blog buihDiantara banyak2 benda yang aku mahukan, sebuah sunglass Oakley sentiasa berada at the top of my list. Dari kali pertama aku beli sunglass, I've always wanted an Oakley. Tidak pernah aku mampu beli. Hari ini sejarah berubah.
Aku ada
Ducati Hijinx.
Sementara itu, Zano beli
Ducati Fives.
Kami berdua berlagak dengan pembelian kami di sekeliling ibu kota pada waktu tengahari.
"Ish! aku bawak keta pun dah malas nak pandang depan dah ni...aku asik nak tengok muka aku je ni No!" kata aku sambil memandu perlahan.
"Hahahaha" gelak Zano sambil memerhatikan dirinya di dalam cermin. Memastikan gelaknya sesuai dengan Cermin Mata Hitam Macho itu.
Sungguh Bimbo kami di Kuala Lumpur hari ini.
*************************************************************************************
Aku pakai sepanjang perjalanan pulang dari office. Jam dah menunjukkan 7 Petang. Aku masih pakai. Aku rasa macam budak kecik yang baru dapat baju koboi satu suit.
Minyak sudah berkelip2. Aku yang dalam perjalanan ke Darus singgah di Petronas tepi Balai Polis kat SS17 tuh.
Aku pergi ke kaunter. Aku letak duit Lima puluh atas kaunter.
"Bagi minyak doploh bang!" Aku senyum, tapi sedikit saja. Sengetkan sikit kepala, biar dia nampak O berwarna merah itu.
Dia bagi balik tiga keping duit kertas warna merah.
Aku pergi ke kereta. Aku perhatikan raut wajah aku di cermin kereta. Kemas. Pilihan yang tepat. Aku kelihatan sungguh tampan dan gagah.
Selesai semua itu, aku masuk dalam kereta. Aku pandu ke bawah flyover untuk ke SS15. Keadaan di luar sudah semakin gelap.
"Terang lagi kot, lensa iridium ni memang buat gelap sikit" Aku memberi alasan pada diri sendiri untuk terus pakai. Sikit saja lagi sampai kat Darus.
Traffic light sudah hijau. Aku mara ke hadapan. Tetapi aku belok ke kiri. Kemudian aku pusing balik ke Petronas.
Aku terlupa isi minyak doploh hinggit tadi.Sialan!
hahaaah.. inilah dia vain sgt .. kkikiiiik
ReplyDeletehahahahahhahahha...itu la padah orang angkuh. ehehehehe.
ReplyDeletehahaha.. apa peah, jangan aaa vain sangat.. 20ringgit tuh banyak untuk orang seperti saya untuk mengisi minyak selepas peniggalan awak .. :p
ReplyDeleteOwh..itu tidak mengapa..janji anda tp hensom dgn kacamata hitam itu..kikikikiki
ReplyDeletemomma: at least saya RM20 je..tak sampai ratus...
ReplyDeleteHajar: nasib baik takde orang datang isi je kat siu..
I dah patah balik tu, park kat bay yang sama...then usha2 kaunter, takut ade orang perasan. Cepat2 isi. then masuk keta lari..sambil tergelak2 seorang diri....
nasib baik takde orang kat situ. haha
ReplyDeletehahah.. memang bell!
ReplyDeleteGulp! nak beli Oakley gak ah cam ni! :D
ReplyDeleteyeah! saya dah join club peah dan zano.
ReplyDeleteerr....sori nak menyampuk....
ReplyDeletetapi ni citer paling lawak yg paling benar dan benar2 berlaku abad ini,,,hahaha....
ada jugak peristiwa begini berlaku... :p
takpe nyampuk la...nak buat camane...dah nak jadi...
ReplyDelete