2.4.09

Gedebap!


blog buih

Aku rasa tak sihat hari ni. Dari semalam lagi sebenarnya. Hari ni makin teruk. Pening kepala dan rasa mahu demam.

Jadi tadi aku tidak turun makan. In fact hari ni all that I ate till lunch was just 3 spoond of Meehoon goreng. That's something that you don't see often.

Ok. So at around 3pm, bila kedai2 sibuk di bawah opif sudah pun reda, aku turun ke bawah. Ingin mencari makanan. Tekak aku macam tiada selera. Aku terpikir hendak makan biskut sahaja.

Aku turun lalu beli sebungkus biskut. Kemudian aku singgah di restoran sebelah. Mana lah tau kalau2 ada bubur pulut hitam. Aku tak pernah tak selera makan bubur pulut hitam.

Sedang aku berjalan ke tempat bubur, "GEDEBAP!!!"

Aku pandang ke tepi, di celah lorong yang ada banyak lauk-pauk, terkujur badan seorang pakcik. Pakcik itu agak besar. Lebih kurang ngam2 la masuk dalam aisle antara lauk2 tu. Cepat2 datang si pembantu kedai mahu tolong dia bangun. Namun, kasut pakcik itu licin. Lagaknya seperti orang yang jatuh kat dalam ice skating rink kat Pyramid tu. Sambil orang nak tolong bangun, kakinya mencari2 genggam di atas lantai yang licin. Akhirnya dia berjaya bangun.

Aku?

Aku hanya terlopong. Tak mampu membantu kerana kaget. Berjuta2 neuron segera menghantar mesej "Jangan gelak, Jangan gelak, Jangan gelak".

Pakcik itu bangun. Dia pandang aku yang sedang melopong. Kaku. Tak mampu aku berkata apa2. Aku hanya mahu tengok macam mana reaksi dia.

Dia seret2 kakinya di tempat dia jatuh. Kemudian dia undur dua tiga tapak, digosoknya lantai sekali lagi.

"Yang kat sini licin, yang kat sini tak berapa licin sangat" katanya dengan penuh macho.

Sebelum aku gelak, baik aku blah.

4 comments:

  1. kalau kau gelak.. memang tak patut laa...

    ReplyDelete
  2. hehe... lepas blah trus gelak... iye x??? hehehe... gurau je..

    ReplyDelete
  3. control macho lg pakcik tuh...

    ReplyDelete
  4. tak.

    dah puas gelak dalam hati.

    ReplyDelete