4.12.08

7 Fatwa2 lain (kalau aku yang buat...)

Betulkah ini tanduk setan?atau mereka hanya sekadar menyamar menjadi setandan kelapa sawit?

blog buih

Jam 12 malam. Aku terbaca blog Puan SS ini. Lantas aku terfikir untuk membuat ala-fatwa. Mungkin patut ada pertandingan membuat ala-fatwa kelakar di peringkat2 daerah. Ini mungkin dapat menjelaskan pada semua orang apa itu fatwa yang kelakar dan ia dapat dipupuk dari lingkungan akar umbi lagi.

Oleh kerana aku sudah kekeringan idea akibat 15 batang satay ayam+daging kat wak samuri tadi, aku sebagai seorang blogger tegar ingin menyampaikan yang berikut:

Larangan 1
Tidak boleh membaca URTV, Mangga, Hai atau majalah2 hiburan yang lain2. Aku pelik kerana setiap kali aku terserempak dengan majalah2 ini macam di rumah nenek aku ke, kalau tengah bosan, aku akan buka untuk baca. Tapi, hanya untuk membaca ruangan pelakon luar negara. Walaupun untuk satu muka surat itu sahaja. Jadi, perkara sebegini boleh membuatkan kepercayaan anda kepada artis2 tempatan tipis.

Larangan 2
Ini adalah larangan untuk mengunjungi pusat2 urut di tepi jalan. Untuk yang di dalam Gajah Hijau atau sebagainya, saya tidak ambil tahu. Tapi ini adalah larangan untuk menerima urutan dari pondan. Geli wei. rujuk video ini. Perhatikan lembaga di kerusi sebelah Amad itu. Sedang bercakap telepon dengan kawannya. Haram wei..

Larangan 3
Larangan menonton bolasepak beramai2 di kedai2/restoran2 baik mamak atau pun yang bukan mamak. Larangan ini boleh menimbulkan masalah kepada aku. Mmg agak kagum bila melihat perlawanan bolasepak. Ini kalau diterjemahkan sebagai taksub maka harus dielakkan demi untuk memelihara akidah.

Larangan 4
Larangan untuk membeli belah. Seeloknya, kedai2 diwajibkan memberi potongan sehingga 90% tetapi haramkan perbelanjaan. Ini untuk melihat sejauh mana nafsu seseorang itu boleh dikawal. Tentunya dengan melarang perbelanjaan ini, kegilaan terhadap barangan duniawi boleh dikongkong. Seperti kegilaan saya terhadap Korg Nano series. Walaupun saya tidak bercadang untuk membuat lagu.

Larangan 5
Mengharamkan sms yang kurang dari 5 huruf. Aku dah penat dah baca sms2 macam ni. "Dah ah tu, I think its sooo 06". Sms2 seperti "jmp x?", "go!","xdptj" dan lain lain diberi keutamaan. Ekoran dari sms pendek dan sukar untuk difahami khalayak ramai ini mungkin akan mengakibatkan ketaksuban untuk mengetahui maksud sms itu. Jadi untuk mengelakkannya, haramkan sms dibawah 5 patah perkataan. ("xdptj" = tak dapat Jack.)

Larangan 6
Larangan motor memandu di atas garisan putih. Tolong ah keluarkan fatwa ni. Ini fatwa yang logic ni. Selalunya, bila nak balik umah , masa turun dari arah lebuhraya Mahameru di hadapan KL Sentral, dan mahu tukar lorong ke arah jalan Bangsar, masa itulah selalunya ade mat rempit yang mencelah2. Tidak cukup dengan itu, mereka akan bunyi kan horn (tin tin) dari jauh lagi. Selalunya aku akan berkata "haram aih!". Jadi, ia wajar diharamkan.

Larangan 7
Larangan membuat lipatan kepada straw, berpusar sehingga menjadi hexagon di kedai mamak. Aku perlu berhenti dari tabiat ini. Sekarang aku sudah menjadi ketagih dengan teknik ini.
"Barangsiapa yang terserempak dengan straw Hexagon, nescaya aku ada berhampiran di situ.Yakni, minum di kedai itu..."
Jadi, aku harap, ia dapat dibendung sebelum menular dengan lebih kronik lagi.

setelah dicheck lagi sekali, aku yakin ia adalah hexagon sebenarnya!

7 comments:

  1. bentuk hexagon tu kenapa wujud di situ?

    ReplyDelete
  2. aku rasa pentagon ah sebenarnya..ntah ah..nanti bila aku jumpa straw aku kaji ah...

    ReplyDelete
  3. haha..ni larangan untuk semua org ke sepcifically concerning you?heheh!

    btw peah..the crocs shoes that you want tu kan..kat singapore murah..cheaper than here laa...

    *menghasut shopping!nak ban aku ke?*

    ReplyDelete
  4. kat s'pore iphone yg aku nak pon lagi murah!

    brg climb cap mammut,black diamond dan lelain pon murah.

    *sasha hasut utk membeli belah~kawal nafsu!*

    HAROMmmm.......

    Entry terbaek di pagi hari!

    ReplyDelete
  5. peah..

    insya-allah aku ke singapore semula hujung bulan 1 nnt *kuat sungguh aku berjalan time2 membuyung ni!* nak aku belikan ke kasut crocs tu untuk kamu?

    murah je..aku rasa SGD90+

    *bersedia untuk di ban oleh fatwa peah!*

    ReplyDelete
  6. ehm ehm, aku gi bandung/jakarta..sorry to say ah..aku rasa council Indon belum ban mengikut fatwa aku ni...

    ReplyDelete
  7. Aku tak paham kenapakah setandan kelapa sawit tu mula...hari ni baru aku perasan dan paham... setan... lucu sial!

    ReplyDelete