11.12.08

Teori hidup indah.

gambar di ambil dari hasil google "gambar orang gile"cdt due to the photographer, but i dont know who.
blog buih
Esok hari terakhir aku bekerja sebelum aku bercuti seminggu. Aku tidak mahu apa2 dari sana. Aku hanya mahu hilang penat lelah.

Hari ini jalan jam. Ramai orang menyemak di KL tadi. Aku pula, ke KLCC untuk makan tengahari. Silap la. Keluar ofis pukul 12.50 masuk balik...3.30. Semua kerana jam.
Sleep the Clock Around by Belle and Sebastian is on the background.

Aku kagum dengan Hal Turner. Tak tau sape dia?Klik pada nama dia. Kerja dia senang. Menipu orang.Tapi penipuan dia bijak. Di sebalik kata yang amat convincing untuk meyakinkan orang2 Amerika tentang niat jahat dalang kerajaan untuk membuat Ameros, disebaliknya, dia cuba menyaran untuk orang2 Amerika membawa duit keluar dari Amerika dan disimpan di luar negara di dalam matawang asing seperti British Pounds dan Swiss Francs. Jika semua orang berbuat begitu, tentu matawang Amerika lumpuh tanpa perlu pengenalan kepada Ameros.
Shoot the Sexual Athlete by Belle and Sebastian.

Manusia mudah percaya. Aku juga hamba kepada "percaya". Oleh kerana terlalu percaya, selalunya kita leka. Apabila leka dan percaya berpadu, maka mudah kita ditipu.Apabila ditipu, hanya pandang pada cermin dan gelakkan sahaja diri sendiri yang tidak mahu bingkas bangun dari leka, yang tidak mahu berganjak dari dasar percaya.
Aku juga biasa ditipu.
Tukar la lagu, dengar The Killers- Joy Ride. Best lagu ni, nak jam lah!..

Tadi aku ternampak orang gila. Orang itu sedang bercakap seorang diri di depan jejantas pejalan kaki seberang dari lorong masuk Heritage Row. Aku di jalan menghala ke Maju Junction. Aku perhatikan sahaja dia. Terpekik lolong dia seorang diri. Kereta tidak berjalan kerana macet. Di masih memekik. Aku pandang ke hadapan kalau2 kereta depan berganjak.Aku pandang dia semula...

Mata kami bertentang. Dia juga sedang memerhatikan aku. Dia mula marah pada aku. Lantas dia menunjukkan jari tengah, sambil dia bilang "f**k you!", Macam dalam lagu "Surti Dan Tejo".Aku cepat2 pandang ke depan.Biasanya dalam keadaan begini, aku akan menjerit "Gile ke!" Tapi dia memang gila. Jadi aku tidak berbuat demikian.

Kereta hadapan masih tidak berjalan. Dari ekor mata aku nampak dia terkinja cuba untuk menarik perhatian aku. Dia mahu aku menoleh. Akibat kelemahan aku, aku "percaya". Sepantas aku menoleh, dia melucutkan seluarnya....

Aku nampak Bebird.

3 comments:

  1. hahahahahahahahahahahahahahhaahahahhahahahaahahahahahahhahahahahahahahahahahhahahahahahahhaahhaahhahahahahahahahhahahahahahahhaahahha...

    sorry ah bai. akibat aku pulang pukul 4 pagi dari futsal, aku tidur like a baby dan tidak ke mana. lain kali je la kita lunch dalam jem eh. hehehehehe..

    bebird dia hairy tak? hahahahahahahhahahahahahahhahahahahahahahahhahahahahaha

    ReplyDelete
  2. another proof that ur hot.

    u got flashed!

    ReplyDelete