blog buih
Gambar di atas di ambil di Sapu Lidi. Sapu lidi adalah sebuah restoran yang unik yang terletak di atas pergunungan sekitar Bandung. Keunikan Sapu Lidi ditambah lagi dengan kehadiran sawah dan juga tasik buatan yang cantik. Terasa seperti sedang makan2 di kawasan kampung. Lauk pauk nya juga cukup enak.
Paling enak ketika di sini adalah ketika menikmati ikan Gouraminya. Rasanya sedap dan lebih enak lagi ketika di makan bersama Keredok (Sejenis sayuran macam Pecal) dan Nasi. Selepas makan, kami berjalan2 disekitar kawasan Sapu Lidi.
Di samping Sapu Lidi, tempat yang mesti dikunjungi jika ke Bandung adalah di Kampung Daun. Tempat ini sudah pun menjadi amat terkenal di kalangan pengunjung oleh kerana keunikannya menyatukan alam semula jadi dan juga hidangan menarik ala Sunda. Hasil dari kesinambungan dua elemen ini telah berjaya meninggalkan impak yang mendalam kepada setiap pengunjung.
Di sini, saya telah mengambil peluang untuk menikmati masakan Nasi Timbel bersama Belut dan juga Bandrek Jagung. Sedap tapi pelik sedikit. Pengalaman menikmati jamuan dikelilingi hutan dan kesejukan di kawasan pergunungan dan juga dengan desiran air terjun yang berdekatan membuatkan pengalaman ke Kampung Daun cukup berharga sekali.
i've went to kampung daun also..makanan dier memang best..bak kata org bandung "maknyuss"...
ReplyDelete