10.12.08

Dibelasah orang tua.


blog buih

Semuanya bermula dengan baik. Hasil hantaran silang Wak, Kept lantas meluru untuk menhasilkan satu jaringan lipat yang cantik.

Then it all fell apart.


Akhirnya, kami ketinggalan 9-1. Aku main di babak ketiga. Sekadar memenuhkan kawasan tengah dengan harapan dapat menyusahkan pihak lawan untuk menyerang. Nampaknya, tektik itu gagal. Sebaliknya mereka terus menjaringkan gol sesuka hati.

Lepas bola, aku balik. Lapar, tapi aku masih tak berlesen sah. Takut kalau ade roadblock malam2 ni. Jadi aku pulang, buka peti ais dan... tiada apa-apa didalamnya.

Esok kerja tetap ku harungi. Aku ingin terlebih dahulu memohon maaf kepada Sultan Selangor kerana atas tanggungjawab pekerjaan aku di Kuala Lumpur, aku harus pergi jua, walaupun aku ingin sangat menyambut harijadinya.

Jadi Sultan best, bila harijadi boleh cuti.

Tapi aku suka jadi macam buih. Bila orang bosan, suka tengok buih. Lagi best kalau buih yang tembak pakai pistol macam kat Feringghi tu. Tapi kalau dah tak perlu, sentuh atau tiup je, buih pun hilang. Hari ni aku hilang.

No comments:

Post a Comment