with then. The first time I was on the ferry was during my visit there to play darts with PSC. "I guess i don't remember much of that either.." Hehe... But i do remember that long walk along the deserted Tg Bungah road.

13.11.08

Ready, Take Off...


blog buih

Masa di Penang, saya dan kawan2 telah main tangkap2 gambar terbang.
Shahir suka gelak2 bila tengok gambar2 terbang.
Saya telah pun mengabungkan dua gambar yang paling diminati Shahir.
Ini adalah saudara Faizal sedang melakukan aksi peliknya.
Lihatlah, amat menghiburkan.

Minat Liverpool tapi....


blog buih

Dua orang penyokong Liverpool yang sering akur untuk pergi melihat gam Man Utd.

:p

Panau rama.


blog buih
Aku cuba main2 dengan software panorama. Sambil tengok Chuck.

I wish i had a sister like Chuck's sister, Ellie. I'm tired of being the big brother.

Ellie's wise words;

Ellie:
There's no scenario in which you should be going to dinner with the girl that dumped you broke your heart and slept with your best friend.


Wise words indeed.

Panas! video urut.


blog buih video

Kelihatan saudara Amad sedang diurut oleh abang urut di Uptown Subang. Dia gagal mengawal urat gelaknye lalu terbahak2 ketika menahan sakit. Fenomena misteri ini bertambah ganjil ekoran kemunculan sebuah lembaga asing di kerusi kosong di tepinya.
Perhatikan dengan teliti, lembaga tersebut sedang berborak dengan kawannya.

"kalau jatuh suruh laa jantan angkatkann....eh terlepas pulak aku,malu orang dengar"

Namun, aku sudah pun dengar. Lalu aku tersedak tatkala menahan gelak dan memegang telefon bimbit untuk mengambil video Amad.

Pada minit 2:04 muncul seekor kucing ingin berkawan2 dengan Amad.

"meooowwww....meow meow meoww"

"MOOO!" Balasnya mengakhirkan perbualan.

12.11.08

Penang






blog buih

Sangat seronok ke Pulau Pinang tempoh hari. Keletihan yang dialami juga amat sangat. Sampai hari ni, aku masih terasa penat berjalan. Puas!.

Puas berjalan,makan roti canai dengan daging dan kambing. Nasi Kandar beratur pada pukul 11 malam dan Ais Kacang dan Cendul diselangi gelak tawa, pekikan dan lolongan. Malam dihabiskan di kasino, memperjudikan hari esok. Siapa yang harus akur?

Buat masa ini, aku hanya mahu rehat.

6.11.08

Don't call him jambu.

KUALA LUMPUR: Anak lelaki bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan dua rakannya dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh Dr T Ariaratnam di kliniknya di Bangsar, lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamed Apandi Ali memerintahkan anak bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Idris Abdul Rauf, Nor Adzlan Idris, 25, yang juga pelajar kolej dan dua penganggur, Lee Jun Ho, 26, serta Choy Chin Chuan, 24, dibebaskan daripada tuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Mereka dituduh bersama dua lagi yang masih bebas membunuh Dr Ariaratnam, 66, di Pusat Perubatan Arinaga, Lorong Maarof, Bangsar Park, antara jam 3.30 hingga 4 pagi, 21 April 2003.

Mohamed Apandi dalam keputusannya pada akhir kes pendakwaan, berkata ada lompang dalam kes pendakwa dan menjadi undang-undang yang pasti tidak wajar memanggil tertuduh membela diri semata-mata dengan niat ingin mengetahui kelompangan yang ada.

Beliau berkata, pegawai penyiasat kes juga gagal untuk mengemukakan dua saksi penting iaitu kakitangan di klinik itu, S Vellaichamy dan C Vasudevan, kedua-duanya warga India yang menyaksikan kejadian pada hari berkenaan.

Katanya, ada tiga keadaan membolehkan rakaman percakapan saksi diterima mahkamah sebagai keterangan iaitu jika saksi sudah mati, tidak dapat dikesan atau tidak boleh dipanggil kerana memerlukan kos tinggi.

“Dalam kes ini, walaupun rakaman percakapan Vellaichamy dan Vasudevan dibuat pada 2003, tindakan mengesan mereka dibuat pada 2007 dan 2008,” katanya.

Katanya, hanya empat saksi dapat memberikan gambaran terhadap cerita pendakwaan, tetapi keterangan mereka masih tidak jelas.

Nor Adzlan diwakili peguam bela, Naran Singh dan K A Ramu, Lee diwakili Gooi Soon Seng, manakala Choy oleh KY Leong. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz.

Lee, bagaimanapun dihantar ke Penjara Sungai Buloh sementara menunggu keputusan kes lain dihadapinya, yang mana dia bersama lima yang lain dituduh mengadakan perhimpunan haram hingga menyebabkan kematian seorang penghuni di penjara Sungai Buloh pada 2006.
blog buih

Hope you set things back on track bro.
Jangan nakal2 lagi la King.

2.11.08

Debunga Wangi


blog buih

Pitching ke lauttt....

Untuk yang akan datang...

Yang Pernah


blog buih

Untuk yang sudah pergi berlalu...

(sorry la, video ngan audio tak ngam ah...)

Hanya Kau Yang Mampu

blog buih



untuk duka2 yang telah berlalu...

Audition penyanyi baru. [seven list]

Aku rasa bagaikan jam berdetik dengan perlahan sekali. Aku tak sabar nak ke Penang. Begitu juga dengan kawan2 aku yang lain. Untuk mengisi masa lapang pada minggu ini, kami telah pun berjamming. Setelah sekian lama aku tinggalkan kekasih bertali empat itu..akhirnya kami bemesra..
Ini Keyboardist terbaik abad ini. Tiada satu note pun yang sumbang.
Mula2 jam...setelah berbulan2 tidak jam..kekok.
Diskusi untuk nak "ngam" kan part-part sukar...

Vocalist penat. Effort 101%.
blog buih
Posing vokalis.
Drummer.