27.10.08

Resepi masakan di Open House Che Peah.

blog buih

Semalam aku masak macam orang gila.
Aku tak pernah masak tiga lauk utama sepanjang umur hidup ku.Namun semalam, buat pertama kalinya aku terlah berjaya memasak Ayam Percik, Rendang Daging /Paru dan Sambal Goreng untuk persediaan Rumah Terbuka Che' Peah.

Resepi Ayam Percik telah pun diperbincangkan di dalam pos-pos lampau. Entri ini adalah untuk dua lagi hidangan yang dicuba semalam. (Sebelum apa2, post ini adalah khas untuk Puan S, kerana dia ingin belajar masak walaupun datang lambat dari Ampang)


Rendang Daging

Bahan2
Daging/Paru/Hati dll..
Bawang Putih 2 biji
Bawang Merah 6 biji
Serai 3 tangkai
Halia 2-3 biji
Lengkuas 1 bahagian
Cili padi segenggam
Cili Boh 4-5 Sudu besar.
Belacan sebesar Ibu jari
Air Asam Jawa.
Santan 1kg daging=1 biji
Kerisik 1 paket
Daun Kunyit/ Daun Limau/ Asam Keping

Cara2 Memasak
Blend Bahan2 dari Bawang Putih hingga Belacan di atas. Tumiskan dengan minyak yang sudah panas. Tumis sehingga minyak naik. Untuk sampai ke tahap itu, kita mesti mengacau tumisan itu dengan lama. Memang penat.
Bila dah nampak minyak yang naik dan bauan2 dirumah menjadi amat wangi [Bila dah bersin] masukkan perahan asam jawa ke dalam kuali. Kemudian masukkan Daging. Tunggu sehingga mendidih, bila hampir kering, masukkan air lagi. Sekurang2nya proses ini diulang tiga kali untuk memastikan daging yang empuk dan lazat.
Bila dah diulang tiga kali, masukkan pula santan. Kacau dengan rata. Seterusnya, bahan2 penambah perisa seperti Daun kunyit, Daun Limau dan Asam Keping bolehlah dicampakkan kedalam Kuali.
Bila sudah kelihatan mendidih lagi, masukkan pula kerisik. Setelah kerisik ditaburkan kedalam kuali, bermula la proses yang meletihkan. Daging pada ketika ini tidak boleh berhenti dari dibalik-balikkan kerana amat mudah untuk rendang menjadi hangit. Jadi teruskan mengacau rendang sehingga kering. Ingat! Sehingga kering, masa basah tak sedap sangat lagi.

Khas untuk Puan S:
-Kalau nak masak paru, kena rebus dahulu. Rebus sampai Paru kecut.
-Kalau nak beli santan, beli yang fresh, jangan pakai kotak nye..tak best.
-Beli daging batang pinang je untuk rendang.
-Kacau mungkin membuatkan anda penat dan tangan bertambah besar, gunakan kuasa untuk mengarah si suami untuk setia mengacau.
- Asam Keping dan Asam Jawa tu benda yang lain.
- Untuk penggunaan Serai yang efektif, Blend bahagian yang gemuk, dan masukkan tangkai nye untuk menambah perisa.
- Kurangkan kerisik untuk tak nampak gelap, tapi kalau kerisik lebih lagi best.
- Next year aku nak makan kau masak rendang.


Sambal Goreng Tempe

Bahan2
Bahan A
Cili Padi
Lengkuas
Cili Boh
Halia
Bawang Merah/Putih
Belacan

Bahan B
Kerang
Hati Ayam
Kacang Panjang
Tempe
Tauhu
Bawang Besar
Cili Merah

Santan

Cara2 Memasak

Ini makanan paling sempoi sekali dalam dunia, tolong ah belajar.

Mula2 sekali, goreng bahan2 B sehingga kekuning2an..Tepikan.
Tumis bahan2 A pula, sehingga wangi,Letak sedikit air asam, masukkan santan agak pekat sedikit.
masukkan bahan2 yang lebih lama diperlukan untuk memasak terlebih dahulu..seperti kacang panjang, Hati Ayam, Tempe dll...
Kacau sehingga kering2 sedikit.
Taburkan sedikit asam keping.

Khas untuk Puan S:
-Kalau nak goreng tauhu ngan tempe, make sure letak kunyit so color die cantek sikit ah..kalau maleh takyah pun takpe...
-Kalau masak kering2, boleh tahan lama sikit.
-Untuk rendang dan Sambal goreng, tumis bawang tu ngan minyak tau!
-Pabila hampir siap, letak garam secukup rasa sambil mengacau lauk itu. Lupa letak garam dan Lauk anda menjadi paling worst sekali ah.
-Untuk rendang, boleh tabur gula satu sudu..best.

Ok, ada apa2 pertanyaan, sila hubungi saya.

So, sekarang ni ,kerja rumah anda adalah untuk memasak sedap2.

1 comment:

  1. Peah aku kagum.Esok sinbad akan belayar ke lautan terbentang luas.doakan keselamatan aku dikala cuaca yg tidak menentu ini.aku harap aku akan bertemu kalian sekitar bulan hadapan.

    shaq sinbad

    ReplyDelete