Showing posts with label Masalah Buih. Show all posts
Showing posts with label Masalah Buih. Show all posts

3.8.10

Tenant.

-now the room is ready.
blog buih

I received my first phone call from somebody who was interested in the room that i was going to rent.

He's a Middle Eastern man.

He's doing his PhD here.

I met him last evening. And I was floored by his arrogance. From the start, he didn't even try to be nice.

He didn't like my room.

"There's another apartment for the same price with Bed, Cupboard, Study table and Aircond"
He said

"That's a good deal, get it quick before somebody else does." I replied happily.

Good riddance.

2.8.10

Hantu

-petang yang suram.
blog buih

Ofis aku ada hantu.

Memang dah sah. Tadi borak dengan kakak opis sebelah. Opis dia dah nak tutup. Aku dengan selamba pegi tawar dua ratus tiga puluh ribu untuk beli opis dia.

Dia terima.

Tapi dia kata hari Jumaat hari tu dia nampak hantu.

Hantu muka putih rambut hitam yang membuatkan dia tak boleh tidur malam.

Hari Jumaat tu jugak, aku ngan Zano pegi opis malam2 untuk amik kerja.

Sial la.

30.6.10

Mustahil.

-beruang koala ni pun lagi bijak dari kau.
blog buih

Aku selalu kena layan orang2 yang hantar resume. Kerja sebagai pembaca resume ni amatlah menarik.

Tapi hari ni ia menjadi lebih menarik. Sebab ada satu resume yang mustahil manusia yang hantar.

Muka surat pertama, cover letter. Dia siap tulis orang putih.

"Attached is my resume..blablabla"

Aku bukak muka surat pertama. Terpapar sebidang Sijil SPM. Lepas tu Sijik PMR. Lepas tu Sijil Bengkel Solekan Kecantikan. Lepas tu Sijil buat Arca.

Berbagai2 lagi sijil yang ada dalam tu. Aku belek satu persatu.

Sampai lebih kurang 12 sijil aku belek. Aku terus mencari. Mencari sesuatu yang tiada di dalam longgokan sijil2 yang dilampirkan bersama resume.

Aku masih keliru.

"Mana resume kau?" Bisik hati kecil aku. Aku hanya mampu pasrah.

"Nombor telepon pun takde, camane aku nak bagi kerja?"

13.6.10

Tunggu.

-banyak pilihan
blog buih

Paling best sekali masa World Cup.

Tunggu. Tahan. Buat benda2 bodoh.

Sampai start game pada pukul 2.30 pagi.

Lepas 10 minit - Tidur.

Nampak sangat dah tua.

10.6.10

Snort!

- Eiffel.
blog buih

Unrelated to the picture above.

Semalam aku pegi tengok A Team. Cerita ni memang best. Masa aku kecik dulu, first actor yang aku kenal adalah Mr T.

Hanibal,B.A Baracus, Face and Murdock tetap best dalam movie kali ini. Cerita dia kelakar dan banyak action2 menarik. Exactly like i remembered them.

Tapi yang spoil semalam. Aku duduk sebelah satu mamat ni. Datang dengan awek dia. 10 minit selepas cerita mula. Dia pun mula buat perangai.

"Snort! Snort!"

Aku biar je la. Takkan nak sound direct je.

"Acchum! Snort! Snort!"

Aku betul2 rasa tak comfortable. Takkan takde kesedaran sivik langsung mamat ni?

Dia tambah lagi pada episode perangai buruk dia dengan membawa keluar vicks entah dari mana. Harum semerbak wayang tu bau vicks. Nasib baik bukan minyak cap kapak.

Aku rasa awek dia pun tak senang dengan bau itu lalu menyuruhnya untuk menutup Vicks Vaporube dia.

"Ala..biar lah. Hidung i tersumbat."

Selepas aku keluar wayang, aku mula kena selsema. Bila sampai rumah je, tekak pun dah mula sakit2.

Hari ni kat pejabat, hidung aku berdarah.

Kalau tak sihat jangan duduk di tempat awam la.

7.6.10

Crazy Guy.


blog buih

My friends and I were waiting at the front of a karaoke joint, across from Berjaya Time Square. The traffic was hectic as usual.

