-Boooo!!!
blog buihPuas aku carik. Aku angkat baju-baju berlipat. Aku tarik semua laci. Aku punggah segenap pelosok bilik.
"Kalau aku tak jumpa benda tu, macam mana aku nak beri nyawa pada besi2 buruk dalam tangan aku ni?"Fikir aku sambil terus menggeledah.
Aku cuba sebaik boleh untuk tidak cari di sebuah tempat yang paling aku tak suka. Bawah katil.
Akhirnya, aku terpaksa tengok sebab dah habis tempat lain semua aku selongkar. Aku pun turun melutut. Aku selak kain yang menutup bawah katil. Aku tak suka kerana banyak habuk dan juga kerana banyak benda yang aku tak nak jumpa ada kat bawah tu. Namun benda yang aku cari masih tiada.
Aku putus harapan. Kalau aku jumpa alat tu, cerah hidup aku. Aku mahu letak semula besi2 itu di atas meja. Aku pandang ke depan.
Di soket elektrik itu, tesergam indah menusuk ke dalam tiga lobang di dinding, charger battery flash aku.
No comments:
Post a Comment