-Overflow ke Overfloor?
blog buih
On the way back dari futsal semalam, aku terserempak dengan sebuah kereta yang terasa laju. Watak sebenar kereta itu adalah sebuah Proton Wira circa 2000. Tapi sebab dia dibikin dengan begitu dashyat sekali, akud ah tau samada dia sedar diri dia Wira lagi atau tidak. Macam parrot dalam cerita 102 dalmations yang ingat dia anjing.
Dari traffic light dekat Summit dia dah pecut. Aled dah masuk ke USJ 2, aku terus lagi. Aku terserempak dengannya kat traffic light sebelah USJ 5.
Hijau! Dia pecut lagi. Aku makan asap je. Aku bawak perlahan. Aku berhenti di sebelahnya di traffic light berhadapan dengan USJ 3.
Lampu masih merah. Aku perhatikan kereta itu. Pemandunye pemuda Tionghua. Berspek tebal. Ada lagu2 dengan bass berdentam dentum. Di sekeliling kereta ada pelekat CJ7. Pemuda itu perasan aku memandang kearah keretanya. VroooM!! VRooooMMM!! dibunyikan kereta itu dengan kuat.
Hijau! laju kereta itu meninggalkan aku. Aku hanya nampak dari jauh dia sudah menaiki jambatan yang merentas KESAS. Aku terus pandu perlahan. Sampai tiba di lampu isyarat bersebelahan dengan SS19. Dia dihadapan sekali.
Hijau! Sekali lagi dia menekan minyak. Bunyi kereta yang kuat berselang seli dengan bunyi lagu2 Feng Tao memecah keheningan malam.
Aku terus memandu. Rumah aku selepas selekoh dihadapan. Aku mahu mandi air panas kemudian tidur dengan enak. Mungkin aku patut tengok Heroes yang baru habis download dulu sebelum tidur.
Tiba2 aku nampak asap tebal. Aku sudah risau. Aku teringat video clip 'Jangan Tegur' yang aku lihat siang tadi. Aku terus pandu perlahan. Aku nampak satu lembaga di tengah jalan, ia menjadai bayang2 di balik asap berkepul-kepul. Bila aku sampai ketepinya. Separuh dari kereta itu di atas jalan, separuh lagi di dalam longkang. Pemuda itu masih di dalam kereta. Tiada orang yang berhenti untuk membantu. Aku tengok dia sudah menelefon seseorang dari dalam kereta. Aku terus pandu ke arah rumah.
Sambil tunggu nak mandi aku pasang Heroes. Aku duduk sebentar. Lalu, Peter Petrelli memerhatikan aku tidur hingga pagi.
Bunga dan Angsa Terbang Mendapat Perbatasan
-
Too much time doing book work today. Sometimes it seems so unfair that I
can't quilt all the time like I really want too. lol
Bunga dan Angsa Terbang Saya ...
2 years ago
No comments:
Post a Comment