blog buihMungkin ini kali terakhir aku mengisi ruangan blog ini dengan panggilan jutawan.Buat masa seminggu ini, aku telah berjaya merealisasikan impian untuk menjadi jutawan. Namun ia bukan seperti karangan busuk di Darjah Enam, "Apa yang anda mahu lakukan jika anda seorang jutawan?", kerana aku tidak mampu menderma ke rumah anak yatim, menghantar orang tua mengerjakan haji atau pun membina masjid.
Ini adalah kerana aku seorang yang materialistik. Ya, akan aku habiskan wang berjuta untuk membeli pakaian, kasut, CD2 lagu dan jika ada lagi untuk barangan muzik. Barangkali aku juga akan menggunakannya untuk makan ayam penyet.
Ini lebih realistik.
Bila aku pulang, aku bukan lagi jutawan. Aku akan habiskan semuanya. Aku mahu menjadi sehina kamu semua. Aku tidak mahu lagi hanyut di dalam kemegahan wang berjuta, hanyut di dalam kemewahan. Menjadi snobbish. Aku mahu layak pulang ke pangkuan kawan2 ku.
bila aku pulang nanti, kita minum sore yaa...JMS=Jom Minum Sore...
Selamat berbelanja!
ReplyDeleteselamat menghabiskan wang berjuta-juta anda di bandung..percayalah..sekelip mata shaja ia hilang..
ReplyDeletebakso semangkuk pun 3ribu..tu aku makan semangkuk la...
hehe!