28.12.08

Hujung minggu krismas yang amat menarik.

Cuti hari isnin melengkapkan cuti yang amat panjang. Bermula dengan krismas pada hari Khamis. Hingga semalam, nampaknya semua orang sudah terlalu sangap. Kawan2 aku lantas mengajak aku berjalan2. Dengan menaiki kereta "naik bukit" Xul, kami lantas bergerak.
Ni masa jalan2 kat The Curve. Tiket Yes Man dah habis. Jadi terpaksa la berjalan2. Nak carik port minum. Tapi semua nampak sangap.
Ni pula bola2 kecil yang digabung2 untuk menjadi hiasan tahap "gargantuan". Kalau diperhatikan dekat2, kelihatan xul sedang menempek di tepi aku.
Cantik pokok ni. Oleh kerana kami masih kekenyangan setelah makan dengan banyaknya di Uptown, kami pause sekejap di sini. Lagipun di tepi2 tangga depan cineleisure ni ade banyak awek2 sedang lepak sambil pau rokok balak. Sesuai untuk di lihat2.
Ini atap Cineleisure. Gambar diambil ketika sedang sangap menunggu kawan2 meninjau2 kereta Mazda di kawasan concourse. Saya tak tengok sebab duit dalam poket ade RM73 sahaja.
Ni gambar "the Street" dari atas. Hujung minggu ini, kawasan ini amat cantik. Lebih cantik dari hari2 biasa. Penjaga kedai Puma di Sunway juga amat cantik. Cantik dari penjaga2 kedai biasa.
Gambar ini diambil sebagai tanda protes kepada kehabisan tiket di Cineleisure. Akibat dari itu, kami terpaksa ke Cloth & Clef. Di sana jumpa kawan2 yang separa sedar. Tapi macam malas nak lepak, terus pulang selepas itu.
Tahun depan aku nak jadi sehebat Po!
blog buih

3 comments: