18.3.10

Gang Buntu.


-vandalisme jujur.
blog buih

Ok, Let's face it. Facebook ni mengakibatkan banyak masalah. Antara masalah yang paling ketara untuk aku akhir2 ini adalah masalah penggunaan bahasa Ingerris.

Bayangkan kita tekan butang untuk new status.

"Apa aku nak tulis ni? Dalam BM ke? Dalam English ke?" Soalan2 ini tentunya menerjah masuk ke dalam benak fikiran semua orang.

Berapa lama waktu yang paling optimum yang patut diambil oleh seseorang ketika hendak update status mereka?

Kalau rasa tak confident, sila betulkan status. Sila semak dan kemaskinikan semula. Jangan jadi macam status yang aku nampak pagi tadi;

"Thanks for all your supported"

Belum sempat apa2 aku dah delete dia dari senarai kawan2 aku.

Situasi seakan2 serupa juga didapati apabila seseorang mahu membuat album di Facebook. Soalan pertama yang diterjah komputer adalah, Album Name.

Memang lah Facebook anda akan tanya dalam Bahasa Inggeris. Tapi ini tak bermakna kena tulis nama album tersebut dalam BI.

Hari ni aku ternampak satu album gambar.

"Me in Memory".

Dalam kesibukan hendak mengemaskini Facebook dan membuat kerja2 lain di pejabat, tentu sekali ada kesilapan dan typo yang berlaku. Tiada orang yang sempurna tapi semak2 lah kalau tak yakin.

Selain dari dua perkara berbangkit di atas, ada lagi kejadian2 pelik yang berlaku. Namun rasanya benda2 begini hanya terjadi sekali sekala dan tidak mungkin berulang lagi. Antara perkara2 yang hampir tahap mistiknya dengan Sudin Ajaib adalah :

1) Cut and Paste dari carian Google ke status namun masih salah.

2) Tulis Status anda di Wall orang lain.

Sekian.
Walahualam.

1 comment: