21.4.09

Old boys weekend (part trois)

- Big tree di waktu malam.
blog buih

Aku dan ahli2 keretaku keluar makan di sebelah kedai Karaoke KK OK. Sekarang kedai karaoke tu dah maju. Tapi kedai nasi lemak favorite tu dah takde. Dah diganti dengan kedai lain. Ok jugak masakkannya.

Lepas makan kami bergegas ke konsert. Ada band yang macam tak nak turun2 dari stage. Main lagu sama tiap2 tahun.

Ada band bawak singer perempuan yang cun, so Hargreaves Hall terhibur. Senang je nak hiburkan budak2 koleq ni.

Kemudian kami pusing2 Ipoh. Saje je bawak keta jalan2 sampai Ipoh.

Bila balik, semua orang dah tidur. Aku join diorg di Dorm 4. Ramai yang sudah pun diulit mimpi.

"Peah, nanti tulis kat Blog Buih" kata Pyan.

-Ni aku dah tulis dah ni.

Esoknya, pagi2 aku dah bangun. Seluruh badan aku sakit2. Aku tertidur di atas lantai. Tiada ruang lagi di atas tilam. Setelah bersiap2 dan kelihatan segak dan tampan, aku terus bergegas dengan Bulat untuk ke Yut Loy.

"Ah Shit! Gile ke diorang ni tutup masa Old Boy Weekend?" aku separa menjerit ketika lalu di hadapan kedai antik itu.

Dengan saki baki semangat breakfast yang punah kerana tutupnya tempat makan bersejarah itu, aku terus ke Kedai Pau kat lembah. Selepas makan kami tengok game rugby.

Game Rugby pagi Ahad adalah upacara penutup tirai Old Boys Weekend setiap tahun. Pertarungan tahun ini sungguh epik sekali.

Akhirnya Present Boys berjaya mengatasi team Old Boys.

Selepas perlawanan itu, seperti biasa semua orang berjabat tangan dan bersalaman sebelum pulang ke dunia realiti. Where our age matters.

Well, at least once a year, the boy in me gets a chance to roam the fields of MCKK.

* aku frust sebab by the time nak amik gambar MCKK dengan sticker blog buih, battery camera kaput.

2 comments: