7.12.08

Ujikaji2 Buih yang gagal.


blog buih

Aku bukan lah seorang yang menggemarkan subjek2 sains di sekolah. Walaupun produk sekolah SBP, tapi dari situ aku sudah memutuskan untuk tidak terjerumus kedalam kerjaya berteraskan sains. Banyak eksperimen2 aku yang tidak membuahkan hasil.

Bola2 besi.
Ketika didalam makmal fizik, aku telah diberi sebiji bola besi dan secebis 'plastesin'. Aku tersenyum puas kerana aku tahu ketika sedang mamai di dalam kelas, aku ade terdengar cikgu Nolita menceritakan tentang eksperimen ini. Lalu aku leperkan 'plastesin' itu dan aku lepaskan bola besi itu, malangnya ia bergolek2 lalu masuk ke bawah meja sebelah, bersungguh2 aku mengejar bola itu. Malangnya, ia hilang. Sehingga hari ini.

Epal hijau
Sebiji epal hijau yang ranum terletak cantik di depanku. Lalu aku potong menggunakan pisau lipat 50 sen yang juga turut dibekalkan. Bezanya, kali ini aku tidak tahu apakah kegunaan epal hijau itu? fikiranku ku melayang mencari idea. Dengan gerakkan intuitif, aku terus memakan sebelah dari epal itu. Yang sebelah lagi aku buat lukisan keratan rentas. Itu adalah hasil pemerhatianku ke arah kawanku dimeja sebelah. "Hmm, macam confident je mamat ni.." lalu aku tiru. Sebotol cecair terus terletak sunyi di bucu meja. Mungkin hingga hari ini botol Iodin itu disitu.

Penunu bunsen
Alat kegemaran remaja belasan tahun yang terlalu bosan di sekolah asrama ini turut meninggalkan impak yang mendalam di dalam hidup aku. Sekotak mancis yang baru diletakkan disebelah penunu bunsen. Aku bakar penunu bunsen lalu aku masukkan mancis itu ke dalam poket. "Untuk emergency bila lighter hilang kat dorm nanti" fikirku ringkas dan cepat. Kalau ade rokok tapi takde api, hidup bagai menongkah arus pancaroba yang dahsyat. Lalu, penunu bunsen di "adjust" dari warna biru, ke oren, kuning2 sikit, biru balik...Tiba2!"Ok, kamu semua boleh menghantar laporan kamu, letak diatas meja saya". Sampai hari ini aku masih tidak tahu, eksperimen apakah itu?

Konklusi
Namun, sebagai seorang remaja yang penuh dengan alasan, aku dapat menyedapkan hati dengan pelbagai dalih. Di dalam eksperimen pertama, 'plastesin' yang diberikan tidak cukup besar dan oleh kerana itu aku tidak dapat mengagak dengan tepat kedudukannya. Epal hijau itu juga, terlalu enak dan ia telah melarikan fokus aku dari eksperimen tersebut. Yang terakhir sekali, aku tidak dapat menemukan api yang aku rasakan sesuai untuk memulakan eksperimen kerana waktu yang amat singkat itu.

Selain dari itu, rekahan pada bangku kayu di makmal juga, akibat dari kelonggaran struktur kerusi tersebut, telah membolehkan bahagian punggung anda dicubit jika bergerak2. Amat sakit sekali. Nisbah tinggi kerusi dan tinggi meja juga tidak sesuai untuk menahan dahi dengan lengan jika hendak tidur. Ini telah memaksa aku menongkat dagu untuk tidur. Posisi yang tidak 'ergonomic' ini memudahkan dagu terlucut dari tapak tangan lalu terjelopoklah kepala diatas meja makmal.

Sekian laporan saya.

2 comments:

  1. hahah!

    I didn't knw our conversation could lead to a blog post!haha!

    But aku kene agree bab kerusi mencubit bontot!fenomena yang selalu berlaku!!hahah!

    ReplyDelete
  2. dapat kubayangi kesakitan itu...aduih!

    ReplyDelete