27.11.08

Siri saiko Tokya sampai balik - Birthday Dinner @ William's


Seafood Risotto yang dibanjiri makanan laut bagaikan hasil tangkapan nelayan laut dalam. Itu Shaq. Aku lebih selesa di darat.

Pampas BBQ Beef Ribs. Rungguh enak. Highly Recommended

Nasi Goreng Kampachu- "camni ke eja?betul ke?"

Mixed grill yang dihabiskan pasangan mantap Amad dan Cik N.

Mee Raja Ayam dan Daging.
blog buih

Setiap kali aku berhadapan dengan makanan. Hanya satu nama yang menerjah masuk ke dalam benak ku ini. Tokya!. Ya, nama itu sinonim dengan makanan. Dengan muka yang bagai diabadikan dengan imej sedang sarat kekenyangan, dia masih tetap yang terunggul di persada makan di negara kita walaupun dia jauh di London.

Jadi, tidak hairanlah ketika aku sedang mula mahu menjamah Mee Raja Ayam/Daging ku, imej tokya terus muncul. Mukanya terpacul di dalam pinggan bagaikan muka Ayahanda Abdul Wahub menyuruhnya mencari Sulaiman Akhlaken. "Ingat nama itu...Sulaiman Akhlaken".

Lalu aku mengambil peluang ini, untuk mengambil gambar2 makanan yang dipesanku dan kawan2 untuk tatapan saudara2 ku di perantauan. Terutamanya Tokya dan Razman. Tifi terkecuali kerana dia sudah pun pulang dan tak perlu di Saiko lagi.

Makanan yang disediakan di William's ini berbagai jenis dan amat sedap sekali. Aku hanya makan Mee Raja sahaja, sebuah hidangan yang aku rasakan paling tak berat. Itupun aku tidak mampu habiskan. Aku bungkus untuk dibawa pulang. Mungkin boleh bertahan selama seminggu lagi. Nyatanya, aku bukan Tokya.

Sebuah hidangan yang perlu saya tonjolkan di dalam entri ini adalah Pampas BBQ Beef Ribs. Bahagian tulang "ribs" lembu yang disaluti daging lembut dan dibakar bersama kuah yang manis dan enak ini, disajikan bersama Kentang putar dan Sayur2 ala coleslaw. Sungguh enak.

1 comment:

  1. Beef Carpachio

    ada jugak yg eja carpaccio tapi Carpaccio is a dish of raw beef, veal or tuna traditionally thinly sliced or pounded thin served as an appetizer.

    patutla kamu lebih selesa di daratan.

    ReplyDelete