-Nana ambil kesempatan ke atas pelajar UM.
blog buih
Masa tu time makan tengahari. Aku makan dengan Zano, Sapet dan officemate Sapet. Tengah makan2 tu tetiba ada seorang awek lalu. Dia datang dengan boyfriend dia. Nampak macam mewah.
Aku continue makan. Sampai habis makan, kami borak2. Kemudian dia lalu lagi. Kali ni nak pergi basuh tangan pulak. Aku pun bangun lalu pergi untuk basuh tangan kat sebelah dia.
Tengah2 basuh tu, baru aku perasan, sabun buku yang hanya ada setengah biji tu ada di sebelahnya. Aku nak pakai sabun. Kalau tak mesti melekat bau lauk nanti. Aku kumpulkan semengat untuk menjadi "suave". Bukan aku nak usha dia pun. Dia dah ada Boyfriend. Lagi pun dia pangkat kakak. "A very very hot kakak"
Aku pandang je sabun tu. Apa aku nak cakap? Adakah patut aku panggil dia kakak? Nanti dia ingat aku sindir dia tua..tapi kalau panggil adik? mesti dia ingat aku ni bodoh. Aku kena susun strategi yang paling tidak pun kena suave macam Pierce Brosnan masa jadi James Bond. Paling tak pun aku kena cakap something yang membuatkan dia pikir "comelnya...macam Pei Pei!"
Aku tarik nafas dalam2.
"Pinjam Sabun..."
Shit! What the f***?!! Apasal itu yang keluar dari mulut aku? "Pinjam sabun?" Dia tak cakap ape pun, sebaliknya dia menganjak kebelakang sedikit. Mungkin dia takut aku ni pervert. Pervert yang suka main sabun.
Aku capai sabun tu. aku gosok2 sedikit pada tanganku. Aku sambung basuh. Tunggu dia pergi baru aku beredar.
Masa dia mahu pulang, dia jalan sebelah meja kami dengan boyfriend dia. Sampai sebelah meja kami, dia pegang tangan boyfriend dia erat2.
Mana ah aku tau..James Bond mana pernah pinjam sabun....
Bunga dan Angsa Terbang Mendapat Perbatasan
-
Too much time doing book work today. Sometimes it seems so unfair that I
can't quilt all the time like I really want too. lol
Bunga dan Angsa Terbang Saya ...
2 years ago
hahaha... pinjam sabun?? hahahahahaha..
ReplyDeleteaku kena berlatih lagi la abangpit..tolong la beri tunjuk ajar...
ReplyDeletePINJAM SABUN?? what the fuck? PINJAM SABUNNNN???!!?!?! im disappointed peah
ReplyDeletecome on peah, takkan pinjam sabun kut?! hehehe
ReplyDeleteabih tu nak suh cakap ape?
ReplyDelete"u see that sabun babe?are you thinking what i'm thinking?"