4.4.09

Magazines. What do you read?

-aku tak nak jadi macam mamat yang baca magazine bola je sampai bila2.
blog buih

Setelah beli kasut yang aku amat sayang itu, hasil dari titik peluh kawan2 aku, aku pergi ke kedai magazine harapan aku. Selvam kat depan Asia Cafe.

Dari kecil lagi aku memang sangat suka membaca magazine. Aku selalu kumpul berbagai jenis majalah. Majalah pertama yang aku significantly kumpul adalah FHM Malaysia. Then I was intorduced to the foreign FHM's and thus, aku sudah buang semuanya. Bilik yang terlalu banyak FHM adalah sangat merbahaya untuk kesihatan.

Kemudian aku kumpul Bass Player. Aku masih ada koleksi ini.

Koleksi tertua aku adalah koleksi majalah komik. Ini semua hasil dari zaman2 DCM, Mind Shop, Comics Corner sedang berleluasa. Komik2 ini masih ada. Aku simpan dengan baik. Dengan harapan satu hari nanti ada orang mahu membelinya dengan harga 10,000USD.

Sekarang ni, tabiat membaca magazine aku sedang mengalami satu lagi metamorfosis. Dalam evolusi ini, aku sedang terkapai2 mencari majalah yang sesuai untuk aku baca.

Magazine yang aku kerap beli sekarang adalah Digital Photography (malaysian edition). Cukuplah sekadar mengisi rasa ingin tahu aku tentang photography.

Hari tu aku beli Junk. Aku tak baca sangat pun. Hampa. Sesuai ngan nama di kulit majalah itu. Iklan arak je besar. Takde benda best untuk aku baca.

Aku tak nak beli FHM lagi. Sebab aku rasa macam terlalu santai.

Bass Player aku rasa dah jadi macam siaran ulangan.

Tadi aku beli Off the edge. Mungkin yang ini bagus untuk aku. Aku kena mula baca magazine "orang tua".

Ape lagi magazine di luar sana yang patut aku baca? Tolong beri cadangan.

Aku tak nak magazine yang macam ada banyak gambar perempuan pakai bikini dan gaya seksi. Lebih2 lagi kalau perempuan itu perempuan Melayu. Aku tak nak magazine pasal music sangat. Aku rasa macam dah tak penting sangat. Aku happy dengar playlist lagu2 90's ni.

Aku juga tak mahu membaca majalah bola sahaja. Namun majalah bolasepak ada gunanya. Terutama ketika menunggu aku mengambil IC.

Walaubagaimanapun, untuk berbuat demikian, koleksi majalah bola sepak itu haruslah disimpan di dalam kereta.

3 comments:

  1. 1) reader's digest
    2) national geographic
    dan saya tak baca satu pon kat atas.

    dulu2 majalah MASSA terbaik.sekarang dah tk wujud lagi kot?

    ReplyDelete
  2. majalan? ok nanti aku usha...tapi complex2 sangat aku tak paham ah pasal duit nih.

    ReplyDelete