"bukti aku lagi comel dari polis."
blog buihKetika itu jam pukul 9 malam. Aku keluar dari court futsal. AKu lihat, beg aku sudah tiada di situ. "ah mungkin budak2 ni amik ketika pindah tempat tadi." fikirku menyedapkan hati yang semakin kencang.
Sah! tiada di sekitar kawasan futsal. Beg futsal harapan jenama Red Bull aku dah terkorban. Bersama selipar Quiksilver hitam macam Zacc punya. tapi yang lebih penting, wallet yang mengandungi plastic2, kertas2 bernilai, mykad dan lesen. Kunci kereta yang bersama remote control gate dan kunci rumah melengkapi aksesori khas yang sekarang menjadi milik si pencuri hebat.
Tapi, entri ini bukan untuk mencari pencuri. Ia adalah lanjutan dari itu. Kesusahan yang aku alami memang ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.
Aku terus membuat repot dengan korporal Jamlus. Mukanya macam fed up bila aku nak buat repot. Mungkin aku terkacau waktu dia bermain Geo Challenge kat Facebook. Ditaipnye repot itu cepat2, Aku bergegas pulang.
Hari ini, aku ke JPN, untuk membuat MyKad. "Adik tak boleh dapat exemption from compaun kalau dalam repot tak ditulis dicuri" jelas akak comel itu tenang.
"Tapi saya dah cakap kat polis tu, saya nak melaporkan kecurian.." lantas aku mencemek dengan harapan aku kelihatan seperti si bayi manja.
"Macam ni la..jumpa pegawai kat dalam"kata akak tadi..
Ha! cair gak ngan wajah comel aku..
Akak kat dalam tu tak lawa.. aku tak buat baby look aku.. tapi dia bagi discount. Aku kena kompaun RM100.
Oleh yang demikian, ada dua perkara penting yang harus aku tegaskan di sini. Pertama, kalau polis yang buat repot, pastikan anda memeriksa repot itu dan dimasukkan juga frasa
"dicuri,disamun,diragut,dirompak" ke dalam laporan. Jikalau tidak ada, anda akan dikompaun. Ingat! mereka hanya mahu kerja senang. Anda mahu bayar atau tidak?!! Yang keduanya,
aku comel.
Sekian.
excellent nasihat
ReplyDeleteok peah..
ReplyDeletekamu comel..kami akur..
ade sesetengah kes,,, macam kes Admin, polis tak nak tulis dicuri, kerana apabila curi, kes terpaksa dibuka, dan statistik kecurian bertambah... sebab itu kebanyakan report ditulis sebagai kehilangan bukan kecurian. :(
ReplyDelete