29.4.09

Pong.

- Satu team rugby ni tak sebusuk ni.

blog buih

Kalau kat sekolah dulu, ia dipanggil Pong. Contoh ayat : "Wei! bapak pong ah kau nih!"

Maknanya " Wei, tersangat2 busuklah kau ini."

Bukan ""Wei bapak kau busuk"

atau

"Wei, bak meh bat ping pong tu aku nak main.."
**************************************************************************************

Lampu di lif menyala. Menandakan lif sudah sampai. Sudah tiba untuk menjemput aku ke bawah. Ingin mencari makanan.

Hari ni aku nak start diet yang lebih sihat. Lunch makan buah sahaja. Buah ape, itu kita tak tau..mungkin Nasi lauk dengan masak lemak daging salai dan telur asin di atas pinggan yang ada hiasan buah betik?

Kalau ikut teori diet aku, dah cukup syarat dah tu. Sebab ada gak betik..

Pintu terbuka. Kelibat seorang jejaka India berlalu bersama seorang wanita India yang agak obese. Aku terpaksa menganjak ke tepi.

Aku masuk dalam lif. Pintu tertutup. Tiba-Tiba! Bau busuk!!!

"ARGGH tolong la aku!!" jerit aku sendiri.

Busuk macam nak bunuh orang.

Masalahnya, boleh ke bau badan melekat kat dalam lif? Dia sapu2 peluh dia kat dinding2 lif ni ke?

Orang India memang busuk ke? Itu kita tak tau. Aku kena tanya kawan aku yang telah melakukan adultery dengan orang India.

Pintu lif terbuka. Angin deras meluru masuk. Memberi aku kelegaan bernafas. Aku melangkah keluar. Aku ada dua masalah.

1) Aku dah tak rasa lapar.

2) Awek yang naik lift dari tingkat bawah tu macam cun. Tapi bila dia naik lif tu sure die syak tu aku pong.

Lalu aku carik kedai yang ade pakai pinggan bermotif betik atau sayur-sayuran.

No comments:

Post a Comment