Nampaknya dalam siri ini kali ini, selain dari saiko Tokya untuk balik, aku lebih kepada men-saiko diri sendiri. Makanan di sana enak dan murah2 belaka. Teknik2 serving makanan pula pelik2 ekoran mereka terlalu kreatif hingga susah untuk makan.
Ini adalah hidangan nasi goreng di Kampung Daun. Apabila menikmati makanan di temani dengan bunyi desiran air terjun, perasaannya sungguh indah sekali. Tambahan pula udara di sini agak sejuk dan nyaman. Makanan ini agak sukar untuk dimakan kerana kedudukan mangkuk2 kecil ini menyebabkan susah untuk menggunakan sudu. Tambahan pula, bahagian bawah mangkuk itu tidak rata. Ia menambahkan lagi kesukaran untuk menggunakan sudu.
Gambar2 di atas adalah gambar Gourami bakar ala Sunda. Gourami adalah hidangan yang amat istimewa di Bandung. Rasanya juga amat enak. Di kolam depan rumah saya juga ada Gourami. Tapi saya tidak bercadang untuk membakar Gourami itu kerana ia adalah seekor ikan yang happening. Saya suka bagi gourami di rumah saya makan yoghurt, karipap atau kuih muih seperti kuih seri muka, kuih bakar dan lain lain. Kadang2, bila saya berdiri di tepi kolam, dia hanya memandang kerek pada saya.
"ek eleh, mamat ni, nak bagi makan, bagi la betul2..tak payah ah bagi makanan2 yang kau tak suka je"
Aku rasa dia benci aku.
Ini pula adalah gambar ayam penyet. Ayam penyet ini biasanya di makan di Sunway. Tapi ketika ke Rumah Mode, sebuah factory outlet yang cantik, kami telah menikmati hidangan ini di situ. Pelik ayam penyetnya. Tak macam di Sunway. Rasanya juga sedap.
Ini pula adalah hidangan pilihan saya ketika di Kampung Daun. Ini adalah Nasi Timbel bersama Belut. Kalau mahu order bila makan bersama keluarga, ibuku selalu memantau makanan yang diorder. "Jangan selalu makan kambing, nanti darah tinggi" atau "Jangan selalu makan ikan keli, kotor!"
Itu ayat2 standard pada adik beradik saya. Tapi ketika saya test power untuk order belut, dia rilek aje. "Ya bagi dia belut ya Pak."
Lalu aku makan ajelah Belut itu. Sedap. Rasanya macam ikan keli aje. Yang goreng bercili tu belut. Sebelahnya ada tahu dan tempe, di sebelah itu ada ikan yang besar2 ibu jari. tapi dimakan dengan kepala2 sekali. Saya tak sampai hati, lalu saya tinggalkan kepala2 mereka di buju pinggan.
blog buih
Bunga dan Angsa Terbang Mendapat Perbatasan
-
Too much time doing book work today. Sometimes it seems so unfair that I
can't quilt all the time like I really want too. lol
Bunga dan Angsa Terbang Saya ...
2 years ago
No comments:
Post a Comment