blog buih
"Ini ape ni?" aku tanya dalam separa jahil. Aku hanya cam tulisan sony di depan kamera. Aku tak pandai bab kamera2 nih.
"Ni kamera Sony A200 aku. Best. Aku suka" Jawabnya bangga sambil menuding ke arah kamera dengan menjuihkan bibir.
"Yang ni pulak ape?" aku tunjuk ke arah satu bongkah diatas kamera yang digunakan untuk mengeluarkan cahaya.
"Ini flash aku. Aku panggil dia Cobra." Dia kata sambil mengusap2 tengkuk cobra.
"Tengok kepala dia..boleh gerak2 ketepi macam ni.." Sambil berkata2 dia melipatkan tangan seolah2 ia ular tedung yang sedang berdiri di alun serunai pembela ular di jalanan.
"Oh..ada nama siot flash die." Hatiku berbisik. Lalu aku terus memerhatikan ia beraksi lincah dengan flashgun yang seakan2 haiwan peliharaannya itu. Setiap dua tiga kali mengetip picu untuk mengambil gambar, dia alihkan kepala Cobra menghala ke arah lain. Sekali sekala di tarik ke tepi pula untuk mengambil gambar vertical. Cobra menurut manja stiap arahan tuannya.
*******
Dia terduduk kepenatan. Ditepuk2 kepala Cobra beberapa kali. Diselang pula dengan senyuman yang terukir mungkin kerana berpuas hati dengan prestasi Cobra di kenduri kahwin itu.
"Cobra, kita tangkap gambar lagi nak? ...Nak tak?" Tiba2 soalan itu diajukan pada Cobra. Cobra senyap membisu. Aku tercengang melihat perbualan di luar tabii ini.
"Kenapa?Cobra penat ke? Bateri habis eh?Cian Cobra" Dia bercakap slanga manja ala pasangan kekasih. Sambil itu diurut2nya tengkuk cobra. Kepala Cobra diusap mesra.
"Cobra, kita tangkap gambar lagi nak? ...Nak tak?" Tiba2 soalan itu diajukan pada Cobra. Cobra senyap membisu. Aku tercengang melihat perbualan di luar tabii ini.
"Kenapa?Cobra penat ke? Bateri habis eh?Cian Cobra" Dia bercakap slanga manja ala pasangan kekasih. Sambil itu diurut2nya tengkuk cobra. Kepala Cobra diusap mesra.
*******
Aku bingkas bangun. Pergi ke meja sebelah kerana takut dengan apa yang baru aku nampak. Aku percaya ini adalah akibat dari kepercayaan songsang menyembah flash yang kerap diamalkan oleh pengguna2 Sony Alpha. Sambil aku bangun, aku terdengar samar2 perbualan satu hala diantara mereka berdua.
"Kenapa Cobra tak nak cakap ni? Merajuk eh?..Cobra..Cobra...Jawab la..."
"Kenapa Cobra tak nak cakap ni? Merajuk eh?..Cobra..Cobra...Jawab la..."
*******
Jangan taksub dengan flash. Kalau ngan kamera, takpe.
ahahaha...dem u!
ReplyDeleteROTFL!!!
ReplyDeleteterbaek peah!
HAHAHAHAHA.
ReplyDeleteahahah ... ala bucuk bucuk cobra ..
ReplyDeletehahahahaha... gila psiko wei cakap dengan cobra!!!
ReplyDeletehahahahahhahahahahaaha
ReplyDeletebukan siri bercakap ngan Cobra ke?hahahaha
ReplyDeleteni tahap obsessi melampau nih!
ReplyDeleteni belum cerita bercakap dengan payung.
ReplyDeleteha ha ha ha ha
ReplyDeleteeh. ngan kete pun dia bercakap budak ni.
ReplyDeletenama kete dia WANA.