Suddenly i heard a loud honk. A motorcycle went fast in front of a car. Apparently the bike had grazed the bumper of the car.

The car, went after the bike. The driver must have floored the pedal as it all happened really quick. I suddenly heard a loud noise. The car purposely ran into the motorcycle at full speed. The motorcyclist was lucky that he wasn't run over by the car. His bike was badly damaged. He got up but there was blood from his bruises.

The driver of the car was a Chinese man and he looked like in his 30's. Clearly there was an intention to harm the motorcyclist and the police should take a serious action on such road bullies.

20.5.10

That's mean.

-"Surprise!"
blog buih

"Mana list nama2 Stakeholder yang ada dengan kita?" Tanya akak peguam.

"Ni list dia, senarai ikut nama. Dari bulan 12 sampai la bulan 2." Jawab macai.

"Ohh That's mean, sampai bulan dua je?"

"Ye, sampai bulan dua je. Lepas dari tu kita tak dapat dah dari developer tu" Jawab penuh tenang.

"Oh..That's mean, duit ni duit Puan Siti?" Peguam terus bertanya bertalu2.

"Ye, mula2 dia bayar dulu, kemudian BPP bayar semula, jadi duit pendahuluan tu dah bagi balik." panjang lebar penjelasan kali ini.

"Ohh That's mean kita dah takde hutang dia apa2 lagi?" Terus dia bertanya.

"That means, takde." Jawapan pendek dan tepat.

That means ngan that's mean tu benda lain. Jangan confuse.

18.5.10

Kambing

-salad apel dan pokok2 hijau lain dalam peti es.
blog buih


Aku tengah semangat pemakanan sihat.

Jadi petang2 bila ada masa terluang balik dari opis, aku akan ke dapur untuk menyediakan sajian makanan sihat. Sebenarnya ini satu alasan baik untuk aku main masak2. Masak2 tu hobi aku no 20.

Penolong aku kat dapur, seorang minah negara jiran. Banyak cakap. Tak berhenti2. Kadang2 aku senyap buat malas nak layan. Lagi dia banyak cakap.

Selesai aku potong lettuce coral dan romaine, aku campakkan ke dalam mangkuk plastik dan bawa ke sinki. Aku basuh satu persatu. Masa tu dia keluar dari mana entah lalu bertanya.

"Uih! Banyaknya sayur, Abalong dah jadi kambing ke?"

Nasib baik Malaysia tak masuk final, negara dia masuk final. Kalau tak aku dah maki dah.

17.5.10

Headhunting


blog buih

Ade satu awek. Aku nak jumpa dia lagi. Tapi aku tak tau mana nak carik dia. Aku kena menggunakan kaedah cuba2.

11.5.10

Peah

-copeland. best. tapi dah farewell tour.
blog buih

"Makcik nak bayar duit Stamp Duty" Kata makcik yang tetiba terjengah kat dalam opis aku.

"Ok, bak meh duit ngan surat kitorang. Saya nak refer file mana." Aku jawab selamba.

"Nama makcik apa?" Aku tanya makcik yang tercegat pakai tudung oren. Aku terpaksa keluar dari bilik aku untuk melayan karenah dia. Orang lain semua takde kat opis.

"Nama makcik Rafeah Bakar." Makcik jawab penuh jujur.

"Hngst Hngst" Aku cuba nak cover gelak. Tapi tak berjaya.

29.4.10

Scorponok

-kesian. demam.
blog buih

"saya nak mintak MC"

"sakit ape?" tanye Doctor.

"saya terperangkap dalam bubble"

"Tu la, siapa suruh main dengan Scorponok.."

Scorpions are jerks.

14.4.10

Leka

-Ni pun antara alat leka terbaik. Tau2 je dah dua jam.
blog buih

Kat sebelah tangan aku tergenggam telepon. Aku berdiri depan lif. Perut lapar nak turun beli cekodok. Kalau kena Nescafe Ais sekali pun cara gak.

Aku tekan butang tunjuk arah bawah.

Seorang amoi lalu. Dia senyum.

"Mungkin mengah naik tangga kot minah ni." Bisik hati kecil aku sambil pandang ke muka telepon.

