blog buihApe sudah jadi dengan En Sabri? Misteri ini mula menular dikalangan rakan2 di blog
ini dah disambung di
sini pula. Lantas, aku terus terfikir akan apakah yang dimaksudkan dengan En Sabri. Dari mana datangnya Enchek itu?
Perhatikan gambar diatas dengan teliti. Mungkin ada seorang dua yang kamu kenal. Adakah dia Enchek Sabri?
Pada pengamatan saya, hasil dari keterangan dari
Mak Buyong, Kemungkinan besar Encik Sabri itu dibesarkan didalam era2 begini. Mungkin juga beliau ketika berdating dulu memakai baju kemeja denim yang dipotong lengannya sambil berguling2 di Taman Aman dekat belakang sekolah Sri Aman sana tu. Ini adalah ekoran pengaruh filem2 Uji Rashid yang ketika itu amat cun.
Tapi, mungkin apa yang disampaikan oleh pemanggil misteri itu, adalah sebuah mesej yang telah disalah tafsirkan. Sepintas lalu di pusat carian Google telah menemukan saya dengan En Sabri :-
Namun, saya rasa ini bukanlah En Sabri yang dicari2 oleh perempuan itu.
Ini adalah kerana, teori saya adalah berkenaan En Sabri sebagai sebuah kata ganti nama bagi perkataan lain. Dalam erti kata lain, Code Name: Sabri.
Mungkin akibat percayakan En Sabri, perempuan itu telah merelakan dirinya
diSabrikan.
Penyabrian ini telah mengakibat kehilangan sesuatu yang amat dihargai.
Penyabri dipercayai telah memberi nombor telefon Mak Buyung untuk mengelakkan dirinya di cam sebagai
Sabri. Aktiviti
menyabri ini biasanya dilakukan ketika mangsa didalam keadaan alpa dan leka. Lantaran dari itu, amaran keras harus diberikan agar
Sabriism ini tidak menular dengan lebih parah lagi.
hahahhahahaha..kesian anak en sabri....
ReplyDeletedasat sungguh penangan Sabriism
ReplyDeletenanti aku ajar terma baru......
masalahnya, kenapa korang komen blog aku ni dekat2 time dia?
ReplyDeleteMenyabri ke?
confirm "menyabri bersama".........hahahhahaaaaa
ReplyDeletewah, saling sabri menyabri..
ReplyDeletepower tu bro...
dah boleh la steamboat nih...
aku tak tahan lah kau ni peah. mati gelak aku tak lama lagi... saling sabri-menyabri (mcm mana lah ko boleh tepikir ayat ni setan!)
ReplyDeletesial..
ReplyDeletesabri is officially no longer a name but a term...
hahah!