Seorang brader lalu. Mullet agak bersepah. Brader tu senyum kat aku.

Aku berdiri lagi depan lif. Terus aku pandang muka telefon aku.

Seorang makcik lalu. Badan agak gempal2. Macam separuh mati dia muncul dari tangga itu. Makcik ni pun senyum kat aku.

Aku dah tak tau ape nak tengok lagi kat telepon aku.

Baru aku teringat. Lif rosak.

"Ape kejadahnya aku tunggu depan lif ni?" Aku maki diri aku sendiri. Perut pun rasa cam tak lapar. Kalau aku turun bawah beli cekodok, by the time naik atas dah lapar balik dah. Baik aku duduk dalam opis.

"Kurang2 boleh buat blog..."

8.4.10

Bekam


blog buih

Pening kepala? Rasa tak sihat?

Teknik perubatan tradisional sket...

5.4.10

Photography Outing @ the Curve.


vedder in bokehistan
blog buih

Malam Sabtu. Takde apa nak buat. Dari tengok Abang Berba buat lawak sarkis, baik pegi amik gambar.

Malam yang penuh informatif untuk mengambil gambar.

Model je takde.

2.4.10

Nak Makan Kasut?


-makan kasut sendiri, jangan makan kasut aku. Kasut aku ori.
blog buih

Aku jarang bengang ngan orang. Seboleh2 aku nak buat lawak walaupun aku tengah nak fed up ngan orang tu.

Tapi aku ade kelemahan ngan orang yang pitch tinggi. Takde ape2 tengah duk lepak2 tengok komputer pun suara dia tinggi. Nak gi makan pun suara dia tinggi. Nak datang amik duit gaji pun suara tinggi.

Tapi kalau aku suruh nyanyi lagu Agnes Monica mesti merangkak2 jugak.

Muka memang jauh la dari Agnes Monica.

Tadi aku berdiri mengadap photostat machine. Kat tangan aku ada file. Ada orang nak saman orang lain dan aku kena scan gambar tempat berlaku kerosakan pada bangunan.

Dengar citer orang2 lain kat opis, photostat machine ni dah maju. Boleh scan terus pegi computer. Lalu aku bertanya dengan agak sopan.

"Kak, camane nak scan pakai mesin ni?"

Lalu dia jawab dengan pitch setinggi2 alam. Macam Mariah Carey part last2 lagu Honey.

"Nak scan? Scan la!"

Panas beb...panas gile..

31.3.10

Kumpulan perempuan Korea comel2.

Blue rose [81/365]
-bunga lama kaler biru.
blog buih

Mula2 syok gak aku tengok. Usha2 kat Youtube. Tengok diorang joget comel2. Lepas tu ada satu tu buat lagu yang jenis melekat kat kepala tak nak keluar2.

Sampai perform kat New York.

Tapi kalau dah sampai banyak sangat kumpulan kugiran modal sama, aku dah tak boleh belah dah. Memang tunggu nak kena kutuk je. Senang betul dia kutip je 5 awek Korea, joget2 sikit. Dah siap dah band.

cuba amik 5 orang awek Melayu letak dalam band. Nak tau jadi ape?


18.3.10

Gang Buntu.


-vandalisme jujur.
blog buih

Ok, Let's face it. Facebook ni mengakibatkan banyak masalah. Antara masalah yang paling ketara untuk aku akhir2 ini adalah masalah penggunaan bahasa Ingerris.

Bayangkan kita tekan butang untuk new status.

"Apa aku nak tulis ni? Dalam BM ke? Dalam English ke?" Soalan2 ini tentunya menerjah masuk ke dalam benak fikiran semua orang.

Berapa lama waktu yang paling optimum yang patut diambil oleh seseorang ketika hendak update status mereka?

Kalau rasa tak confident, sila betulkan status. Sila semak dan kemaskinikan semula. Jangan jadi macam status yang aku nampak pagi tadi;

"Thanks for all your supported"

Belum sempat apa2 aku dah delete dia dari senarai kawan2 aku.

Situasi seakan2 serupa juga didapati apabila seseorang mahu membuat album di Facebook. Soalan pertama yang diterjah komputer adalah, Album Name.

Memang lah Facebook anda akan tanya dalam Bahasa Inggeris. Tapi ini tak bermakna kena tulis nama album tersebut dalam BI.

Hari ni aku ternampak satu album gambar.

"Me in Memory".

Dalam kesibukan hendak mengemaskini Facebook dan membuat kerja2 lain di pejabat, tentu sekali ada kesilapan dan typo yang berlaku. Tiada orang yang sempurna tapi semak2 lah kalau tak yakin.

Selain dari dua perkara berbangkit di atas, ada lagi kejadian2 pelik yang berlaku. Namun rasanya benda2 begini hanya terjadi sekali sekala dan tidak mungkin berulang lagi. Antara perkara2 yang hampir tahap mistiknya dengan Sudin Ajaib adalah :

1) Cut and Paste dari carian Google ke status namun masih salah.

2) Tulis Status anda di Wall orang lain.

Sekian.
Walahualam.

Mintak mahap tok...


-Horror gak costume diorang ni...
blog buih

Kalau korang pernah sampai Sentul, mesti korang dah tau parking memang tak cukup. Tiap2 kali aku pegi bank, aku buat selamba je parking kat tempat tunggu bas. Bukan banyak sangat orang nak naik bas pun. Aku cepat2 masuk ke dalam. Selesai urusan aku jalan semula ke arah kereta.

Pak guard tu senyum sambil tolong bukak kan pintu.

Bukannya aku tak reti bukak pintu bank, mungkin pak guard tu takde keje lain kot.

Dua tiga langkah aku keluar bank, aku perasan kereta polis. Pelan je dia bawak. Pastu pasang pulak signal. Lip Lap Lip Lap.

"Ah sudah..nak kena saman pulak." aku dah mula cuak. Kereta aku agak jauh lagi. Nak kena amik satu lap, panjat tangga baru sampai.

Polis tu perasan aku terhegeh2 nak lari kat tepi tu. Aku dah mencungap2 dah.

Dia tunjuk2 kereta aku dengan jari telunjuk. Aku angguk seolah berkata;

"Tolong la jangan saman saya, maafkan saya tok.."

Sebelum diorang belah, polis yang duduk belah kiri tu siap senyum kambing lagi.

15.3.10

Come on, stop doing that to me.


-aku tengah blur nih
blog buih

"Come on, jangan buat lawak macam ni.." terdetik perkataan tersebut di dalam hati.

Aku terus tekan punat2. Belasah semua semberono. Tak tahu yang mana satu yang boleh selesaikan masalah. Secara restospektifnya, aku tekan semua untuk melepaskan geram dari untuk mencari penyelsaian.

"Kenapa modem aku yang disambar kilat lagi?" tanya aku pada yang maha Esa.

-memoir dari Subang Jaya, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat modem kena sambar tiap2 minggu.

Why friends say the darnest things?


Percaya tak kalau saya cakap, kamera ni lagi muda dari kawan2 saya?
blog buih

Petang Sabtu. Hujan sudah mulai turun rintik2. Tak sesuai untuk tengok bola kat luar. Lalu aku ajak kawan2 aku datang ke rumah. Mama pun takde kat rumah. Boleh la ramai2 duduk kat bilik tv sambil layan bola.

"Mat, ko kat mana?"

"Kat fifteen"

"Ko nak tengok bola kat mana?"

"Kat Mok Nik kot."

"Tak payah la tengok kat sana, you come to my house"

"Rumah ko kat mana?"

Kawan 20 tahun. Mustahil tak tau rumah aku kat mana. Tapi tak mustahil tanye soalan2 bangang macam ni.

Setelah datang semua kawan2, aku keluarkan satay yang aku beli petang itu. Mereka pun datang bawak buah tangan. Kep je tak bawak.

"Mak ko gi mana wei?"

"Mak aku gi China"

"Huh? Pegi mana?"

"Pegi China!"

"Dia pegi....bawak keta ke bai?"

"Kepala Hotak kau..."

"Abih tu keta mana?"

"Keta kat wokshop aa!"

Ni aku tak tau ah ape nak jadi. Kadang2 sampai rasa malu pulak kalau ade orang luar terdengar...